in

Rampasan Barang. Lepas Lama Diam Diri, Ini Komen Lim Guan Eng Buat Ramai GEMBIRA

Boleh Bantu Semula Bayar Hutang Negara Kan.

Rampasan Barang. Lepas Lama Diam Diri, Ini Komen Lim Guan Eng Buat Ramai GEMBIRA | Ramai tokoh dah beri ulasan tentang rampasan barang dan selepas lama berdiam diri akhirnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng beri komen padu yang buat ramai gembira.

KERAJAAN MUNGKIN JUAL BARANGAN MEWAH YANG DIRAMPAS

Kerajaan akan berusaha menjual kebanyakan barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bercakap kepada Associated Press (AP) dalam temu bual hari ini, Lim berkata barangan yang dianggarkan bernilai sehingga RM1.1 bilion itu, hanyalah sebahagian kecil daripada RM50 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB yang ditubuhkan Najib.

“Kita akan berusaha menukarkan kepada wang apa sahaja yang kita perolehi tetapi ingat ini sebenarnya tiada apa berbanding jumlah yang telah dirompak dari negara ini,” katanya dipetik sebagai berkata.

Lim berkata beliau turut terkejut dengan jumlah rampasan yang dilakukan pihak polis.

Beliau merujuk kepada pengumuman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada Rabu yang mendedahkan nilai barangan yang dirampas daripada enam kediaman yang dikaitkan dengan Najib bulan lepas bernilai sehingga RM1.1 bilion.

Barangan tersebut termasuk ribuan unit barangan kemas, beratus-ratus beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam.

Najib bagaimanapun mendakwa barangan rampasan itu merupakan hadiah dan menyatakan penilaian polis dibuat secara “subjektif dan tidak realistik”.

Serbuan polis itu merupakan sebahagian daripada siasatan baru berhubung skandal 1MDB.

Tak Boleh Diterima Akal

Lim berkata jumlah barangan yang dirampas adalah tidak masuk akal walaupun bagi negara kaya seperti Amerika Syarikat.

“Bagi negara kecil seperti Malaysia, ia benar-benar tak masuk akal,” katanya.

Menurut Lim, tuduhan bahawa kira-kira RM2.6 bilion yang dikatakan milik 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Najib pada tahun 2015 adalah “pengubah permainan” (game changer) dalam skandal itu.

Inilah yang mendorong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama dengan “bekas musuh politiknya” (termasuk Lim sendiri) mengambil tindakan.

“Saya kata tidak ada orang yang bodoh memasukkan wang dalam akaun bank peribadinya, terutama jika anda merupakan seorang perdana menteri.

“Siapa yang bodoh untuk berbuat demikian? Tetapi apabila kami mendapati bahawa perkara itu memang benar, kami sangat terkejut,” kata Lim.

Beliau menambah Najib akan terus merosakkan negara ini sekiranya memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Lim memberitahu AP bahawa dengan membongkar beberapa fail rahsia sebelum ini di Kementerian Kewangan, pentabdiran kerajaan akan mendedahkan lebih banyak skandal mega yang dikaitkan dengan kerajaan diterajui BN sebelum ini.

Beliau menambah banyak “skandal mini 1MDB” akan dibongkar dari masa ke semasa. (Sumber: Malaysiakini)

EMPAT “TAN SRI” ANTARA 400 ORANG DISIASAT BERKAITAN 1MDB

Lebih 400 individu termasuk sekurang-kurangnya empat individu bergelar Tan Sri kini sedang disiasat berkaitan skandal 1MDB.

Sumber polis memberitahu Malaysiakini bahawa senarai itu termasuk pemimpin Umno dan ahli keluarga mereka.

Adalah dipercayai bahawa individu-individu ini telah menerima dana daripada syarikat pelaburan negara itu.

Daripada empat Tan Sri berkenaan, salah seorang daripada mereka merupakan ahli perniagaan dari Sarawak dan dipercayai sebagai rakan rapat Najib.

Tiga lagi termasuk penasihat bekas perdana menteri itu yang dipercayai telah mempengaruhi keputusan editorial media arus perdana sebelum ini, bekas pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan pemimpin politik.

“Individu berprofil tinggi ini berada dalam senarai untuk disiasat setakat 2014.

“Tetapi pihak berkuasa tidak dapat meneruskan penyiasatan mereka,” kata sumber itu.

Terdahulu, sebelum ini sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi menyiasat ‘derma’ RM2.6 bilion dan dana SRC International yang disalurkan ke akaun bank bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempengerusikan pasukan petugas tersebut yang turut terdiri daripada bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan bekas ketua pesuruhnjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohammed.

Bagaimanapun, pasukan petugas itu menerima kritikan apabila Abdul Gani ditukarkan, menyebabkan spekulasi bahawa terdapat usaha untuk menyembunyikan skandal 1MDB.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Abdul Gani hampir mengenakan pendakwaan terhadap Najib sebelum beliau disingkirkan.

Pada masa ini, Abdul Gani dan Abu Kassim merupakan anggota pasukan petugas yang baru ditubuhkan semula bagi menyiasat skandal berkenaan.

Awal hari ini, pasukan petugas itu mengesahkan bahawa ia membekukan beberapa akaun milik Umno, parti politik dan individu lain untuk memudahkan siasatan.

Pada masa yang sama New Straits Times pula melaporkan kira-kira 900 akaun bank telah dibekukan.

Sementara itu, Najib sekali lagi menegaskan beliau tidak melakukan kesalahan dan menafikan menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.

Beliau mengulangi bahawa RM2.6 bilion yang diterima merupakan sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Bagaimanapun siasatan antarabangsa sebelum ini mendakwa wang berkenaan berasal daripada 1MDB. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu 1MDB. Annuar Musa Dedah Kisah Dia Dilantik Sebagai Ketua Untuk Tegur Najib. Tapi…

Viral Mat Sabu Baca Khutbah. Ini Komen POPULAR Netizen Buat Umat Islam KAGUM