in

Ini Biodata Datuk Seri Amar Singh Yang Ramai Tak Tahu. Patut La Muka Macam Kenal Je.

Hebat Gak Susuk Bernama Amar Singh Ni. Bukan Calang-Calang Rupanya.

Ini Biodata Datuk Seri Amar Singh Yang Ramai Tak Tahu. Patut La Muka Macam Kenal Je. | Nama Amar Singh banyak jadi sebutan di bibir ramai ketika kes 1MDB dijalankan. Waktu muda-muda dulu rupanya dia pernah ketuai kes profil tinggi di Malaysia. Ramai terkejut bila tau.

SIKAP DAN BIODATA AMAR SINGH

SUSULAN daripada rampasan 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga serta 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin di Pavilion Residence Apartments malam tadi.

Operasi itu diketuai sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Korang boleh nak tulis apa saja tetapi izinkan aku melihat isu ini dari sudut yang sedikit berbeza.

Aku tertarik cara semasa Amar mengendalikan sidang akhbarnya. Nampak betul beliau tenang walau diasak dengan soalan bertubi-tubi daripada media tempatan dan antarabangsa. Masih memanggil para wartawan dengan gelaran ‘Tuan-Tuan’ sebagai tanda hormat walaupun ada je pegawai polis yang panggil wartawan dengan ‘kamu, korang, awak, you’ dan sebagainya

Berbalik pada operasi malam tadi, Amar sudah tentu akan dianggap hero kalau beliau DEDAHKAN siapa pemilik barangan yang dirampas itu. Berita malam tadi juga pasti akan lebih HANGAT kalau beliau dedahkan siapakah Tan Sri pemilik kondo mewah yang diserbu itu.

Namun Amar tahu, adalah tidak bijak untuk mendedahkan ‘segala-galanya’ kerana ini baru masuk peringkat awal siasatan dan beliau perlu adil pada semua pihak.

Ini kerana kalau ‘salah cakap’, ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan.

Pihak polis tak boleh menjalankan siasatan ikut emosi, ikut persepsi, ikut apa yang media atau rakyat nak, mereka kena berpaksi pada garis panduan undang-undang, tak lebih dan tak kurang.

PERNAH KETUAI KES MONA FENDY

Pada yang belum mengenali pegawai polis tinggi lampai ini, Amar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman (CLP) daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.Selain itu, beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau juga antara pegawai polis yang mengendalikan beberapa kes utama termasuk yang menggemparkan negara antaranya melibatkan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Bangkok, Thailand dan kes pembunuhan yang dilakukan bomoh wanita, Mona Fandey.

Apapun kita kena tenang dan jangan kalut, biar Amar dan anggota pasukannya buat kerja mereka dulu.

Kena ingat, Ini bukan drama Gerak Khas, siasat pagi malam selesai. Kalau camtu dah lama usop haslam jadi Ketua Polis Negara hehehe… (Sumber: FB Syahril Kadir)

DILANTIK KETUA POLIS KL

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang dinaikkan pangkat kepada Komisioner baru-baru ini menggantikan Datuk Tajuddin Md Isa yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Perlantikan ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada kaum minoriti di Malaysia khususnya kaum Sikh yang kurang daripada 0.16 peratus dalam Polis Diraja Malaysia.

“Malah ia menunjukkkan pucuk pimpinan PDRM adalah ‘buta warna’ semasa pemilihan kenaikan pangkat dan juga semasa menjalankan tugas,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Selepas tamat latihan asas Kadet Asisten Superintenden pada tahun 1983, Datuk Amar Singh, 58, dihantar bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah di Ipoh sebelum ditukarkan ke Johor Baharu dan Klang, Selangor.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Datuk Amar Singh memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains khalifah dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.

Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa. (Sumber: FB PDRM)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Akaun Bantu Najib Dibeku. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai

Saddiq Kutip Sampah. Ini Respon BERANI Bekas MB Perak Buat Ramai Respek