in

Selepas 48 Jam. Ini Tindakan Polis Terhadap Pengasuh Arwah Adam

Ramai Yang Masih Terkejut Dengan Kes Kejam Ini. Allahu.

Selepas 48 Jam. Ini Tindakan Polis Terhadap Pengasuh Arwah Adam | Pengasuh Adam telah ditahan polis lepas viral jenazah bayi Adam ditemui dalam peti ais. Lepas 48 jam ini tindakan susulan polis terhadap pengasuh tersebut buat ramai ingin tahu.

PENGASUH DI BAWA KE RUMAH UNTUK BANTU SIASATAN

Pengasuh yang dipercayai suspek utama kes kematian seorang bayi lelaki berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, dibawa ke rumahnya, di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves, di sini, pagi tadi, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata proses itu untuk memberi gambaran lebih jelas berhubung kejadian selain untuk mengetahui punca kecederaan parah pada kepala yang disahkan menjadi punca kematian bayi lelaki berkenaan.

“Kita membawa suspek yang berusia 33 tahun itu ke rumahnya hari ini untuk membantu siasatan bagaimana kejadian berlaku di lokasi.

“Sehingga kini, kami tidak dapat mengenal pasti punca kecederaan pada bahagian kepala bayi itu. Jadi, suspek dibawa ke rumahnya juga adalah untuk menjelaskan bagaimana kepala mangsa mengalami kecederaan sedemikian,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kerana bimbang mengganggu proses siasatan ketika ini.

Adam Rayqal yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, kira-kira jam 11 malam, Selasa lalu.

Ali dilaporkan berkata, mayat Adam Rayqal disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Pihak polis menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun sejurus kemudian dan mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dilaporkan berkata, hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak pada tempurung kepala sebelah kiri serta pendarahan di bahagian kanan otaknya yang menjadi punca kematian bayi itu. (Sumber: Berita Harian)

“ADAM RAYQAL TUNGGU KAMI DI SYURGA”

“Saya tahu Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga,” kata Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, bapa kepada bayi lima bulan yang mayatnya ditemui disorokkan dalam bahagian pembeku peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya semalam.

Mohd Sufi yang ditemui dalam keadaan sebak, menzahirkan rasa terima kasih atas sikap cakna rakyat Malaysia yang turut membantu mencari anaknya sebaik dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya.

“Saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu pencarian anak kami.

“Walaupun kita tahu kita mengharap yang terbaik untuk jumpa Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia.

“Kalau ada yang share (kongsi) gambar yang tidak sepatutnya, minta tolong hormati privasi arwah Adam Rayqal,” katanya ketika ditemui di perkarangan Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di sini, malam ini.

Jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu jam 10.30 malam. Sebelum itu, jenazah bayi itu tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah jam 9.53 malam untuk solat jenazah.

Jenazah Adam Rayqal dipangku datuknya, Mohd Fauzi Jusoh, 61, masuk ke kawasan tanah perkuburan itu.

Lebih 1,000 orang hadir termasuk ahli keluarga, penduduk setempat yang terkejut dengan kejadian itu. Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang proses pengebumian anak syurga itu.

Terdahulu, jenazah Adam Rayqal tiba di rumah datuknya di Taman Chendering Utama, Chendering, di sini, jam 9.25 malam. Turut hadir di rumah keluarga datuk mangsa adalah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Malah, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota turut hadir di tanah perkuburan memasang lampu agar proses pengebumian berjalan lancar selain polis yang mengawal lalu lintas.

Jenazah Adam Rayqal selesai dibedah siasat pada jam 2 petang sebelum dimandi dan disembahyangkan di surau IPFN HKL pada jam 2.15 petang dan dibawa keluar pada jam 3.06 petang.

Jenazah bayi malang yang dibalut dengan kain batik dipangku ibunya dibawa menaiki kereta Honda Jazz bersama bapanya serta beberapa ahli keluarga untuk dikebumikan di sini. (Sumber: Berita Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kes Najib. Ini Amaran UMNO Seputeh Buat SPRM, Amar Singh Buat Ramai Terkedu

Kes Najib. Ini Kata Tegas Rais Yatim Buat Penyokong UMNO Cuak