in

Baru Ni Razlan Bagi Amaran. Ini Jawapan Balas Amar Singh Buat Penyokong UMNO Terus Terkedu

Kan Dah Kena. Amar Singh Ni Bukan Calang-Calang Tau.

Baru Ni Razlan Bagi Amaran. Ini Jawapan Balas Amar Singh Buat Penyokong UMNO Terus Terkedu | Berkaitan isu Najib, UMNO Seputeh, yang diketuai oleh Razlan beri amaran lantang kepada SPRM dan Amar Singh. Ini jawapan balas Amar Singh buat penyokong UMNO terus terkedu. Wah boleh tahan gak Amar Singh ni. Tak sangka.

AMARAN RAZLAN TU TIN KOSONG

Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menyifatkan amaran Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii kepada beliau supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai ‘tin kosong’.

Amar Singh berkata, beliau tidak mahu membazir masa dan memberi perhatian kepada kenyataan Mohd Razlan.

“Pada masa ini, kes yang dijalankan di mahkamah adalah berkait dengan dana SRC International Sdn Bhd dan bukannya 1MDB.

“Beliau (Mohd Razlan) boleh berkata apa sahaja, selagi tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang negara ini,” katanya pada NSTP, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Amar Singh berkata pihaknya sentiasa menjalankan tugas tanpa memihak kepada mana-mana individu.

“Kita juga jalankan tugas tanpa rasa takut dan secara profesional,” katanya.

Semalam, Mohd Razlan dilaporkan memberi amaran itu kepada Amar Singh selepas mendakwa mahkamah mengeluarkan arahan supaya siasatan 1MDB tidak dibicarakan di luar mahkamah sebelum perbicaraan.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan RM42 juta. (Sumber: Berita Harian)

BACA: Kes Najib. Ini Amaran UMNO Seputeh Buat SPRM, Amar Singh Buat Ramai Terkedu (LINK)

SIAPA SEBENARNYA AMAR SINGH NI?

SUSULAN daripada rampasan 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga serta 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin di Pavilion Residence Apartments malam tadi.

Operasi itu diketuai sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Korang boleh nak tulis apa saja tetapi izinkan aku melihat isu ini dari sudut yang sedikit berbeza.

Aku tertarik cara Amar mengendalikan sidang akhbarnya. Nampak betul beliau tenang walau diasak dengan soalan bertubi-tubi daripada media tempatan dan antarabangsa. Masih memanggil para wartawan dengan gelaran ‘Tuan-Tuan’ sebagai tanda hormat walaupun ada je pegawai polis yang panggil wartawan dengan ‘kamu, korang, awak, you’ dan sebagainya

Berbalik pada operasi malam tadi, Amar sudah tentu akan dianggap hero kalau beliau DEDAHKAN siapa pemilik barangan yang dirampas itu. Berita malam tadi juga pasti akan lebih HANGAT kalau beliau dedahkan siapakah Tan Sri pemilik kondo mewah yang diserbu itu.

Namun Amar tahu, adalah tidak bijak untuk mendedahkan ‘segala-galanya’ kerana ini baru masuk peringkat awal siasatan dan beliau perlu adil pada semua pihak.

Ini kerana kalau ‘salah cakap’, ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan.

Pihak polis tak boleh menjalankan siasatan ikut emosi, ikut persepsi, ikut apa yang media atau rakyat nak, mereka kena berpaksi pada garis panduan undang-undang, tak lebih dan tak kurang.

Pada yang belum mengenali pegawai polis tinggi lampai ini, Amar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman (CLP) daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.Selain itu, beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau juga antara pegawai polis yang mengendalikan beberapa kes utama termasuk yang menggemparkan negara antaranya melibatkan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Bangkok, Thailand dan kes pembunuhan yang dilakukan bomoh wanita, Mona Fandey.

Apapun kita kena tenang dan jangan kalut, biar Amar dan anggota pasukannya buat kerja mereka dulu.

Kena ingat, Ini bukan drama Gerak Khas, siasat pagi malam selesai. Kalau camtu dah lama usop haslam jadi Ketua Polis Negara hehehe… (Sumber: Syaril A. Kadir)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Bahasa. Ini Teguran Rais Yatim Buat Peguam Negara Buat Ramai Setuju

Tindakan Terkini Najib Terhadap SPRM, PDRM Dan Peguam Negara Buat Ramai TAK SANGKA