in

Isu Bahasa. Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Ini Respon Balas Lim Guan Eng

Tumpukan Pada Perpaduan Dan Kemajuan Malaysia. Jangan Cari Isu Yang Memecahbelahkan Negara.

Isu Bahasa. Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Ini Respon Balas Lim Guan Eng | Isu bahasa cina dalam pengumuman rasmi MOF baru-baru ni mengundang perbincangan hangat netizen. Akhirnya selepas lama berdiam diri, Lim Guan Eng tampil memberi respon. Jom baca.

TERJEMAH KE BAHASA CINA JIKA ADA KEPERLUAN

Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Adalah tidak benar dakwaan bahawa Bahasa Mandarin telah menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Kementerian Kewangan dan ini boleh dibuktikan dalam laman web rasmi Kementerian Kewangan.

Kenyataan rasmi Bahasa Melayu akan diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam Bahasa Mandarin jika ada keperluan.

Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris ataupun sekali-sakala dalam Bahasa Mandarin boleh diputarbelitkan untuk menyatakan bahawa bahasa rasmi Kementerian Kewangan telah ditukar ke bahasa Bahasa Mandarin.

Jika adapun, terjemahan ke dalam Bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal.

Terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial dan tidak diguna pakai dalam laman rasmi Kementerian Kewangan.

Ingin saya tegaskan bahawa semua kenyataan dalam media rasmi saya bawah Kementerian sememangnya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu.

Pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.

Akan tetapi, saya akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media sosial saya dan juga Bahasa Mandarin dalam komunikasi saya bersama akhbar Cina.

Saya telah mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin pada 24 Jun 2018 tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin tentang perkara ini dan saya mengambil maklum kritikan dan teguran berkenaan dengan status yang dimuat naik dalam laman sosial saya pada 24 Jun 2018.

Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia. (Sumber: Malaysiakini)

BACA: ISU BAHASA – DR MAZA TEGUR LIM GUAN ENG (LINK)

LIM GUAN ENG TETAP DUKUNG BAHASA KEBANGSAAN

Berdepan kritikan pelbagai pihak, Menteri Kewangan Lim Guan Eng tampil menegaskan beliau mendukung dan mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.

“Akan tetapi, saya akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media sosial saya dan juga Bahasa Mandarin dalam komunikasi saya bersama akhbar Cina,” katanya dalam kenyataan dalam bahasa Melayu.

Menjawab kritikan Facebook pro-BN, Friends of BN, Lim mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.

Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam tadi untuk mempertahankan kenyataan tiga bahasa itu dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina.

Ini menimbulkan kritikan meluas, termasuk bos pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin yang berpendapat semua kenyataan di Malaysia hendaklah mengutamakan bahasa Melayu, diikuti Inggeris dan bahasa lain jika perlu.

Dalam kenyataannya petang ini, Lim menjelaskan kenyataan beliau dalam Bahasa Mandarin semalam dibuat “tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan”.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin tentang perkara ini dan saya mengambil maklum kritikan dan teguran berkenaan dengan status yang dimuat naik dalam laman sosial saya pada 24 Jun 2018.

“Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Anak Zahid Kalah Pemilihan UMNO. Ini Komen Netizen Yang WIN

Isu Bahasa. Ini Komen WIN Tun Mahathir Buat Rakyat Semua SETUJU