in

Bayar RM5 Juta Kepada Arul Kanda. Ini Jawapan Balas Najib Buat Ramai Tak Sangka

RM5 Juta Tu Tampak Sedikit Je Di Mata Orang-Orang Atas Ni. Namun Bagi Rakyat Marhaen Di Bawah Ni. Hanya Allah Sahaja Tahu. Aduh.

Bayar RM5 Juta Kepada Arul Kanda. Ini Jawapan Balas Najib Buat Ramai Tak Sangka | Semalam Lim Guan Eng dedah yang Najib telah bayar RM5 juta kepada Arul Kanda untuk ketuai 1MDB. Hari ni di parlimen Najib mengaku dan beri jawapan balas yang buat ramai tak sangka. Erkk.

NAJIB PERTAHAN BONUS RM5JUTA TERHADAP ARUL KANDA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan bonus RM5 juta (ex-gratia) yang diberikan kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Langkah itu dibuat selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam mendedahkan Najib merestui bayaran itu ketika menjadi menjawat jawatannya dan menjadi perdana menteri.

Ditanya di lobi parlimen hari ini, Najib berkata Arul dibayar lebih tinggi sebelum beliau menyertai syarikat pelaburan negara itu.

“Kerana dia dapat lebih banyak ketika bekerja dengan bank di Emeriah Arab Bersatu (UAE). Jadi dia rela terima gaji yang jauh lebih rendah bila sertai 1MDB.

“Jadi kamu mesti lihat dalam konteks sama ada apa yang dibayar padanya lebih kecil daripada apa yang dia dapat sebelum masuk 1MDB,” katanya.

Najib berkata Arul sudah menyelesaikan kerjanya menguruskan hutang syarikat itu.

“Beliau berjaya mengurangkan hutang dari RM50 bilion kepada RM30 juta,” katanya.

Menurut Lim, Arul dibayar RM2.5 juta pada Januari dan RM2.5 juta lagi pada Jun.

Di era BN, Arul telah menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi menangkis dakwaan-dakwaan terhadap syarikat itu sebelum ini.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS), percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion wang 1MDB telah disalah guna.

Ia didakwa dicuci melalui sistem kewangan AS dan memberi manfaat kepada Malaysian Official 1 (MO1), pegawai-pegawai 1MDB serta anggota keluarga dan kenalan mereka.

Pemimpin Umno Datuk Rahman Dahlah mengesahkan MO1 ialah Najib. Najib telah menafikan dakwaan salah laku atau menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. (Sumber: Malaysiakini)

AZMIN DEDAH KHAZANAH RUGI RM80 JUTA JUAL COLI?

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengketengahkan kerugian pelaburan Khazanah Nasional yang bernilai AS$20 juta (RM80 juta) sebagai contoh selepas Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) mempertikaikan dakwaan bahawa syarikat kerajaan itu tersasar daripada objektifnya.

Najib yang mencelah Azmin semasa beliau menyampaikan ucapan penggulungan untuk kementeriannya di Dewan Rakyat, menyoal mengenai dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa Khazanah telah menyimpang daripada terasnya.

“Dalam tempoh 10 tahun, aset khazanah telah melonjak RM33 bilion kepada RM134.5 bilion, maknannya dari segi wealth creation dalam 10 tahun, Khazanah telah berjaya.

“Saya bukan nak pertahankan waktu saya jadi pengerusi Khazanah tapi saya nak minta penjelasan di manakah agaknnya yang dikatakan Khazanah telah lari, deviatate dari tujuan objetif asalnya. Saya nak minta penjelasan,” kata Najib.

Menjawab soalan itu, Azmin merujuk kepada pelaburan Khazanah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebagai contoh, Khazanah telah melabur sebanyak hampir AS$20 juta melalui sebuah syarikat online retalier yang menjual loungeries, baju dalam, bras (coli)… akhirnya pelaburan ini terpaksa diwrite-off atau dihapus-kira.

“Ini yang paling kecil yang berlaku,” katanya.

Lupus Hutang Pelaburan RM3 Bilion

Contoh lebih serius, kata Azmin apabila Khazanah terpaksa melupus kira-kira RM3 bilion pelaburannya.

“Ada juga pelaburan yang dibuat melalui private equity untuk ambil alih sebuah bank yang akhrinya kerana perbincangan itu tidak dibuat secara terus dengan bank berkenaan tetapi melalui private equity.

“Ia terpaksa write off sebanyak RM3 bilion. Perkara-perkara ini menuntut kerajaan baru ini untuk meletakkan semula Khazanah di atas landasan ditetapkan,” katanya.

Adalah dilaporkan sebelum ini bahawa Khazanah, bersama dua rakan lain, ingin memperoleh kepentingan 2.6 peratus di Bank UBS, Switzerland. Pelaburan itu dilakukan melalui kumpulan ekuiti swasta Olivant.

Bagaimanapun, Bank Lehman Brothers di Amerika Syarikat yang memegang akaun pelaburan itu, kemudian menjadi muflis dan ini menyebabkan Khazanah kehilangan RM3 bilion. Ia hanya berjaya mendapatkan separuh daripada jumlah berkenaan, kemudiannya.

Pelaburan Baik Khazanah

Menjawab Azmin, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Jeli) berkata, ada kalanya, pelaburan Khazanah tidak menjadi tetapi perlu diakui bahawa terdapat juga keputusan pelaburan yang baik.

“Kita kena beri penghargaan macam pelaburan dalam Alibaba yang bagi keuntungan yang besar serta pelaubran dalam hospital di Turki, India, China.

“Dan sekarang ini IHH Healthcare Berhad merupakan kumpuan hospital terbesar di dunia,” katanya.

Minggu lalu, semua ahli lembaga pengarahnya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan mereka berikutan kritikan Mahathir. Kerajaan kemudian menerima pengunduran mereka itu.

Susulan itu, Mahathir mengambil alih jawatan pengerusi Khazanah manakala Azmin pula sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

KL Puchong GEMPAR Bunyi Guruh Menggegar Rumah. Rakaman Video Ni Buat Ramai Terpaku.

Dibambu Teruk Pembangkang. Ini Jawapan Balas Syed Saddiq Terhadap KJ Buat Parlimen Tergamam.