in

Ditegur Anwar. Ini Jawapan BALAS Lim Guan Eng. WOW.

Dua Pemimpin Yang Hebat. Saling Menghormati Walaupun Bebeza Pandangan.

Ditegur Anwar. Ini Jawapan BALAS Lim Guan Eng. WOW. | Semalam Anwar tegur Lim Guan Eng dah terkini selepas ramai tertunggu2, ini jawapan balas Lim Guan Eng. Memang wow. Jom baca.

LIM TIADA KUASA UNTUK ARAH MENTERI LAIN

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau menghargai nasihat Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar berhubung pembongkaran salah laku kerajaan terdahulu tetapi akan tetap mendedahkan perkara itu kepada umum.

Lim mengulas saranan Anwar agar beliau menyerahkan pembongkaran salah laku dan penyelewengan pentadbiran BN kepada menteri lain dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana status menteri kewangan lebih sensitif dan kenyataan yang dikeluarkan memberi kesan kepada pelabur dan pasaran, kata Anwar yang pernah menjadi menteri kewangan dalam wawancara bersama Astro Awani.

Lim bagaimanapun berkata, semua pendedahan skandal kewangan terutama 1MDB di media atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar sendiri sedia maklum tentang perkara itu.

Tambahan pula, katanya lagi, beliau bukanlah perdana menteri yang berkuasa memberi arahan kepada menteri lain.

“Tidak kena pada tempatnya untuk saya mengarahkan menteri lain mendedahkan skandal kewangan kerajaan lama yang berlaku dalam kementerian kewangan yang disandang saya.

“Kementerian saya akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh 100 hari seperi yang diarahkan perdana menteri,” katanya lagi dalam kenyataan.

Anwar berkata demikian ketika mengulas laporan agensi penarafan Moody’s Investors Service yang menyifatkan pertukaran kerajaan mencetuskan ketidaktentuan dasar yang boleh menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi serta menjejaskan keyakinan pelabur asing.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa penurunan saham di Bursa Malaysia akibat tindakan Lim mendedahkan butiran hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Namun tindakan Lim disokong bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz yang berkata ketelusan dan kejujuran berhubung situasi sebenar negara akan membawa kebaikan jangka panjang.

Anwar Sendiri Terkejut

Lim turut memaklumkan beliau sendiri beberapa kali berjumpa dengan Anwar untuk memaklumkan tentang keadaan ekonomi serta skandal kewangan yang telah berlaku.

“Anwar juga terkejut dengan impak negatif berhubung penyelewengan kewangan kerajaan lama dalam bentuk memalsukan penyata kewangan, menyorokkan fail dan menanda fail penyata kewangan berwarna merah khas untuk orang tertentu (sahaja).

“Rakyat berhak tahu tentang kedudukan sebenar ekonomi dan status kewangan negara. Semasa berjumpa dengan Anwar, beliau sendiri setuju,” kata setiausaha agung DAP itu lagi. (Sumber: Malaysiakini)

KU LI AJAK ZAHID, KJ DEBAT MENJELANG PEMILIHAN UMNO

Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengemukakan cabaran debat terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin, dua pencabarnya bagi jawatan presiden dalam pemilihan Umno hujung bulan ini.

“Kalau saya berani membuat penjelasan (terhadap isu), (calon) lain patut ikut serta dan sanggup buat penjelasan yang sama,” kata tokoh veteran Umno itu dalam wawancara bersama Astro Awani.

Selain mereka bertiga, empat lagi calon yang akan merebut jawatan tertinggi itu kurang dikenali, iaitu penulis blog Rahmat Azim Abdul Aziz, Rosile Saat (Umno Bangi), Mohamed Iqbal Maricair (Umno Bandar Tun Razak) dan Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin (Umno Iskandar Puteri).

Namun senarai akhir calon yang layak hanya akan diumum esok.

Pada bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden Umno, susulan kekalahan pertama BN dalam pilihan raya umum.

Najib juga tidak akan bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan kali ini.

Zahid yang menjadi orang nombor dua Umno pada masa itu kini memangku jawatan presiden.

Seterunya melihatnya sebagai orang yang setia dengan Najib yang dianggap sebagai punca utama kekalahan BN pada PRU ke-14.

Justeru mereka meyakinkan Ku Li untuk mencabarnya.

Khairy pula membuat kejutan saat akhir apabila mengumumkan pencalonannya beberapa jam sebelum pencalonan ditutup. Beliau sebelum itu berkata hanya mahu bertanding jawatan naib presiden. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kemelut MB Selangor. Komen Anwar Ibrahim Ni Buat Semua Terus Diam SETUJU

Tindakan Drastik Calon MB Perlis Ni Buat Rakyat Perlis KELIRU