in

Selepas Ditegur KJ. Akhirnya Ini Tindakan Razlan Buat Netizen Lega Alhamdulillah

Rakyat Harap Parti Politik Elakkan Perkara Yang Boleh Timbulkan Isu Perkauman. Tektik Lapok Dah Tu. Kita Kan Malaysia Baru.

Selepas Ditegur KJ. Akhirnya Ini Tindakan Razlan Buat Netizen Lega Alhamdulillah | Razlan Umno tengahari tadi buat perangai apabila bagi kenyataan yang tidak elok terhadap mendiang Eddie Ng yang maut dalam kemalangan. Selepas ditegur KJ, ini tindakan Razlan buat ramai lega. Alhamdulillah.

RAZLAN AKHIRNYA MINTA MAAF

Setelah dikecam hebat, termasuk oleh bekas bosnya dalam Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Razlan Rafii akhirnya meminta maaf kepada keluarga mendiang Eddie Ng.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang.

“Semoga tenang di sana,” tulisnya di Twitter sebentar tadi.

Razlan, bekas ketua Umno Pemuda Umno Wilayah Persekutuan pagi tadi menyifatkan Ng, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, yang meninggal dunia awal pagi ini sebagai “suka fitnah dan hati busuk”.

Dihubungi Malaysiakini, Razlan sebelum ini berkata beliau tidak berniat untuk menghina mendiang, malah turut mendoakan agar Ng dengan ungkapan “RIP” (bersemadi dengan tenang).

Khairy petang ini menuntut Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi “menunjukkan kepimpinan” dengan mengecam kenyataan Razlan yang dianggap tidak sensitif.

Ng meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Cheras-Kajang awal pagi tadi.

Menurut sumber, media melaporkan, mangsa memandu kereta pacuan empat roda apabila melanggar belakang sebuah lori. (Sumber: Malaysiakini)

TEGURAN KJ TERHADAP RAZLAN

Khairy Jamaluddin menuntut presidennya Datuk Seri Zahid Hamidi “menunjukkan kepimpinan” dengan mengecam kenyataan pemimpin akar umbinya Razlan Rafii mengenai kematian seorang wakil rakyat DAP.

“Presiden parti @Zahid_Hamidi mesti kecam kenyataan sebegini. Belajar dari apa yang berlaku.

“Orang ramai menolak parti ini kerana individu-individu yang buat dan bercakap perkara tidak betul.

“Mesti tunjukkan kepimpinan. Tiada gunanya pemimpin bawahan saja yang mengutuk,” kata Khairy, bekas ketua Pemuda Umno, yang kalah dalam perebutan merebut kerusi presiden dengan Zahid baru-baru ini.

Baca: Akhirnya Razlan minta maaf

Bekas ketua Umno Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii hari ini menyifatkan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng yang meninggal dunia awal pagi ini sebagai “suka fitnah dan hati busuk kepada rakyat Malaysia”.

Dihubungi Malaysiakini, Razlan berkata beliau tidak berniat untuk menghina mendiang, malah turut mendoakan agar Ng dengan ungkapan “RIP” (bersemadi dengan tenang). (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ramai Lelaki TERKEDU Lepas Tengok Wanita Ni Timbang Bola. TAK SANGKA. Ada Video.

Kasut Murid Hitam. Akhirnya Ini Komen PIBG Malaysia Yang Ditunggu Ramai