in

Doktor Ni Dedah 6 Langkah Untuk Elak Terkena Cirit Bila Makan Di Luar. #5 Ramai Tak Tahu.

Jangan Lupa Pilih Kedai Makan Yang Bersih Ye Untuk Elakkan Keracunan Makanan.

Doktor Ni Dedah 6 Langkah Untuk Elak Terkena Cirit Bila Makan Di Luar. #5 Ramai Tak Tahu. | Hanya orang yang pernah terkena cirit je tau azabnya kan. Dan perkara sama berlaku kepada seorang pesakit doktor ni. Ini 6 langkah untuk elak cirit bila makan di luar. Mengejutkan #5 ramai yang tak tahu. Seperti yang dikongsikan oleh FB Dr Kamarul Ariffin Saadan (LINK).

CIRIT TERUK

“Banyak kali, doktor. Sampai nak terjulur usus!”

Huish, macam tu sekali dia gambarkan keparahan cirit-birit dia. Sampai nak terjulur usus. Parah betul. Dia ni dapat gejala keracunan makanan selepas makan di sebuah gerai.

Perkara macam ni boleh dielakkan jika kita lebih berhati-hati pilih tempat makan. Bukan sahaja kena pilih tempat yang makanannya sedap, kena pilih yang bersih juga.

Macam mana nak tahu tempat makan tu bersih? Lihat 6 benda ini:

1- Meja Makan

Bila kita ke gerai/restoran, benda pertama kita pasti sentuh adalah kerusi dan meja makan. Jika berminyak, dan ada sisa-sisa makan yang tak dibersihkan dengan betul di atas meja, begitulah juga meja penyediaan makanan di dapur mereka.

2- Pengendali Makanan

Pilih premis makanan yang tukang masaknya memakai apron, penutup kepala, dan sarung tangan ketika mengendalikan makanan. Pelayannya berpakaian bersih, rambut tersisir rapi dan berkuku pendek, bukan macam Hantu Kak Limah.

3- Tandas

Lihat tandas premis, jika ianya kotor, pili air tersumbat, tiada sabun, tiada tisu, maka kemungkinan dapur premis berkenaan juga begitu. Kalau kawasan sekitar gerai pun dah macam tandas, tak usahlah makan di situ, walaupun orang kata sedap.

4- Penggredan Premis Makanan

Pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memberi gred kepada premis makanan berdasarkan kebersihannya: gred A (amat baik), B (baik) dan C (memuaskan). Maka pilih premis makan yang bergred tinggi. Gred ni premis kena pamer.

5- Logo BeSS

Ini adalah pengiktirafan KKM yang merangkumi 3 aspek, iaitu bersih, selamat dan sihat. Pengiktirafan ni, saringannya ketat. Kena pergi kursus, dipantau, jika melepasi piawaian, barulah diberi sijil BeSS. Restoran, gerai, warung, caterer, food truck pun boleh mohon BeSS.

6- Ulasan Pelanggan

Zaman sekarang ni, kebanyakan tempat makan ada geo-tagging, dan disitu boleh letak ulasan(review). Bacalah review pelanggan lain tentang tempat makan tu. Namun ingin diingatkan, review pelanggan ni kadang kala subjektif dan tak berapa tepat.

Selain tu, setelah makanan dihidang, pastikan makanan tu masih elok sebelum kita mentekedarah. Ini, 3 cara mengenali makanan yang dah basi:

1- Lihat: berbuih, berlendir, berubah warna

2- Hidu: bau kurang yang menyenangkan

3- Rasa: masam dan basi

Dah tahu cara ni? Dah tu kenapa makan juga? Lain kali kalau basi, buang. Jangan sayang sangat nak buang, nanti membuang-buang lagi susah. Kan?

Oh ya! Kalau kau orang pengusaha makanan, dan nak tahu macam mana nak dapatkan pengiktirafan BeSS, boleh pergi je ke Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat. Mereka akan bantu. Percuma je.

Mohon sebarkan lah ya!

Sumber: FB Dr Kamarul Ariffin Saadan (LINK).

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Apa Hukum Muat Naik Foto Scan Perut Ibu Mengandung ? Ini Jawapan MENGEJUTKAN Mufti

Hanis Zalikha Tanya Bagaimana Nak Simpan Telur ? Ini Jawapan SEBENAR Yang Ramai Tak Tahu