in

Kes Najib. Ini Kata Tegas Rais Yatim Buat Penyokong UMNO Cuak

Diharap Rakyat Dan Penyokong Masing-Masing Dapat Bersabar. Lama Gak Tu Febuari 2019.

Kes Najib. Ini Kata Tegas Rais Yatim Buat Penyokong UMNO Cuak | Kes Najib ditangguhkan mahkamah ke Febuari 2019 dan ini kata tegas Rais Yatim buat penyokong UMNO mula cuak. Tak sangka.

KES NAJIB PERLU DISEGERAKAN

Tan Sri Dr Rais Yatim mempersoalkan kewajaran penangguhan pendakwaan kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, pendengaran kes membabitkan Najib itu sepatutnya disegerakan.

Beliau turut menyifatkan tempoh penangguhan hampir lapan bulan itu sebagai aneh dan satu penderaan kepada Najib.

“Patut kes Najib disegerakan pendengarannya. Menunggu hingga bulan Februari 2019 bererti lebih setengah tahun kes ini tergantung.

“Ini aneh dan amat mendera yang dituduh serta meremehkan sistem keadilan,” katanya menerusi Twitter, semalam.

Sehubungan itu, Rais yang juga bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu meminta pihak pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas dan pihak pembelaan memohon mahkamah menyemak semula tempoh penangguhan berkenaan.

“Harus dua-dua pihak mohon mahkamah untuk semak jadual awalan demi keadilan,” katanya.

Semalam, peguam bela kepada bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mempersoalkan kesediaan pasukan pendakwaan membawa prosiding kes membabitkan anak guamnya kerana pihak berkenaan yang meminta penangguhan.

Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah membenarkan jaminan RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin dan beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik serta pasport awam.

Kelmarin, bekas Presiden UMNO itu bermalam di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini, sementara menunggu pertuduhannya di mahkamah. (Sumber: Berita Harian)

KES NAJIB, PERINTAH LARANGAN SEMENTARA MEDIA

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Mahkamah memerintahkan perintah itu berjalan sehingga 8 Oktober sebelum Muhammad Shafee membuat permohonan rasmi berhubung isu itu pada tarikh sama.

Terdahulu, Muhammad Shafee mengemukakan permohonan itu atas alasan anak gumanya menghadapi ‘perbicaraan’ oleh media sejak beliau bukan lagi Perdana Menteri.

“Orang awam membuat kenyataan seolah-olah Najib sudah didapati bersalah. Saya memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tiada perbincangan di media berhubung merit kes itu.

“Perintah menghalang ini perlu bagi memastikan anak guam saya mendapat perbicaraan adil. Ia juga bagi mengawal penyebaran dokumen mahkamah dan merit kes sehingga boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Thomas membantah kerana permohonan seumpama itu belum pernah dikemukakan sebelum ini dan ia menafikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Selepas 48 Jam. Ini Tindakan Polis Terhadap Pengasuh Arwah Adam

Beku Akaun Bank Cucu Najib. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai