in

Doktor Ni Dedah CARA BETUL Nyahbeku Bahan Mentah Peti Sejuk Yang Ramai TAK TAHU

Betul Gak Apa Yang Doktor Ni Pesan. Semoga Bermanfaat Dan InsyaAllah Berkesihatan Baik. Amin.

Doktor Ni Dedah CARA BETUL Nyahbeku Bahan Mentah Peti Sejuk Yang Ramai TAK TAHU | Ramai mengadu bahan mentah yang beku tak fresh la, tak sedap la. Ekoran tu doktor ni dedah cara betul nyahbeku bahan mentah peti sejuk yang peliknya… ramai yang tak tahu. Jom baca dan kongsikan. Seperti dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan (LINK).

CARA YANG BETUL SIMPAN DAN NYAHBEKU BAHAN MENTAH DI PETI AIS.

“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”

Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.

Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena cuci bersih-bersih, lepas tu potong dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.

Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kau, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi kalau gitu. Hehe.

Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.

Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana? Camni:

1. Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir sehingga bahan mentah tersebut lembut.

2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.

3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!

Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kau masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.

OKlah. Tu je!

Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!

Sumber: FB Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Medtweetmy #BKKMnakpesan #BKKMHQ

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Hanis Zalikha Tanya Bagaimana Nak Simpan Telur ? Ini Jawapan SEBENAR Yang Ramai Tak Tahu