in

Isu Pengasuh. Ini Komen Ashraf Muslim Yang Buat Ramai Suami Teruja

Ada Kebaikan Dan Keburukan Jugak Upah Pengasuh Jaga Anak. Tawakal Lah Kepada Allah.

Isu Pengasuh. Ini Komen Ashraf Muslim Yang Buat Ramai Suami Teruja | Kes bayi Adam buat ramai terpana dan isu pengasuh jadi bualan rakyat Malaysia. Terkini Ashraf Muslim memberi komen yang buat ramai suami teruja. Mengejutkan.

TAK PERCAYA ORANG LUAR JAGA ANAK-ANAK

PELAKON Ashraf Muslim mengakui berita-berita negatif yang dilapor media mengenai sikap pengasuh membuatkan dia tidak memberi kepercayaan kepada orang luar untuk menjaga anak-anaknya.

Ashraf, 36, berkata, dia bersyukur kedua-dua isterinya mampu menjaga tiga cahaya mata mereka sendiri tanpa menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain.

“Rasa geram dan marah apabila baca berita-berita bayi didera pengasuh, mujur anak-anak saya dijaga sendiri oleh isteri-isteri.

“Selain itu, keluarga mertua dan ahli keluarga banyak membantu jika kami ada urusan. Saya tidak percaya dan takut untuk hantar anak kepada pengasuh terutama yang tidak kenal.

“Tapi saya faham ada pasangan yang bekerja dan tiada pilihan lain,” ujarnya kepada mStar Online.

Ashraf diminta mengulas tentang berita kematian tragis bayi lima bulan, Adam Rayqal yang sebelum itu didakwa hilang kononnya diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya ketika berada di rumah pengasuh di Gombak, Selangor.

Namun bayi malang itu ditemui mati dalam keadaan di letakkan pada bahagian tempat pembeku peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya.

Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.

Dalam pada itu, Ashraf berkata, ibu-bapa seharusnya mengkaji terlebih dahulu latar belakang pengasuh sebelum menyerahkan anak mereka untuk dijaga.

Katanya, mereka seharusnya memantau pergerakan anak ketika di bawah jagaan orang lain dalam tempoh beberapa bulan pertama.

“Sepatutnya ada tempoh tertentu untuk mereka pantau pengasuh tersebut sehingga benar-benar yakin.

“Namun, itulah ia mungkin sudah sampai ajal dan tertulis,” ujarnya.

Sementara itu, Ashraf berkata, dia bakal menimang cahaya mata keempat pada September depan.

Katanya, ia merupakan anugerah terindah buat dirinya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang bapa.

“Alhamdulillah, kehidupan semakin bahagia dan Insya-Allah saya bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi sekarang tengah buat persiapan menyambut kehadiran anak keempat,” ujarnya. (Sumber: Mstar)

SYAZWAN ZULKIFLY “KEMBAR” ARWAH ADIK ADAM

TINDAKAN pelakon Syazwan Zulkifly memuat naik gambarnya ketika bayi yang dicantum dengan foto Allahyarham adik Adam Rayqal Mohd Sufi yang ditemui mati di rumah pengasuhnya pada Selasa lalu mendapat perhatian pengikutnya.

Syazwan menerusi kapsyen gambar itu menjelaskan dia memuat naik gambar itu selepas ramai kenalan dan ahli keluarganya mengatakan wajah mereka mempunyai iras.

“Ramai kenalan dan ahli keluarga saya mengatakan wajah arwah adik Adam Rayqal iras-iras wajah saya masa kecil.

“Takziah buat keluarga Allahyarham adik Adam. Semoga kuat menghadapi dugaan Allah ini,” tulisnya.

Kenalan dan ahli keluarga Syazwan memberitahu wajah mereka mempunyai iras.

Perkongsian sejak malam Khamis itu sehingga kini mendapat hampir 17,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya bersetuju wajah mereka mempunyai persamaan terutama pada bahagian mata dan mulut.

Malah ramai merasakan sekiranya Adam dewasa wajahnya pasti mirip dengan Syazwan.

“Pertama kali tengok ingatkan dua-dua foto Allahyarham baby Adam… Memang mirip. Mungkin bila dia dah besar dia jadi syazwan junior. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkannya.

Syazwan terkesan dengan berita kematian Adam Rayqal.

“Paling sama pada bahagian mata dan mulut. Al-Fatihah buat baby Adam,” katanya.

Sementara itu, Syazwan berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab terhadap kematian bayi malang itu akan diberi hukuman setimpal atas perbuatannya.

Katanya lagi, besar harapannya agar kes tidak berperikemanusian seperti itu tidak lagi berulang pada masa hadapan.

“Kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi pada arwah, saya berharap mereka dihukum setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

“Harapan saya, jangan ada lagi perkara yang tiada kemanusian seperti ini berlaku di negara kita ataupun di mana-mana… Yang membezakan manusia dengan binatang adalah akal fikiran. Al-Fatihah untuk adik Adam Rayqal,” tulisnya.

Pada malam Selasa lalu, negara digemparkan dengan berita kematian tragis Adam Rayqal yang sebelum itu didakwa hilang selepas diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya ketika berada di rumah pengasuh di Gombak, Selangor.

Namun bayi malang itu ditemui mati dalam keadaan di letakkan pada bahagian tempat pembeku peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya.

Mayat bayi berkenaan ditemui dalam keadaan dibalut dengan kain lampin dan disumbat di dalam beg berwarna hijau ketika anggota polis membuat pemeriksaan di rumah tersebut. (Sumber: Mstar)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

NGO Buat Laporan Polis Terhadap PM, KP SPRM. Ini Puncanya Buat Ramai Terkedu

Bantu Najib. UMNO Pekan Tersentap Bila Tau Apa Jadi Pada Dana Tersebut