in

Putar Fakta Isu Ekonomi. Ini NASIHAT Lim Guan Eng Terhadap Najib Buat Ramai SETUJU

Pembangkang BN Kena Belajar Lagi Seni Membangkang Yang Betul.

Putar Fakta Isu Ekonomi. Ini NASIHAT Lim Guan Eng Terhadap Najib Buat Ramai SETUJU | Kenyataan Najib baru-baru ni tentang ekonomi negara mengelirukan rakyat dan ini nasihat setempek Lim Guan Eng terhadap bekas PM buat ramai setuju. Jom baca.

NAJIB PERLU BERHENTI KELIRUKAN RAKYAT

Menteri Kewangan Lim Guan Eng membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa beliau cuma mengelirukan orang awam berhubung hutang negara.

Awal hari ini, Najib merujuk laporan Moody’s Investors Service dan sekali lagi menuduh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sengaja menokok-tambah hutang negara sehingga mencecah RM1 trilion.

Mengulas perkara itu, Lim menafikan pihaknya sengaja menokok tambah hutang negara dan mengulangi bahawa angka RM1 trilion adalah dari gabungan jumlah hutang dan liabiliti.

“Tidak seperti apa yang dikatakan bekas perdana menteri hari ini, Moody ada menyatakan hutang langsung kerajaan adalah RM687 bilion. Kita tak pernah nafikan ini.

“Tapi kita ambil kira jaminan kerajaan yang juga sudah menjadi hutang secara langsung kerana orang yang kita jamin tak mampu bayar,” jelasnya.

Justeru, Lim menasihatkan agar tidak “bersembunyi di sebalik definisi hutang” bagi menutup keadaan sebenar ekonomi negara.

“Saya kesal bekas menteri kewangan masih tidak mahu mengakui hakikat ini. Saya harap janganlah cuba menegakkan benang yang basah dengan cuba mengatakan hutang negra tidak sebegitu teruk.

“Kalau bunga mawar, kita mesti panggil buka mawar. Janganlah cuba alihkan perhatian dengan mengatakan bukan-bukan.

“Kita perlu mengakui masalah sebenarnya agar kita dapat mengatasinya,” katanya.

Lim berkata demikian selepas program sempena sambutan Hari Raya di Seri Kembangan malam ini. (Sumber: Malaysiakini)

SYED SADDIQ – SAYA AKAN LAPOR POLIS JIKA BENAR ADA AHLI BERSATU SELEWENG BAZAR RAMADHAN

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dia tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mendapati terdapat penyelewengan berlaku pada partinya itu.

Beliau berkata demikian susulan penyebaran tangkap layar sepucuk surat yang mempunyai logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disertakan dengan nama serta jawatan Pemuda BERSATU Wilayah Persekutuan.

Surat yang tular di media sosial itu dipercayai berhubung urusan tapak bazar Ramadan tahun ini.

“Saya tidak akan membiarkan penggunaan nama mana-mana parti bagi mendapatkan favour (habuan) daripada kerajaan.

“Jika surat ini sahih dan kerana ia (melibatkan) parti politik, habuan itu diperoleh secara tidak sah.

“Saya sendiri akan melaporkan kes ini kepada SPRM dan berharap sesiapa yang terlibat akan melakukan tindakan sama.

“Tidak gentar untuk membina semula Malaysia baru walaupun mereka ahli parti saya,” katanya kepada Malaysiakini lewat malam tadi.

Sementara itu, melalui kenyataan media awal hari ini, Syed Saddiq menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi peniaga dan pihak lain yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan serta bukti berhubung dakwaan berkenaan.

Anggota parlimen Muar itu turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubunginya.

“Berada dalam kerajaan, bukan bermakna saya mengiakan semua salah laku yang berada didepan mata saya,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

PH Menang. Ini Tindakan Nekad Pengerusi SPR Buat Ramai TERKEDU

Ulasan SEMPOI Duta Jerman Ni Ketika Perjumpaan Rasmi Buat Lim Guan Eng TERSENTAP