in

Isu Bahasa. Ini Komen WIN Tun Mahathir Buat Rakyat Semua SETUJU

Alhamdulillah. Kerajaan Semakin Matang Dalam Mentadbir Negara.

Isu Bahasa. Ini Komen WIN Tun Mahathir Buat Rakyat Semua SETUJU | Isu bahasa jadi bualan netizen dan terkini Tun Mahathir beri komen yang sangat win buat Lim Guan Eng dan rakyat setuju. Jom baca.

ITU HANYA KESILAPAN KECIL SAHAJA

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penggunaan bahasa Cina dalam kenyataan rasmi Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai kesilapan kecil.

“Ini kesalahan kecil. Saya tidak mahu jadikan isu. Kadang kala kita buat salah.

“Untuk audiens Cina, dia akan keluarkan (kenyataan) dalam bahasa Cina, itu saja,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau tidak menghuraikan lanjut maksud “kesilapan” itu.

Menjawab kritikan Facebook pro-BN, Friends of BN, Lim mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.

Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam tadi untuk mempertahankan kenyataan tiga bahasa itu dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina, yang mencetuskan kritikan meluas.

Berdepan semua itu, Lim petang, melalui kenyataan dalam bahasa Melayu sahaja, menegaskan beliau mendukung dan mengutamakan kebangsaan tetapi akan menggunakan bahasa lain di media sosialnya.

Beliau juga berkata akan menggunakan Bahasa Mandarin dalam komunikasi bersama akhbar Cina. (Sumber: Malaysiakini)

ISU BAHASA, PARTI KOMPONEN PH PERTAHAN LIM

Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mempertahankan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan media dalam tiga bahasa.

Beliau berkata, lazimnya kenyataan media akan dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, namun dalam keadaan tertentu – misalnya jika melibatkan terma yang sukar difahami – ia perlu diterjemahkan kepada bahasa Cina.

“Semua kenyataan berkenaan tugasnya sebagai menteri kewangan ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi memandangkan beberapa terma teknikal telah diterjemah secara salah dalam laporan bahasa Cina (maka terjemahan itu diperlukan).

“Bagi perkara melibatkan terma teknikal dan kewangan, mungkin perlu diterjemah ke bahasa lain seperti bahasa Cina dan Tamil,” katanya kepada Malaysiakini.

Fahmi menceritakan pengalamannya sebagai pengarah komunikasi PKR yang kerap dihubungi wartawan media bahasa Cina bagi memastikan terjemahan mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan betul.

“Misalnya istilah ketua umum tak diterjemah secara terus dalam bahasa Cina, media berbeza boleh gunakan takrifan berbeza untuk jawatan sama,” katanya lagi.

Tindakan Lim mengeluarkan kenyataan berhubung isu Tun Razak Exchange pada 21 Jun lalu dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – dikritik laman Facebook “Friends of BN”.

Lim bagaimanapun mempertahankan tindakan itu melalui satu kenyataan semalam namun ia hanya dibuat dalam bahasa Cina, menambahkan lagi kritikan terhadapnya.

Tanya Sebelum Kecam

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata beliau tetap mengutamakan bahasa Melayu tetapi akan turut menggunakan bahasa lain di media sosial dan bahasa Cina untuk berkomunikasi dengan akhbar Cina.

Beliau juga menjelaskan kenyataan berbahasa Cina yang menjadi pertikaian itu dibuat “tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan”.

Sementara itu, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Lim mungkin bertujuan memberikan kefahaman terperinci kepada pembaca berbahasa Cina yang kurang faham dengan kenyataan pertama isu TRX.

“Kenyataan pertama mungkin kurang memberi penjelasan dan kenyataan kedua…mungkin bagi menjelaskan kekeliruan daripada kenyataan pertama,” kata pengarah komunikasi AMANAH itu.

Beliau berkata semua pihak perlu melihat sebab tindakan Lim terlebih dulu sebelum mengkritiknya.

“Saya pun tak tahu (tetapi) janganlah semua benda kita nak kecam tanpa mengambil kira penjelasannya sendiri berhubung perkara ini. Tanya dulu sebelum kecam,” katanya lagi. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Bahasa. Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Ini Respon Balas Lim Guan Eng

Isu Proton. China Akhirnya Setuju Dengan Permintaan Tun Mahathir. Laporan PENUH.