in

Tun Mahathir – Kerosakan Yang Ditinggal BN Kepada Negara Sangat TERUK

Semoga Allah Pelihara Negara Kita. Amin.

Tun Mahathir – Kerosakan Yang Ditinggal BN Kepada Negara Sangat TERUK | Tun Mahathir yang ditemui wartawan memberitahu kerosakkan yang ditinggal BN kepada negara sangat teruk. Antaranya adalah….. Ikuti laporan penuh.

KEROSAKAN YANG DITINGGALKAN BN SANGAT TERUK

Kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.

Katanya kerosakan-kerosakan ini telah menyulitkan usaha-usaha Pakatan Harapan untuk menunaikan 10 janji pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari.

“Kita mencapai kemenangan yang membawa bebanan yang besar. Sebelum itu kita tidak tahu setakat mana kerosakan itu,” katanya semasa berucap di majlis berbuka puasa bersama rakyat Langkawi di Masjid Al-Hana di Langkawi.

Ini merupakan majlis pertama rasmi Tun Mahathir di sini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Tun Mahathir sendiri memenangi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya itu dengan majoriti 8,893 undi menewaskan calon BN, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad.

Dr Mahathir yang turut diiringi isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di majlis itu turut menyatakan penghargaannya kepada pengundi di Langkawi kerana memilih Pakatan Harapan dalam PRU14.

Katanya PRU14 telah menyebabkan perbalahan politik semakin meningkat tetapi suasana ini tidak boleh menyebabkan hubungan sosial di antara anggota masyarakat tergugat.

“Saya harap dengan selesainya pilihan raya ini masyarakat di Langkawi dapat bercantum semula. Janganlah jadi terlalu marah sehingga tidak dapat berbaik semula,” katanya.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 orang itu, beliau bersama isteri dan Mukhriz turut menyampaikan sumbangan Yayasan Islam Negeri Kedah kepada golongan yang memerlukan di Langkawi.

Dr Mahathir tiba di Langkawi petang ini dari Kuala Lumpur dan memulakan acara rasminya dengan mengadakan pertemuan dengan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Persatuan Hindraf di Langkawi. (Sumber: Berita Harian)

KJ – PAS DAN UMNO JANGAN GABUNG SEBAB….

Pemuda Umno menolak cadangan supaya parti Melayu itu bergabung dengan PAS secara rasmi. Sebaliknya, ketua pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin bertegas Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu menjadi pembangkang yang berwibawa dan tidak membangkang secara membuta tuli.

“Dengan PAS ini saya tidak setuju bergabung secara rasmi, kita akan berkerjasama dan lihat isu bukan sahaja PAS tapi mana-mana parti termasuk dalam kerajaan.

“Sekarang Malaysia baru, dan kita lihat kepada isu. BN tidak akan jadi pembangkang yang hanya nak bangkang sahaja,” katanya, ketika sidang media di ibu negara, hari ini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini berkata kedua-dua parti itu perlu bergabung pemikiran dan tenaga untuk mewujudkan satu blok baru yang kuat, yang berperanan menjaga kepentingan Melayu.

Beliau berkata, walaupun Umno dan PAS mempunyai kaedah politik berbeza, kedua-duanya mempunyai persamaan dalam memperjuangkan hak Melayu dan Islam.

Tajuddin (gambar) berkata gabungan itu diyakini boleh memberi cabaran besar kepada kerajaan Pakatan Harapan dan penyokongnya yang sejak akhir-akhir ini mula berani menyuarakan desakan yang didakwanya sebagai menghina orang Melayu.

“Isu dan tuntutan yang dibuat dalam tempoh satu dua minggu ini agak mengancam survival umat Islam, ini bahaya kepada kita.

“Saya fikir orang PAS pun dah sedar sekarang ni, akar umbi juga sedia untuk kerjasama, ada ruang-ruang yang boleh dilakukan tanpa perlu tunggu jangka waktu yang lama.

“Jika terus nak tunjuk kehebatan masing-masing, kita tak akan berupaya hadapi tentangan lawan,” katanya.

Sementara itu, Khairy menafikan dakwaan BN kini masih berbulan madu ekoran kekalahan teruk pada PRU14.

“Kita bukan ‘honeymoon’ tetapi kerajaan (Pakatan Harapan) yang tengah ‘honeymoon’, kita tak ‘honeymoon’.

“Kita sedang rangka strategi, penstrukturan dan pemilihan parti, kalau cakap banyak semua hentam kita, tetapi itu bukan bermaksud kita tak jadi pembangkang wibawa,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tabung Harapan. Ini Komen Che Ta Buat Ramai SENTAP

Duit Derma Ramadhan Masjid Di Terengganu DICURI Lelaki MISTERI