in

Ini KATA DUA Terkini Ketua SPRM Kepada Kakitangan Awam Buat Ramai SUKA

Bagus. Lepas Ni Semakin Efektif Dan Integriti Kakitangan Awam Dan Negara Semakin Maju. InsyaAllah Amin.

Ini KATA DUA Terkini Ketua SPRM Kepada Kakitangan Awam Buat Ramai SUKA | Ketua SPRM dedahkan menjelang Aidilfitri ari tu, terjadi “sesuatu” luar biasa di kalangan penjawat awam. Dan ini kata dua beliau. Jom baca.

JAMINAN KESELAMATAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT

SPRM menerima lambakan aduan kes skandal dan penyelewengan ‘jerung’ dalam jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Beliau berkata sehingga menjelang Aidilfitri baru-baru ini SPRM didatangi orang ramai termasuk kakitangan dalam jabatan-jabatan kerajaan dan GLC tampil mendedahkan penyelewengan yang disembunyikan selama ini.

“Sekarang SPRM terima banyak maklumat dan kes-kes baru, kebanyakan masuk sebelum raya, kita kena ambil masa untuk selesaikan.

“Tetapi saya nak sahkan memang banyak kes jerung yang kita terima cuma saya tak boleh bagi tahu siapa yang terlibat.

“Namun, bayangannya banyak melibatkan jabatan utama kerajaan,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, susulan lambakan aduan yang diterima, SPRM telah menubuhkan pasukan khas untuk mengendalikan setiap kes.

Mohd Shukri yang mengambil alih jawatan ketua persuruhjaya SPRM pada 17 Mei lalu, juga memuji kakitangan awam kerana mempunyai keberanian untuk maju ke hadapan.

“Sekarang ini apabila saya masuk semula ke SPRM, dalam tempoh sebulan ini bertalu-talu kes ‘jerung’ masuk,” katanya.

Menurut beliau, yang paling menarik adalah ‘orang dalam’ sendiri yang berani tampil membongkar salah laku.

“Pegawai kerajaan dah berani ke depan, mereka punya keyakinan dan dah berani, tak takut diugut lagi.

“Saya minta mereka yakin kepada saya dan SPRM kerana kami akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Mohd Shukri berkata beliau tidak akan melayani sebarang rundingan untuk menutup kes yang sedang disiasat oleh SPRM.

“No way, tak akan berlaku. Masuk macam mana pun saya tidak akan benarkan, tak ada seorang pun boleh mempengaruhi atau menghalang siasatan SPRM.

“Setinggi mana pun pangkat orang itu saya tidak akan benarkan, ini amanah yang saya pegang,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

ROMBONGAN CUTI NAJIB – INI KOMEN MAS

Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan mereka tidak memberi sebarang pelepasan caj kepada bagasi rombongan Datuk Seri Najib Razak ke Langkawi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini syarikat penerbangan terbabit menjelaskan apabila penumpang mendaftar masuk secara berkumpulan, semua bagasi boleh disatukan dan ditanda di bawah satu nama.

Keadaan itu kata MAS mungkin “kelihatan sebagai bagasi berlebihan dalam sistem”.

“Dalam kes yang tersebut, jumlah bagasi yang didaftar masuk oleh kumpulan penumpang terbabit masih dalam kadar yang dibenarkaan.

“Malaysia Airlines sentiasa mematuhi dengan ketat dasar mengenai bagasi berlebihan dan boleh mengesahkan tiada pelepasan diberi,” kata kenyataan berkenaan.

MAS juga berkata pihaknya sedang menyiasat sumber yang menyebabkan imej tangkap layar mengenai butiran penerbangan Najib tersebut menjadi tular.

Terdahulu rombongan Najib berkenaan didakwa mendapat pelepasan caj bernilai lebih RM17,000 walaupun berat bagasi mereka melebih setengah tan.

Percutian di pulau peranginan tersebut turut disertai enam yang lain termasuk isteri Najib, Rosmah Mansor, anak, menantu dan cucu mereka.

Sementara itu seorang veteran industri penerbangan memberitahu Malaysiakini, berdasarkan tangkap layar yang tular itu Najib dan keluarganya terbang sebagai penumpang kelas bisnes.

Dia yang enggan dikenali menambah, dua daripada mereka juga anggota kelas platinum syarikat penerbangan berkenaan.

Difahamkan selain keluarga Najib rombongan terbabit juga disertai 17 penumpang lain yang menaiki pesawat udara berkenaan di tempat duduk kelas ekonomi.

Berdasarkan maklumat pada laman sesawang MAS, anggota platinum dikecualikan bayaran bagasi 100 peratus, manakala penumpang kelas bisnes mendapat kelebihan sehingga bagasi 80kg. Penumpang kelas ekonomi pula tidak dikenakan bayaran untuk bagasi dengan berat sehingga 30kg.

Mengikut kemudahan semasa yang diberikan MAS, rombongan Najib – yang turut melibatkan dua anggota platinum – boleh membawa masuk sehingga 840kg bagasi tanpa dikenakan caj tambahan. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini AMARAN Tun Mahathir

Wartawan Tanya, Apa Jadi Jika BN Menang PRU14. Ini Jawapan Tun Mahathir. TAK SANGKA