in

Pesakit Kanser Takleh Tidur Malam Di Hospital. Tak Sangka Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Setiap Pesakit Perlukan Sokongan Emosi Terutama Dari Keluarga. Kongsikan Kisah Ni.

Pesakit Kanser Takleh Tidur Malam Di Hospital. Tak Sangka Puncanya Amat MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Seperti yang diceritakan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan (LINK). Seorang pesakit kanser ni dah hampir sembuh selepas jalani rawatan kanser. Tapi doktor perasan ketika di wad, dia selalu tak boleh tidur, bila borak2 rupa2ya puncanya adalah disebabkan oleh…… Tak sangka. Jom baca dan kongsikan.

PESAKIT TAK BOLEH TIDUR

“Doktor, saya tak boleh tidur.”

Seorang wanita setengah abad mengadu tak mampu lena lebih dua jam. Rebahkan tubuh atas katil jam jam 12 tengah malam, tapi hanya mampu terlena apabila hampir jam 5 pagi. Subuh dia sudah bangun semula.

Setahun lalu, dia jalani pembedahan buang kanser, seterusnya jalani kimoterapi sehingga lengkap kitarannya. Kini masih jalani terapi hormon. Selama rawatan ini, dia OK sahaja, tapi baru 3 minggu ni tak boleh tidur.

Saya pun bertanya lebih lanjut.

Saya tanya kepadanya tentang kesihatan, ubat, selera makan, atau apa-apa simptom yang boleh ganggu kitaran tidur dia. Berdasarkan jawapannya dan pemeriksaan fizikal, tiada apa-apa yang signifikan.

ADA MASALAH LAIN ?

Saya bertanya pula tentang masalah selain kesihatan. Soalan berkaitan masalah kerjaya, kewangan, rumah tangga, anak, dan expectation.

“Puan bekerja?”

Dulu, beliau berniaga. Seorang yang sangat sibuk dan aktif ke sana ke mari. Selepas kanser, dia sudah tak lagi jalankan perniagaan itu. Jadi, suri rumah.

“Ada masalah kewangan?”

Mereka nafi. Pendapatan suami yang bekerja di seberang tambak, cukup untuk tanggung perbelanjaan keluarga mereka.

“Maaf saya tanya. Hubungan awak dengan suami OK?”

Suami jawab “OK”. Pesakit pun iyakan jawapan suami. Mereka memang tiada pertelingkahan apa-apa.

“Anak berapa orang?”

“Seorang.”

“Anak umur berapa? Sekolah OK?”

Remaja di alam persekolahan. Tiada masalah dalam pelajaran. Tiada masalah sosial juga.

“Puan rapat dengan anak?”

ANAK SUKA MENYENDIRI DALAM BILIK

“Anak saya suka duduk dalam bilik je. Main internet…”

Beliau kata dia jarang berborak dengan anaknya. Bercakap hanya hal penting sahaja.

“Remaja begitulah, puan. Zaman mereka rasa mereka dah cukup dewasa dan tak perlu bergantung pada ibubapa. Mereka rasa tak dewasalah kalau rapat dengan ibubapa.” respon aku.

“Itulah, doktor. Anak saya ada kata dia tak suka saya buat itu ini. Dia ada tampal kertas dekat pintu bilik…suruh ketuk sebelum masuk bilik dia… “ tiba-tiba airmatanya bergenang di hujung mata. Jatuh sebutir membasahi pipi kirinya. Airmata di kelopak mata kanan di kesat dengan kura tangan.

Kemudian dia sambung…

MAK RASA SUNYI NAK BERBUAL

“Saya bukan apa. Kadang-kadang saya rasa sunyi, nak bebual. Ada perasaan hati kita yang tak OK, kalau kita cakap kat orang jadi lega sikit, tapi anak saya orangnya suku duduk dalam bilik. Dah la anak saya, dia seorang itu je…” luahnya sambil beberapa butir lagi airmata gugur.

Setelah saya fikir lebih dalam, masalah wanita ini lebih daripada hubungan dingin dengan anak tunggalnya sahaja. Bila saya hubungkan perkara – perkara yang telah dia beritahu, saya dapati ada beberapa faktor sebabkan dia gelisah sehingga tak boleh tidur.

Dulu dia sibuk bekerja, dan bila tidak bekerja, maka fikirannya kosong. Kekosongan itu pula diisi dengan kekhuatiran tentang kesihatannya.

Hendak diluah kekhuatiran yang terbuku, suaminya kerja keluar awal pagi, pulang malam. Anak pula suka berkurung di dalam bilik.

SOLUSI DOKTOR

Oleh itu saya beri beberapa saranan, antaranya ; dia kena mula bekerja semula atau paling tidak cari hobi baru, seperti menjahit, bercucuk tanam. Aktiviti ini akan kurangkan fikirannya daripada sentiasa meratapi nasib sahaja.

Saya juga sarankan dia bersenam di waktu petang agar penat dan boleh tidur di sebelah malam. Saya galakkan dia dekati Tuhan. Akhir sekali mohon agar si suami sampaikan isi hati pesakit kepada anak agar dia tahu apa expectation emaknya.

Kita ni sebagai anak, bila kita rasa dah dewasa, kita rasa tak perlulah kita bergantung pada ibubapa. Dah tak mahu susahkan mereka. Tapi kita sering lupa hakikat bila kita dah dewasa, ketika itulah ibubapa mula terasa nak bergantung pada kita. Walaupun msreka tak sakit.

Ibubapa kita ni pula, kadang-kadang segan nak beritahu mereka perlukan kita. Jadi, kalau dah lama tak hubungi ibubapa kalian, saya kira hari Jumaat ini adalah hari yang sesuai nak bertanya khabar dan bermesra dengan mereka. Telefon pun jadilah.

Oh ya, mohon doakan kesejahteraan pesakit saya ni, beliau sudah menang bertarung dengan kanser, tapi sedang kalah dengan depressi. Ramai pesakit kanser begini, marilah kita beri sokongan pada mereka.

Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan (LINK)
Rehabilitasi Fizikal, Mental & Rohani

Comments

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

Misteri Bilik Radioterapi. Siapakah “TEMAN” Yang Pesakit Dok Cerita Kat Doktor ? MENGEJUTKAN…