in

Kes Najib. Ini Amaran UMNO Seputeh Buat SPRM, Amar Singh Buat Ramai Terkedu

Wah Dah Berani Pula Bagi Amaran Kat Pihak Berkuasa Ya.

Kes Najib. Ini Amaran UMNO Seputeh Buat SPRM, Amar Singh Buat Ramai Terkedu | Najib dikatakan bertemu penyokongnya dan tak lama lepas tu, UMNO Kawasan Seputeh dengan berani memberi amaran buat SPRM dan Amar Singh buat ramai terkedu. Aik.

BERI AMARAN JANGAN KELUAR KENYATAAN TENTANG 1MDB

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, memberi amaran kepada Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, mahkamah sudah mengeluarkan arahan supaya siasatan 1MDB tidak dibicarakan di luar mahkamah sebelum perbicaraan.

“Jadi, kita tidak mahu beliau (Amar Singh) sibuk menceritakan mengenai hasil siasatan seperti senarai barang dengan nilai rampasan juta-juta atau sebagainya yang berkaitan dengan 1MDB dan digunakan media untuk menghukum Datuk Seri Najib Razak. Saya beri amaran kepada beliau.

“Semua ini perkara negatif dan tidak ada kebenarannya lagi, cuma hanya untuk membuatkan rakyat beranggapan negatif kepada Najib,” katanya kepada wakil media ketika pelancaran Tabung #FREENAJIB di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria dan Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.

Mohd Razlan berkata, hukuman sama ada Najib bersalah atau tidak hendaklah ditentukan oleh mahkamah dan bukannya menerusi kenyataan yang bersifat negatif terhadap mantan Perdana Menteri itu.

“Biar mahkamah tentukan dulu sama ada Najib bersalah atau tidak.

“Jadi, saya ingatkan kepada beliau (Amar Singh) dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak mengeluar kenyataan yang mewujudkan persepsi (bersalah) ini kepada Najib,” katanya.

Semalam, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan RM42 juta. (Sumber: Berita Harian)

HAKIM KES NAJIB WAJIB TARIK DIRI

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, perlu menarik diri daripada terus mendengar kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese, berkata Mohd Soffian perlu berbuat demikian demi keadilan kerana beliau adalah adik kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Varughese berkata, Mohd Sofian sepatutnya mendedahkan pertalian dengan Mohd Soffi dan kedudukan abangnya dalam UMNO serta kerajaan Pahang kepada pihak pendakwaan selain pembelaan sebelum pendengaran kes semalam, berikutan Najib adalah bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Majlis Peguam percaya hakim itu perlu membuat pendedahan berkenaan bagi memelihara integriti prosiding serta mengelakkan kemungkinan berat sebelah.

“Malangnya, kegagalan hakim itu berbuat demikian menimbulkan persoalan mengenai kewajarannya untuk terus mendengar kes berkenaan.

“Majlis Peguam berpandangan, hakim itu perlu menarik diri daripada terus mendengar kes terbabit demi keadilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini mendedahkan mengenai pertalian darah antara Mohd Sofian dan Mohd Soffi, sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan wujud konflik kepentingan dan berat sebelah jika hakim Mahkamah Tinggi itu terus mendengar kes membabitkan Najib.

Portal berita The Star Online hari ini melaporkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes terbabit, tidak mengetahui Mohd Sofian adalah adik kepada Mohd Soffi.

NAJIB pada sidang media selepas selesai perbicaraan pertuduhan berhubung SIC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. – Foto Luqman Hakim Zubir

Semalam, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Mohd Sofian pada jam 10.30 pagi semalam.

Mohd Sofian kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

Mahkamah juga membenarkan bayaran itu dibuat secara dua kali ansuran iaitu sebahagian dibayar hari ini, manakala bakinya pada Isnin depan.

Dua anak Najib, Mohd Norashman dan Nooryana Najwa, tampil menjadi penjamin dan mengemukakan wang jaminan berjumlah RM500,000 hari ini manakala bakinya perlu dibayar Isnin depan. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Doa Rakyat Malaysia Makbul. Ini Tindakan Mahkamah Terhadap Jamal Buat Ahli UMNO Sedih

Selepas 48 Jam. Ini Tindakan Polis Terhadap Pengasuh Arwah Adam