in

Isu 1MDB. Annuar Musa Dedah Kisah Dia Dilantik Sebagai Ketua Untuk Tegur Najib. Tapi…

Dulu Lain Sekarang Lain. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan. Amin.

Isu 1MDB. Annuar Musa Dedah Kisah Dia Dilantik Sebagai Ketua Untuk Tegur Najib. Tapi… | Bila wartawan tanya tentang 1MDB, Annuar Musa telah dedah kisah dia dilantik oleh kabinet dan MT UMNO sebagai ketua untuk tegur Najib. Tapi yang terjadi adalah….

PERNAH BERI TEGURAN KEPADA NAJIB

Calon timbalan presiden Umno Tan Sri Annuar Musa hari ini memberitahu beliau pernah memberi teguran kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri itu.

Menurut Annuar, beliau bersama beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi teguran itu secara lisan malah turut menulis memorandum kepada bekas presiden Umno berkenaan.

“Banyak orang yang tak tahu saya menjadi jurucakap kepada satu kumpulan yang terdiri daripada anggota kabinet dan MT untuk berhadapan dengan Najib bagi menuntut jawapan isu RM2.6 bilion.

“Saya juga orang yang pergi ke pejabat Najib membawa memorandum yang bertulis daripada kawan-kawan MT memberi teguran bahawa Umno boleh kalah pada pilihan raya umum ke-14 kalau perkara tertentu tidak diuruskan dengan baik oleh kerajaan.

“Memorandum tiga muka surat. Teguran memang hebat cuma kita kalau nak menegur dalam jemaah kita, kena ada etika, dengan cara berhikmah,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian yang disiarkan secara langsung di Facebook akhbar harian berkenaan.

Sehubungan itu, anggota parlimen Ketereh itu turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa tidak pernah memberi teguran kepada Najib.

“Sangat-sangat salah (dakwaan itu). Secara dalaman kami berbincang dengan hebat, teguran itu juga hebat dan beberapa MT melontarkan suara cukup keras. Proses itu ada dan berlaku,” kata Annuar lagi.

Bagaimanapun, Annuar tidak menyebut bila teguran itu dibuat dan tarikh penyerahan memorandum berkenaan.

Untuk rekod, Annuar antara pemimpin Umno yang menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mac 2016.

Selain Annuar, turut menandatangani deklarasi itu ialah 57 individu lain termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang kini bertanding jawatan presiden Umno.

Pada 2015, isu derma RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Najib timbul. Difahamkan derma itu disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib dan wang tersebut juga didakwa merupakan sumbangan derma daripada dermawan dari Timur Tengah.

Wang tersebut juga dikatakan untuk kegunaan dan faedah Umno serta bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Hanya Bantu Siasatan SPRM

Sementara itu, dalam wawancara sama, Annuar turut bercakap mengenai pentingnya seseorang pemimpin mempunyai integriti yang tinggi bagi memastikan rakyat terus yakin dengan mereka.

Bercakap soal integriti, Annuar turut membangkitkan isu yang melibatkan dirinya semasa menjadi pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA).

Annuar memberitahu, beliau bukan individu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaliknya kehadirannya ke pejabat badan berkenaan pada Januari 2017 itu untuk membantu siasatan.

“Timbul tanggapan, orang ingat saya pula yang disiasat SPRM. Saya tak dipanggil saya pergi terus ke SPRM tanpa tunggu dipanggil dan saya sendiri bawa fail dan minta SPRM siasat.

“Tiba-tiba ada tuduhan kepada saya. Saya pergi ke SPRM untuk beri kerjasama. Isu pembelian bangunan berlaku sebelum saya jadi pengerusi MARA dan ia berbangkit semasa saya jadi pengerusi MARA.

“Isu tajaan bola sepak menggunakan duit biasiswa juga tidak betul. Jika saya jawab (dakwaan orang ramai) isu tak selesai. Saya terus ke SPRM dan beri kerjasama dan SPRM membuktikan dakwaan itu tak benar. Kita kena jaga integriti,” kata Annuar lagi. (Sumber: Malaysiakini)

SYED HAMID KELUAR UMNO SELEPAS PULUH TAHUN

Bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.

Bercakap kepada Malaysiakini Syed Hamid berkata juga berhasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Malah BERSATU Kota Tinggi juga sudah meminta bantuan saya,” katanya.

Menjelaskan alasannya meninggalkan Umno dalam satu kenyataan media pula, Syed Hamid berkata parti itu sekarang pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.

Menurut bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu menambah, beliau dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno.

Katanya Umno hari ini bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.

Selama beberapa dekad katanya lagi sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk Umno.

“Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain secara sangat seimbang, adil dan pemurah.

“Parti ini bukan saja memperjuangkan orang Melayu tetapi begitu prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya.

Enggan Berpura-pura

Malangnya kata Syed Hamid sifat itu tiada lagi dalam Umno.

Walaupun perit, katanya, beliay terpaksa mengaku ideologi serta falsafah parti tersebut sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah – tidak demokratik.

Syed Hamid yang mempunyai latar belakang undang-undang serta pernah berkhidmat sebagai menteri menambah, pemimpin Umno sekarang menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat.

Lebih buruk, katanya, pemimpin yang sama itu menunjukkan sikap penafian yang melampau, mengetepikan ketelusan serta kedaulatan undang-undang untuk kepentingan peribadi.

“Kepemimpinan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkah imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah,” katanya.

Untuk rekod Syed Hamid ialah anak kepada seorang tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa Umno.

Dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Syed Hamid pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga diberi kepercayaan menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Hamid digugurkan daripada kabinet pada 2009.

Kata Syed Hamid, 74, selepas berpuluh tahun prinsip yang dipegangnya itu masih kekal di dalam dirinya.

Ironinya kata Syed Hamid keadaan itu menyebabkan beliau menyedari bahawa tidak ada sebab lagi untuknya kekal meneruskan perjuangan itu dalam Umno.

“Tidak pernah terlintas dalam kepala bahawa pada satu hari saya akan meninggalkan Umno, tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal,” katanya.

Menurut Syed Hamid sebelum ini pun beliau sudah menganggap dirinya bukan lagi sebahagian daripada Umno apabila menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) menjelang pilihan raya umum ke-14 lalu.

Untuk rekod, Syed Hamid adalah tokoh terbaru – setakat ini – yang mengumumkan berpisah daripada Umno dan sejumlah besar parti meninggalkan BN apabila mereka tewas kepada HARAPAN. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Beku Akaun UMNO. Selepas Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas SPRM

Rampasan Barang. Lepas Lama Diam Diri, Ini Komen Lim Guan Eng Buat Ramai GEMBIRA