in

Viral Mat Sabu Baca Khutbah. Ini Komen POPULAR Netizen Buat Umat Islam KAGUM

Semoga Malaysia Punyai Banyak Lagi Pemimpin Hebat Macam Abang Mat. Amin.

Viral Mat Sabu Baca Khutbah. Ini Komen POPULAR Netizen Buat Umat Islam KAGUM | Kem Gua Permai ATM terkejut bila Mat Sabu baca khutbah Jumaat dan jadi viral. Ini pula komen popular netizen buat ramai umat Islam kagum. Steady la abang Mat.

ABANG MAT SIFAT MERENDAH DIRI DAN POHON MAAF JIKA BUAT KESILAPAN

Jemaah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai menerima kejutan apabila khutbah Jumaat hari ini dibacakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Menerusi khutbah Jumaat itu, Mohamad Sabu mengajak umat Islam supaya berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi umat lebih mulia.

Beliau juga mengingatkan lebih baik mengamalkan sikap merendah diri dan segera meminta ampun setelah berbuat kesalahan.

“Sama ada pihak yang berkuasa atau tidak berkuasa, renung dan sanggup membuat pengislahan (pembaharuan) supaya kita dapat kembali memimpin atas muka bumi ini.

“Kita kena akui kelemahan dengan penuh tawaduk dan sama-sama membina kembali kesilapan dilakukan orang Islam sama ada pemimpin atau umat Islam lain secara umum,” katanya.

Khutbah pertama dibacakan sejak beliau menerajui Kementerian Pertahanan itu disampaikan di hadapan 750 pegawai dan anggota RAMD yang turut dihadiri Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Solat Jumaat diimamkan, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam khutbah Jumaat itu, turut disentuh keadaan umat Islam pada masa kini yang saling bertingkah dan membunuh antara satu sama lain hanya kerana wujudnya perbezaan sedikit dalam nilai kepercayaan mereka.

Mohamad Sabu berkata, negara kotor, paling tinggi rasuah, tiada ukhuwah hingga saling bunuh sesama sendiri dan umat yang menjadi pelarian paling ramai semuanya berlaku di negara Islam.

“Apakah agama yang salah atau kita yang salah, insafilah, kitalah yang perlu buat pembetulan,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)

KOMEN POPULAR NETIZEN TENTANG ABANG MAT BACA KHUTBAH

Menerusi khutbah Jumaat itu, Mohamad Sabu mengajak umat Islam supaya berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi umat lebih mulia…Alhamdulillah.Terbaik Abng Mat..Pedulikan mereka yg mmpunyai perasaan dengki dan busuk hati trhadap Abng Mat.

Org baca khutbah pun ko panas (rujuk kepada haters abang Mat)..Yg panas khatib baca khutbah ni setan jer jilake..Ko dgn setan boleh duduk sebilik hawau..

Syukur, tiada insiden baling mikrofon semasa abg mat memberi khutbah

Terbaikkk… Inilah pemimpin yg hebat.. Dlam agam ok, dlam politik ok.. Dlam buat kerja pon ok.. Merendah dri lak

Aku ni macai umno,tapi aku skong apa mat sabu buat ni,ni baru betul pemimpin…..terbaik lah mat sabu,maknanya dia fasih bca jawi

Aku ni macai umno,tapi aku skong apa mat sabu buat ni,ni baru betul pemimpin…..terbaik lah mat sabu,maknanya dia fasih bca jawi

Aku rasa perkara macam ni biasa dlm pas dan mereka pun asal dr pas…mungkin dr pkr dan bersatu xbiasa kot…asal dr umnooo

Dia contoh yg terbaik sbg sorg ketua, pd pembangkang tolong buka mata anda semua tya pd diri anda sendiri, jg hanya memikirkn kuasa, harta dn duit utk kehidupan dn kemewahan dunia sj.

Berbanding Najib dan lain2 menteri , najis mughalazah pun x tau. Elok lah Mat Sabu. Boleh jadi imam.. boleh baca khutbah. Menteri pendidikan dan kesihatan pun sama. Boleh je ke depan jadi Imam. Najib tu boleh ke. Silap2 alfatihah pun tunggang langgang lagi. Sbb tu tak tau nak beza halal dan haram

Yg baik kita sokong. Alhamdulillah.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Rampasan Barang. Lepas Lama Diam Diri, Ini Komen Lim Guan Eng Buat Ramai GEMBIRA

Aksi Teruk Ozil Dan Gundogan Di Piala Dunia. Ini Tindakan Erdogan Buat Ramai TERKEDU