in

Beku Akaun Bank Cucu Najib. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai

Yang Benar Tu Benar, Yang Salah Tu Salah. Takkan La Nak Beku Akaun Cucu Kot.

Beku Akaun Bank Cucu Najib. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai | Siang tadi viral Nooryana kata akaun anaknya aka cucu Najib pun dibeku SPRM. Terkini ini jawapan balas pihak SPRM yang ditunggu ramai.

SPRM NAFI BEKU AKAUN CUCU NAJIB

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menafikan pihaknya membekukan akaun cucu Datuk Seri Najib Razak.

Penafian itu dilaporkan Sinar Harian yang memetik Azam sebagai berkata: “Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan”.

Terdahulu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa melalui kenyataan di Facebook mendakwa akaun peribadinya dan akaun anaknya yang berusia 10 bulan dibekukan selepas dia selesai membayar jaminan untuk bapanya, semalam.

“Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah sendiri,” kata Nooryana.

Najib ditangkap pada malam Selasa lalu oleh SPRM dan dihadapkan ke mahkamah pada pagi Rabu dan dikenakan tiga tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhanan menyalahgunakan kuasa.

Bekas perdana menteri itu memohon untuk dibicarakan terhadap semua empat tuduhan yang berkaitan dengan isu SRC International.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan Najib dibenarkan pulang selepas anggota keluarganya berjaya membayar separuh daripada jumlah itu. (Sumber: Malaysiakini)

PEGUAM NEGARA – BICARA KES NAJIB BELUM DITENTUKAN BILA

Pejabat Peguam Negara hari ini menjelaskan bahawa tarikh perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa dan pecah amanah belum ditentukan, sekali gus menafikan laporan media semalam.

Dalam kenyataan media, Pejabat Peguam Negara berkata Mahkamah Tinggi hanya memberi gambaran, berdasarkan jadual hakim dan tarikh yang mempunyai kekosongan untuk perbicaraan.

“Mahkamah Tinggi sudah menjelaskan bahawa tarikh perbicaraan hanya akan ditentukan selepas kes itu disebutkan di mahkamah pada 8 Ogos.

“Tarikh perbicaraan bagi kes rumit seperti ini jarang ditetapkan pada hari pendakwaan yang merupakan penampilan pertama pihak yang terlibat di mahkamah dan pasukan pendakwaan tidak dijangka untuk menyediakan dokumen pada hari itu,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menambah bahawa dokumen berkaitan hanya akan dikemukakan sebelum permulaan perbicaraan.

“Pasukan pendakwa mahu memohon kepada Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos nanti agar tarikh perbicaraan ditetapkan November tahun ini,” katanya.

Pejabat Peguam Negara juga menekankan perintah tegah yang dikeluarkan kes itu hanya bersifat sementara dan pasukan pendakwa berhasrat membantahnya.

“Permohonan bertulis formal daripada pihak pembelaan, menyokong afidavit yang menyatakan perintah tegah itu dan pelanjutannya ditentukan bagi perbicaraan pada 8 Ogos. Pasukan pendakwaan akan membantah permohonan itu,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kes Najib. Ini Kata Tegas Rais Yatim Buat Penyokong UMNO Cuak

Ke Sungai Buloh. Ini Pesanan Rafizi Kepada Jamal Buat Ramai TERGELAK