in

Bantu Najib. UMNO Pekan Tersentap Bila Tau Apa Jadi Pada Dana Tersebut

Saling Membantu Tu Kan Amalan Mulia. Bagus La.

Bantu Najib. UMNO Pekan Tersentap Bila Tau Apa Jadi Pada Dana Tersebut | UMNO Pekan adalah cawangan yang aktif mengutip derma untuk bantu Najib. Namun, Ketua Wanita Umno Pekan mendedahkan yang mereka mendapat kejutan tentang dana tersebut. Tak sangka.

DEDAH AKAUN UMNO PEKAN TELAH DIBEKUKAN

Sebuah akaun bank yang dibuka Umno Pekan untuk membantu membayar wang ikat jamin ketua bahagiannya dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah dibekukan.

Ketua Wanita Umno Pekan, Zalmah Abdul Rahman berkata, beliau hanya mengetahui pembekuan akaun tersebut pagi ini.

“Ini (pembekuan akaun) hanya di Pekan, saya tidak tahu mengenai tempat lain, tetapi akaun ini dibuka oleh Umno Bahagian Pekan,” Zalmah dipetik sebagai berkata oleh Malay Mail.

Walau bagaimanapun, tabung derma Najib yang diikhtiarkan bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan memberitahu Malaysiakini jumlah sumbangan terbaru yang diterima hanya boleh diperiksa pada hari Isnin ini.

Setakat jam 5 petang semalam, dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908.

Derma itu bertujuan membantu Najib membayar wang ikat jamin berjumlah RM1 juta pada hari Isnin.

Najib telah membayar ansuran pertama RM500,000 pada hari Rabu lalu selepas meminta untuk dibicarakan mahkamah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Pendakwaan terhadap Najib berkaitan dengan kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. (Sumber: Malaysiakini)

KP SPRM – BIAR NAJIB SAMAN SAYA

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull tidak terkejut dengan tindakan saman sivil yang dibuat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terhadapnya.

“Biar beliau saman. Saya akan terima,” kata Shukri, petik The Star.

Semalam Reuters melaporkan Najib menyaman Shukri, Peguam Negara Tommy Thomas dan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Amar Singh.

Dalam laporan itu, saman Najib yang difailkan minggu lalu mendakwa mereka bersikap prejudis dalam siasatan mengenai 1MDB.

Dalam hal berkaitan, Shukri berkata SPRM hampir siap meneliti bukti dalam negara mengenai kes 1MDB dan sekarang sedang menyelidik keterangan dari luar negara.

Najib didakwa menerima dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Jabatan Kehakiman AS mendakwa sejumlah AS$ 731 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun AS $620 juta kemudian disalurkan ke dalam akaun yang dipegang ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Najib menafikan sebarang dakwaan salah laku.

Pada hari Rabu lalu, beliau didakwa atas tuduhan pecah amanah jenayah dalam kes berasingan mengenai dana yang diselewengkan daripada SRC International. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Pengasuh. Ini Komen Ashraf Muslim Yang Buat Ramai Suami Teruja

Syed Saddiq Bersih Stadium. Respons Pekerja Kutip Sampah Ni Buat Ramai Tak Sangka