in

5 Tanda Anak Sudah Jadi RAJA Kepada Mak Ayahnya. WAJIB BACA.

Ibu Bapa Jangan Nak Manjakan Anak Sangat. Ingat Kisah Anakku Sazali?

5 Tanda Anak Sudah Jadi RAJA Kepada Mak Ayahnya. WAJIB BACA. | Mak ayah mana tak sayang anak kan ? Namun, berdasarkan pengalaman dan kisah benar oleh Dr Taufiq Razif, ada 5 tanda anak sudah jadi raja kepada mak ayahnya. Ibu bapa wajib baca ni.

LEBIH BAIK CEGAH DARI MENGUBATI

Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya :

1. Mak Ayah Mula Jadi Overprotective

▪ Anaknya tak boleh disentuh dan taknak anak susah langsung!

▪ Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting.

▪ Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti

2. Mak Ayah Tak Pernah Cakap TAK BOLEH Kat Anak

▪ Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan

▪ Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya

3. Mak Ayah Bagi Je Semua Makanan Yang Anak Minta

▪ Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan

▪ Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak

▪ Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi

4. Mak Ayah Tak Boleh Dengar Anak Menangis

▪ Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis

▪ Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif

▪ Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!

5. Smartphone Mak Ayah Selalu Berada Di Tangan Anaknya

▪ Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak

▪ Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya

P.S – Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.

Sumber: Dr Taufiq Razif

HANYA 24% IBU BAPA PERIKSA GAJET ANAK

Hanya 24 peratus daripada ibu bapa memeriksa kandungan gajet anak-anak mereka yang berusia tiga hingga 17 tahun, kata bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menurut Rohani, keputusan itu diperoleh daripada 1,165 responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mengikuti program sepanjang sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia pada November tahun lepas.

“Hampir 80 peratus ibu bapa didapati membenarkan anak-anak mereka memiliki dan menggunakan gajet. Namun, hanya 15.1 peratus daripada ibu bapa akan melarang penggunaan gajet jika anak mereka melakukan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, survey itu juga mendapati hanya 48 peratus ibu bapa mengehadkan masa penggunaan gajet dan 3.7 peratus pula tidak memantau penggunaan gajet anak anak.

Tahun lepas, pihak kementerian telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan kempen ‘No Gadget Hour’ bagi memastikan ibu bapa menggunakan masa dengan lebih berkualiti bersama anak-anak berbanding mengutamakan penggunaan gajet. (Sumber: Sinar Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Henti Sidang Media Hormati Azan. Ini Respon TAK TERSANGKA Netizen Kepada LGE

Polis Maut Kemalangan. Rakan Dedah Mangsa Imam Yang Baik. Al Fatihah.