in

Ulasan SEMPOI Duta Jerman Ni Ketika Perjumpaan Rasmi Buat Lim Guan Eng TERSENTAP

Kejayaan Harapan Rakyat Dalam PRU14 Bakal Diabadikan Sebagai Sejarah BESAR Negara.

Ulasan SEMPOI Duta Jerman Ni Ketika Perjumpaan Rasmi Buat Lim Guan Eng TERSENTAP | Giliran Duta Jerman pula datang jumpa Menteri Kewangan Malaysia. Ulasan sempoi beliau ketika perjumpaan tersebut buat Lim Guan Eng terus tersentap. Siapa sangka. Jom baca.

KEPUTUSAN PRU14 UMPAMA RUNTUHNYA TEMBOK BERLIN

Kemunculan Malaysia yang baharu selepas pilihan raya umum 9 Mei adalah sama dengan keruntuhan Tembok Berlin di Jerman, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff hari ini.

Keruntuhan Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur satu masa yang lalu merupakan sejarah besar negara Jerman yang wajib diingati oleh setiap warga Jerman.

“Ini adalah cara terbaik untuk menerangkan kepada rakan-rakan kita di Jerman yang tidak faham mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai perdana menteri yang baharu,” kata beliau menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebook hari ini.

Terdahulu, Lambsdorff melakukan kunjungan hormat ke atas Lim di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Lim juga menyatakan bahawa kedua-dua mereka telah mengadakan perbincangan yang berhasil untuk memperluaskan pendidikan vokasional Jerman di Malaysia.

“Sebuah Malaysia baharu menandakan bab baharu dalam sejarah Malaysia apabila Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, 2018.

Kemenangan yang menakjubkan oleh Pakatan Harapan menamatkan Barisan Nasional selama lebih 60 tahun. (Sumber: Malaysiakini)

UMNO JOHOR MINTA ZAHID TARIK DIRI

Ketua Umno Tebrau Maulizan Bujang menyarankan agar pemangku presiden parti mereka Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Maulizan berkata demikian sebagai mencadangkan agar Ahmad Zahid memberi laluan kepada veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang menurutnya merupakan calon paling sesuai menerajui Umno bagi berdepan dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Tengku Razaleigh pada dasarnya sanggup memikul tanggungjawab ini bagi membantu proses pemulihan Umno.

“Namun begitu, alangkah elok sekiranya Ahmad Zahid berlapang dada memberi laluan kepada beliau (Tengku Razaleigh) dan pemimpin lain sepertimana pengorbanan yang dilakukan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak bertanding agar Umno dilihat berubah.

“Saya berharap agar rakan-rakan senior saya di peringkat tertinggi parti dapat mengatur langkah memujuk Ahmad Zahid,” katanya dalam kenyataan untuk Malaysiakini.

Maulizan turut menyorot bahawa anggota Umno tidak akan melupakan jasa dan budi Ahmad Zahid.

Separuh Ketua Jumpa Ku Li

Setakat ini, Ahmad Zahid merupakan satu-satunya calon yang telah disahkan akan bertanding untuk jawatan presiden dalam pemilihan Umno 30 Jun depan.

Maulizan juga berkata awal hari ini dia telah berjumpa dengan Tengku Razaleigh, atau dikenali sebagai Ku Li, bagi meyakinkan veteran Umno itu untuk bertanding jawatan presiden.

Jelasnya, dia difahamkan bahawa lebih separuh ketua bahagian termasuk pengerusi perhubungan dan kepimpinan akar umbi telah berjumpa Tengku Razaleigh bagi memujuknya agar menyahut cabaran itu.

“Pertemuan demi pertemuan diadakan atas kehendak pemimpin pemimpin Umno dan bukan atas kehendak Tengku Razaleigh.

“Semua yang hadir merayu agar Tengku Razaleigh menawarkan diri bertanding sebagai presiden Umno,” katanya.

Tambah Maulizan lagi, dia tidak mengenepikan jasa dan pengorbanan Ahmad Zahid selaku naib presiden Umno sebelum ini.

Namun, katanya, Umno memerlukan seorang pemimpin yang boleh diyakini dapat memulihkan dan mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu.

“Secara peribadi, saya sependapat dengan rakan-rakan yang lain serta majoriti ahli Umno dan orang ramai yang mahukan Umno memilih pemimpin yang dilihat boleh bersaing dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahum dan pemimpin HARAPAN lain.

“Kesilapan kita memilih akan melambatkan proses pemulihan Umno malah akan terus melemahkan Umno,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Putar Fakta Isu Ekonomi. Ini NASIHAT Lim Guan Eng Terhadap Najib Buat Ramai SETUJU

Terkini 1MDB. Tawaran LUMAYAN Jho Low Ditolak Tun Mahathir. Ini Puncanya