in

Henti Sidang Media Hormati Azan. Ini Respon TAK TERSANGKA Netizen Kepada LGE

Alhamdulillah. Non-Muslim Malaysia Semakin Faham Dan Hormati Islam.

Henti Sidang Media Hormati Azan. Ini Respon TAK TERSANGKA Netizen Kepada LGE | Viral sebuah video di mana di tengah sidang media rasmi, Lim Guan Eng umum henti seketika untuk hormati azan. Ekoran itu, berikut respon popular netizen yang tak terjangka.

HORMAT AZAN

Sidang medianya bermula lewat tengah hari semalam, dan langsung lewat masuk waktu solat Zohor. Apabila azan berkumandang, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tiba-tiba menghentikan ucapannya, bagi menghormati azan.

Rakaman sidang media tersebut mula tular di media sosial dan mengundang puji-pujian daripada warga internet.

Dalam ruang komen, Shazmin Ghazali menulis “LGE yang bukan muslim tunjuk akhlak yang mulia, persoalannya bila kita yang muslim ni nak menunjukkan akhlak sebaik beliau dengan menghormati agama dan adat kaum lain?”

Seorang lagi pengguna Facebook, Azahari Mahamad berkata “Kita pun tak boleh buat macam LGE… orang azan, kat tangan masih main handphone.”

Netizen menggunakan nama El Kopite pula menimbulkan semula persoalan fitnah larangan azan, ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Soal beliau, “Macam mana orang boleh cakap dulu azan tak dibenarkan di Pulau Pinang? Haha”

Dalam satu balasan komen lain, Ahmad Mukmin menulis, “Melayu muslim pun ada yang kalau dengar azan boleh bergelak tawa lagi.”

Pegawai media Guan Eng, Rahmah Ghazali; dalam satu perkongsian di Facebook memberitahu bahawa penggunaan speaker adalah ekoran tazkirah Zohor di surau kementerian.

“Sidang media kali ni lewat sikit dan kebetulan azan zohor berkumandang ketika beliau memberikan kenyataan media,” tulisnya.

“Aku yang dalam bilik tu dah panik. Terus berlari keluar (untuk) beritahu pengawal, kalau boleh perlahankan sedikit suara azan tu. Lepas tu tengah masuk balik bilik sidang media, semua orang, termasuk Lim Guan Eng, sedang senyap tanda menghormati azan,” katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan yang baharu di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau dikenali umum lantaran ucapannya yang mahu mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, dan ucapan-ucapannya tentang usaha ‘amar makruf nahi mungkar’. (Sumber: Roketkini)

CALON KETUA PEMUDA UMUR 48 TAHUN ? MEMALUKAN…

Umno seolah-olah ketandusan tokoh anak muda apabila Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berumur 48 tahun menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda parti itu.

Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sepatutnya pemimpin muda perlu berusia 35 tahun ke bawah mengikut Dasar Belia Malaysia yang dirangka bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Parti-parti politik lain kalau boleh pemimpin mudanya biarlah bawah 35 tahun. Tetapi kalau Umno susah sangat, sekurang-kurangnya bawah 40 tahun.

“Kalau sampai Jamal Yunos umur 48 tahun pun nak bertanding Ketua Pemuda Umno, saya tak tahulah dunia mana yang kira 48 tahun ini anak muda? Memalukan Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurut beliau, satu budaya politik sihat perlu diwujudkan di mana semua parti politik berlumba-lumba untuk mengangkat suara anak muda.

“Saya rasa ada ramai pemimpin muda dalam Umno, cuma tak diberi ruang. Kalau ada tokoh anak muda dari Umno, kita di Bersatu akan berlumba-lumba untuk pastikan wakil anak muda dalam parti diperkasakan, Pas pun begitu.

“Apabila suara anak muda diangkat, kita semua akan berjaya bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq secara peribadi berpandangan Exco Pemuda Umno, Shahril Hamdan layak memegang jawatan Ketua Pemuda Umno.

“Saya agak bias kepada Shahril kerana beliau merupakan rakan saya sebelum ini. Beliau juga pernah berdebat dan berdialog dengan saya.

“Saya rasa itu salah satu ciri kepimpinan yang ada pada beliau. Tetapi bukan niat saya untuk ‘endorse’ beliau berbanding calon lain,” katanya.

Selain Jamal, tiga calon lain yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno ialah Khairul Azwan Harun, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Syed Rosli Jamalullail.

Kesemua mereka berumur atas 40 tahun. (Sumber: Sinar Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Syahidnya Razan. Ini Tindakan Persatuan Bulan Sabit Merah Buat Satu Dunia SOKONG

5 Tanda Anak Sudah Jadi RAJA Kepada Mak Ayahnya. WAJIB BACA.