in

Keluarga Ibu Bapa Arwah Adam Dedah SESUATU Tentang Sikap Pengasuh Yang Bagus Tapi..

Ada Hikmah Di Sebalik Kejadian. Semoga Keluarga Tabah Dan Kuat Hadapi Dugaan. InsyaAllah. Aminnn.

Keluarga Ibu Bapa Arwah Adam Dedah SESUATU Tentang Sikap Pengasuh Yang Bagus Tapi.. | Wakil waris kepada bayi Adam yang meninggal dunia ada beritahu wartawan tentang sikap pengasuh pada minggu pertama yang sangat bagus. Ramai terkejut tapi…

PENGASUH KEMASKINI KEADAAN ADAM SETIAP JAM KEPADA IBU AYAH

Pengasuh yang juga suspek kepada kes kematian bayi lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, dikatakan sentiasa melaporkan perkembangan anak jagaannya itu setiap jam kepada ibu bapa mangsa sejak dihantar seminggu lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh datuk saudara mangsa, Abdul Rahim Ismail, 54, yang masih terkejut dengan kejadian menimpa cucu saudaranya itu.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa masih dalam keadaan lemah kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa anak sulung mereka itu.

“Memang tak sangka jadi macam ni. Sebab mereka (ibu bapa Adam) cerita pengasuh ini akan kemaskini tentang Adam buat apa setiap sejam melalui WhatsApp.

“Ada mereka luahkan, semua ini dah termaktub sebagai ketentuan takdir. Ketika saya tiba di rumah mereka awal pagi tadi, datuk dan nenek mangsa juga baru tiba dari Kuala Terengganu.

“Mereka juga meluahkan rasa sedih dah marah dengan kejadian ini,” katanya ditemui di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Tambah Abdul Rahim, sebelum dihantar ke pusat jagaan, Adam Rayqal dijaga oleh neneknya di Kuala Terengganu.

Katanya, pengasuh berkenaan dikenali ibu mangsa melalui rakan dan Facebook.

“Memang tak sangkalah baru seminggu dah jadi begini,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)

JENAZAH ADAM RAYQAL AKAN DIKEBUMI DI KUALA TERENGGANU

Jenazah Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan yang mayatnya ditemui dalam peti ais di rumah pengasuhnya dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), 3.06 petang tadi.

Ibu arwah Adam mengendong jenazah ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu

Jenazah akan disemadikan di Kuala Terengganu malam ini.

Berbalut dengan kain batik, jenazah bayi dipangku ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, menaiki Honda Jazz dipandu adik Farrah Madihah dengan ditemani bapa Allahyarham, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28 di tempat duduk belakang.

Turut mengiringi perjalanan anak syurga ini tiga lagi kenderaan milik ahli keluarga dan kesemua mereka dijangka tiba lewat petang ini di Terengganu.

Datuk saudara mangsa, Abdul Rahim Ismail, 54, berkata, jenazah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu.

Terdahulu, proses bedah siasat bermula kira-kira jam 11 pagi berakhir kira-kira jam 2.15 petang sebelum jenazah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan di IPFN HKL.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad juga turut tiba di IPFN HKL pada 2.20 petang bagi melawat jenazah bayi berkenaan. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Bila Ditanya Wartawan, Jiran Dedah Perangai SEBENAR Pengasuh Yang Buat Ramai TAK TAHU

Kematian Adam. Ini Hasil Siasatan Polis Yang Buat Ramai Sedih Tak Terbayang