in

Viral Lim Guan Eng Makan Gerai Biasa. Ini Kisah SEBENAR Di Sebaliknya

Semoga Jadi Tauladan Kepada Menteri Lain Juga.

Viral Lim Guan Eng Makan Gerai Biasa. Ini Kisah SEBENAR Di Sebaliknya | Sebelum viral tentang Lim Guan Eng hormat azan, terkini tersebar pula beliau makan kat gerai biasa. Ini kisah sebenar di sebaliknya.

SEMPOI MAKAN GERAI BIASA JE

Jika sebelum ini, Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu menjadi perhatian netizen dan dipuji ramai selepas gambar rumahnya yang sederhana dan kereta Viva yang dipandu oleh beliau tular di media sosial.

Kali ini Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pula mendapat pujian ramai kerana masih mengekalkan sikap rendah diri walaupun kini menjawat jatawan terpenting dalam negara.

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial menunjukkan Lim Guan Eng menikmati makanan di gerai biasa bersama keluarga beliau.

Rata-rata netizen terharu dengan sikap sederhana beliau. Netizen juga turut memuji penampilan isteri dan anaknya yang berpakaian biasa.

Ada segelintir memberitahu, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pulau Pinang, beliau sering dilihar minum petang di kedai kopi biasa dan makan di gerai biasa.

Namun seperti biasa ada segelintir netizen yang merasakan tindakan Lim Guan Eng hanya pertunjukan semata-mata.

Apa-apa pun, diharap rakyat Malaysia dapat memberi peluang kerajaan baharu untuk membina semula Malaysia. (Sumber: Vitdaily)

ANWAR TAK TANDING DI PANDAN, HANYA AHLI PARLIMEN BIASA

Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak akan bertanding kerusi Parlimen Pandan buat masa ini, sebaliknya lebih gemar menjadi ahli Parlimen biasa (backbencher) sahaja.

Beliau berkata, tidak berhasrat untuk memegang apa-apa jawatan tertinggi dalam Kabinet sebaliknya hanya ingin menjadi ahli Parlimen biasa sahaja.

Anwar bagaimanapun meminta masa dua bulan untuk berkunjung ke luar negara sebelum membuat keputusan kerusi Parlimen yang bakal ditandanginya.

“Tadi saya tanya ahli-ahli Parlimen PKR siapa nak tawarkan kerusi mereka kepada saya? Tapi tunggu lepas selesai lawatan ke luar negara baru bincang semula kerusi Parlimen mana saya nak bertanding, Insya-ALLAH kalau menang, saya nak jadi ‘backbencher’ dulu.

“Wan Azizah ada tawarkan kerusi Parlimen Pandan tapi saya rasa tidak praktikal sebab beliau perlu undur diri awal. Kalau saya tanding Pandan, Wan Azizah perlu letak jawatan, mana boleh beliau timbalan perdana menteri,” katanya ketika sidang media selepas memberi taklimat kepada wakil rakyat PKR, di sini, hari ini.

Menurutnya, adalah tidak praktikal untuk beliau berbuat demikian memandangkan Wan Azizah perlu berundur dari jawatannya terlalu awal.

Tambahan, beliau berkata selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini, beliau lebih selesa untuk menjadi sebagai ‘backbencher’.

“Bebas. Saya nak pergi round dulu, saya ada komitmen, mengajar dan kuliah, banyak di beberapa universiti, dalam dan luar negara, ” katanya.

Rata-rata spekulasi mendakwa bahawa Dr Wan Azizah akan mengundurkan diri sebagai ahli Parlimen Pandan bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Ditanya sama ada beliau akan sempat menyertai sesi pertama Dewan Rakyat yang akan bermula 17 Julai ini sebagai seorang ahli Parlimen, Anwar berkata, beliau akan mengambil masa lebih panjang untuk memenuhi komitmennya menyampaikan kuliah di beberapa negara.

“Slightly more than two months,” katanya menambah bahawa setakat ini belum ada keputusan dibuat untuk beliau bertanding dimana-mana kerusi.

“Saya belum ada pengalaman untuk jadi ahli parlimen biasa. Saya tidak mahu ambil kesempatan atas penderitaan orang lain, sebab saya sudah cukup berpengalaman menderita,” ujarnya. (Sumber: Sinar Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Polis Maut Kemalangan. Rakan Dedah Mangsa Imam Yang Baik. Al Fatihah.

Terkini 1MDB. Peguam Jho Low Jumpa SPRM. Ini Puncanya.