in

Ahmad Maslan Semakin Bijak. Pantun ABCD.. SST Telah Buat Parlimen KECOH

Alhamdulillah. Pembangkang Sekarang Semakin Bijak Dan Hebat. Rakyat Tumpang Gembira. Allahu.

Ahmad Maslan Semakin Bijak. Pantun ABCD.. SST Telah Buat Parlimen KECOH | Ahmad Maslan sejak jadi pembangkang ni, kebijaksanaan tampak meningkat. Tempoh 10 minit yang diberi oleh speaker digunakan sebaiknya dan siap bagi pantun ABCD SST yang panjang yang buat parlimen kecoh. Tak sangka. Ada video.

AHMAD MASLAN – LIRIK PANTUN ABCD SST

Walaupun hanya 10 minit diperuntukkan untuk berbahas, Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) sempat mencuri masa mengungkap lima rangkap ‘pantun SST’.

Dengan intipati perbahasan yang sebahagian besarnya menyentuh aspek Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), beliau mengakhiri perbahasan dengan pantun berikut:

ABCD SST

Harga akan melambung tinggi

Cukai yang dah tidak diguna lagi

Oleh majoriti negara dunia kini

ABCD SST

Rakyat terbanyak perlu ketahui

Cukai tak telus dan tersembunyi

Dalam harga tinggi menjadi

ABCD SST

Pengundi tidak sangka jadi begini

Ingat mansuh GST tiada cukai lagi

Rupanya beban bertambah diberi

ABCD SST

Kenalah ditanggung suami isteri

Rasa menyesal dalam hati

Mereka tidak akan memberi undi

ABCD SST

Janji hanya tinggal janji

Masa terhad turut menyaksikan Ahmad enggan memberi laluan kepada Wong Shu Qi (PH-DAP Kluang) dan RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) mencelah sambil menjawab: “Kalau menarik, kita jumpa di kafetaria.”

Membahaskan usul titah diraja, Ahmad berkata, pelaksanaan semula SST boleh meningkatkan ketirisan dan penipuan cukai, sekali gus mengurangkan hasil kepada kerajaan.

“SST bakal mewujudkan aktiviti ‘lari membayar cukai’ dalam kalangan pihak tertentu, selain meningkatkan pasaran ekonomi gelap.

“Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) menyebut SST akan mengembalikan trend lama iaitu ‘pelarian cukai’ dan meningkatkan aktiviti pasaran ekonomi gelap atau ‘black economy’

“SST juga akan mewujudkan ‘cukai atas cukai’ apabila kadarnya dinaikkan kepada 10 dan enam peratus.

“Ini bermakna barang berharga RM100 boleh menjadi RM110 atau RM165 apabila tiba kepada pengguna,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Video Ahmad Maslan Bagi Pantun ABCD SST (Mula Minit ke 4:00)

Kalau Tak Berjaya Boleh Klik Link Ni >> https://www.kinitv.com/video/63976O74

TUN MAHATHIR – SST TIDAK BEBANKAN RAKYAT

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan 1 September depan tidak akan membebankan rakyat.

Perdana Menteri berkata, ini disebabkan kerajaan dapat ‘menyelamatkan’ kutipan cukai sebanyak kira-kira RM20 bilion dengan melaksanakan SST.

“SST memang kurang membebankan rakyat kerana dari jumlah (kutipan) kita boleh tahu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) memungut RM42 bilion.

“(Kutipan) SST sampai RM25 bilion sahaja. Jadi, rakyat diselamatkan RM20 bilion kerana melaksanakan SST,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Yayasan Selangor, petang tadi.

Mengulas lanjut pelaksanaan SST, Perdana Menteri menegaskan, dakwaan SST naik harga adalah tidak benar dan tiada asas.

Beliau berkata, SST bukan dikenakan sebanyak 16 peratus seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Caj 10 peratus (SST) ada barang tertentu tidak kena SST.

“Banyak benda dahulu dikenakan cukai GST sekarang tidak dikenakan SST.

“Maknanya, sekali lagi rakyat akan tanggung beban yang ringan (dengan pelaksanaan SST),” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Aksi Ular Bisa Lawan Labah Labah. Pemenangnya Buat Ramai TAK SANGKA

Belalai Air Tiba-Tiba Muncul. Kemudian Penduduk Gempar SESUATU Tersadai Di Tepi Pantai