in

Beku Akaun UMNO. Selepas Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas SPRM

Perangi Rasuah Sehebatnya. Ini Kalilah…

Beku Akaun UMNO. Selepas Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas SPRM | Bila akaun UMNO dibeku, ramai pemimpin tertinggi jadi resah gelisah. Dan selepas lama berdiam diri, ini komen balas SPRM terhadap isu tersebut. Banyak lagi kena beku rupanya.

SPRM BEKU 900 AKAUN BANK BERKAITAN 1MDB

Akaun bank Umno adalah salah satu daripada 900 akaun bank yang dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes 1MDB.

New Straits Times memetik sumber yang dipercayai mengatakan kira-kira 900 akaun yang didakwa dikaitkan dengan 1MDB telah dibekukan.

“Mereka yang mendapati sejak beberapa hari lalu bahawa mereka tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka adalah akibat daripada beberapa individu yang penyiasat percaya telah mendapat manfaat daripada 1MDB,” katanya.

Semalam, pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa SPRM membekukan akaun bank Umno dan Umno Selangor.

Ahmad Zahid berkata Umno akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berkaitan pembekuan akaun bank berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Zahid berkata beliau akan berusaha membuktikan bahawa wang Umno adalah sah dan tiada kaitan dengan sebarang kegiatan pengubahan wang haram. (Sumber: Malaysiakini)

1MDB PECAT ARUL KANDA

1MDB telah menamatkan perkhidmatan presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy, berkuatkuasa semalam.

Surat penamatan perkhidmatan itu, yang dilihat oleh Malaysiakini menyebut bahawa Arul Kanda didapati telah “melanggar kontrak dan kewajiban fidusiari” sebagai ketua 1MDB.

Keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Arul Kanda dibuat dalam satu mesyuarat lembaga pengarah pada 25 Jun, dan surat tersebut disampaikan kepadanya semalam, kata sumber.

Malaysiakini telah menghubungi Arul Kanda untuk mendapatkan komen. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Terkini Kes Zulfarhan. Perkara KEJAM Berlaku Sebelum Mangsa Ditekap Seterika. Allahu.

Isu 1MDB. Annuar Musa Dedah Kisah Dia Dilantik Sebagai Ketua Untuk Tegur Najib. Tapi…