in

Tabung Harapan. Jawapan Lim Guan Eng Kepada Wartawan Buat Ramai TABIK

Bila Bangsa Kuat, Agama Pun Kuat, Negara Pun Kuat.

Tabung Harapan. Jawapan Lim Guan Eng Kepada Wartawan Buat Ramai TABIK | Setakat 9 Jun 2018, sebanyak RM54 juta telah dikumpulkan oleh rakyat Malaysia. Wartawan pun tanya, apa yang akan dibuat oleh kerajaan dengan amaun yang banyak macam tu. Jawapan Lim Guan Eng buat ramai tabik.

GUNA UNTUK BAYAR HUTANG NEGARA

Sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ketika menegaskan pendirian itu, beliau berkata sekiranya jumlah tabung itu tidak mencukupi, kerajaan akan menampung baki yang diperlukan bagi melunaskan hutang tersebut.

“Kita tidak akan menggunakannya bagi tujuan lain. Ini memang tidak dibenarkan.

“Jika jumlah tabung itu tidak cukup (untuk membayar hutang), kerajaan akan menambah jumlah selebihnya.

“Sebagai contoh, jika kita mahu membayar ansuran hutang kira-kira RM200 juta tetapi Tabung Harapan itu cuma ada RM50 juta, maka bakinya akan ditampung oleh kerajaan,” katanya dalam dalam temu bual dengan Bernama.

Tabung Harapan Malaysia yang berjumlah RM54.89 juta setakat 9 Jun, 2018, ditubuhkan pada 30 Mei lepas bagi membolehkan kalangan rakyat yang patriotik menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhannya juga membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.

KRITIKAN PAS DIBALAS PADU OLEH LIM GUAN ENG

Selain itu, mengulas kritikan PAS bahawa parti itu tidak mengamalkan pendekatan mewujudkan tabung sedemikian walaupun menanggung hutang di Kelantan, Lim berkata beliau tidak pasti jika PAS layak memberi pandangan sedemikian.

“Saya tidak pasti sama ada PAS berhak untuk bercakap mengenai pengurusan ekonomi. Ini kerana dari segi pengurusan ekonomi, PAS tidak ada rekod yang baik. Kelantan adalah di antara negeri yang selalu mengalami defisit sehinggakan perlu meminjam daripada kerajaan Persekutuan.

“Jika tidak meminjam daripada Kerajaan Persekutuan, mereka juga tidak dapat membayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Oleh itu saya rasa PAS perlu menguruskan ‘rumah’ mereka sendiri terlebih dahulu. Tengok cermin dan tanya (diri) sendiri.”

Dalam pada itu, Lim berkata, kerajaan akan melantik firma audit luaran bagi memastikan aspek ketelusan.

“Ada pihak mencadangkan supaya mereka (firma audit luaran ini) memberi perkhidmatan itu secara percuma. Cadangan ini memang saya alu-alukan dan sokong. (Bagaimanapun) kita perlu mencari sebuah firma audit yang sudi menawarkannya secara percuma dan amat berterima kasih,” katanya secara berseloroh.

Selain itu terdapat kalangan warga Malaysia di luar negara yang menggesa kerajaan mendapatkan bantuan kedutaan asing bagi memudahkan sumbangan derma kepada Tabung Harapan.

Laporan sebelum ini menyatakan anak kelahiran Pulau Pinang, K. Gurunathan yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kapiti Coast di Wellington, New Zealand, akan menyumbangkan NZ$1,000 (kira-kira RM2,802) kepada Tabung Harapan.

“Sebagai rakyat Malaysia yang menolak politik ras, diskriminasi dan rasuah dan memulakan kehidupan demi masa depan di New Zealand, saya merayu kepada diaspora Malaysia di New Zealand dan serata dunia untuk sama-sama menyokong kempen ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ada seramai 700,000 hingga sejuta rakyat Malaysia di serata dunia, termasuk 18,000 orang di New Zealand. (Sumber: Malaysiakini)

LHDN SIASAT SEMULA DERMA RM2.6 BILION NAJIB

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini menjalankan siasatan semula berhubung wang RM2.6 bilion yang diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata ia susulan pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull dan siasatan yang sedang dijalankan berhubung semua isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Susulan pendedahan dan siasatan berkaitan 1MDB, kedudukan cukai bagi RM2.6 bilion yang diputuskan pada 16 Februari 2016 kini tertakhluk untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pada 16 Februari 2016, LHDN yang ditugaskan untuk menyiasat RM2.6 bilion mendapati, jumlah yang diterima itu adalah bayaran derma dan bersifat sukarela, justeru, ia bukan bercirikan pendapatan.

Katanya, mengikut prinsip am percukaian berhubung pembayaran secara sukarela seumpama itu, ia bukan pendapatan yang tertakluk untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Pembayaran secara sukarela mungkin berubah cirinya dan tertakluk dicukai jika ia diberikan secara berulang kali, sebagai pertimbangan bagi perkhidmatan diberikan, sebagai balasan bagi sebarang faedah dalam apa-apa bentuk atau jumlah digunakan dalam kegiatan perniagaan bagi membolehkan operasi perniagaan diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan perkembangan terbaru berhubung RM2.6 bilion diterima bekas Perdana Menteri, serta wang tunai dan barangan berharga lain yang dirampas dari kediamannya dan premis lain, baru-baru ini.

Sabin berkata, dalam proses menentukan punca sebenar pembayaran itu, LHDN akan bekerjasama rapat dengan semua agensi dan pasukan petugas khas yang terbabit dalam siasatan 1MDB.

Berhubung rampasan wang tunai dan barangan berharga lain daripada kediaman Najib serta premis lain, Sabin berkata, satu notis di bawah Seksyen 78 dan 79 Akta Cukai Pendapatan 1967 akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah LHDN kepada individu yang ada kaitan dengan barangan rampasan itu.

Beliau berkata, notis itu bertujuan memastikan sama ada pendedahan mengenai pendapatan itu kepada LHDN, sepadan dengan pemilikan aset (wang tunai dan barangan berharga) oleh individu tertentu.

“Dalam keadaan kekayaan itu tidak dapat dijelaskan, cukai tambahan akan dikenakan bersama-sama dengan penalti maksimum iaitu amaun berganda bagi terkurang cukai.

“Kegagalan seseorang untuk mematuhi notis dalam tempoh ditetapkan adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Hishamudin Dedah Perihal Mat Sabu Yang Buat Tun Mahathir RESPEK

Tutup Masjid Dan Halau Imam. Ini AMARAN Erdogan Buat Kerajaan Austria CUAK