in

Duit Derma Ramadhan Masjid Di Terengganu DICURI Lelaki MISTERI

Semoga Allah Beri Hidayah Kepada Lelaki Tu

Duit Derma Ramadhan Masjid Di Terengganu DICURI Lelaki MISTERI | AJK sebuah masjid di Kampung Paloh terkedu bila dapati tabung duit derma Ramadhan dicuri. Bila tengok CCTV, kelibat lelaki misteri kelihatan. Ikuti laporan selanjutnya.

CCTV TUNJUK DALANG

Kesucian Ramadan dicemari dengan perbuatan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang dikesan mencuri wang hasil derma milik tabung Masjid Jamek, Kampung Paloh.

Bilal masjid, Mohd Johari Yahya berkata, kejadian disedari selepas solat Jumaat apabila tabung derma sempena Ramadan didapati diumpil dan sebahagian wang kutipan didapati hilang.

“Pihak pengurusan masjid kemudiannya memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang remaja telah memasuki masjid awal pagi hari kejadian (Jumaat) iaitu kira-kira jam 3.30 pagi.

“Berdasarkan rakaman, suspek mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mencuri wang dari dua buah tabung yang diletakkan di masjid ini,” katanya.

Mohd Johari berkata, pemasangan CCTV di masjid itu dilakukan ekoran kes kecurian yang kerap berlaku, bagaimanapun, ia dilihat masih gagal menghalang kegiatan itu.

“Ini merupakan kejadian kedua selepas yang berlaku bulan lalu (Mei). Sebelum ini perakam CCTV hilang dan kita dapati ia telah dicuri termasuk monitor.

“Jadi, untuk kali ini kita dapat kesan suspek menerusi rakaman CCTV dan kita harap kali ini kesemua suspek terlibat tidak akan terlepas,” katanya.

Mohd Johari berkata, laporan polis bagi kes itu telah dibuat di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, jam 5 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Orang ramai yang mengenali suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. (Sumber: Sinar Harian)

MUSA AMAN HILANG ATAS SEBAB KESIHATAN

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman kini mendapatkan rawatan perubatan dan tidak melakukan perjalanan ke luar negara secara tidak sah.

Tanpa memberitahu apakah yang dihidapi dan di mana beliau mendapatkan rawatan, peguamnya Zahir Shah berkata Musa dinasihatkan oleh doktor peribadinya untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit yang telah lama dihidapinya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Tan Sri Musa ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah melakukan perjalanan meninggalkan negara secara tidak sah dan ingin menjelaskan bahawa perjalanannya sentiasa melalui saluran imigresen.

“Beliau (Musa) mengulangi bahawa beliau sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan akan terus berbuat demikian untuk membantu pihak berkuasa asalkan ia dilaksanakan dengan adil dan mematuhi undang-undang,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Zahir berkata Musa akan kembali ke Sabah sebaik sahaja rawatan perubatannya selesai dan doktor beliau berpuas hati dengan keadaan kesihatannya secara keseluruhan.

Peguam itu membuat kenyataan tersebut selepas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali memberi amaran hari ini kepada Musa bahawa tindakan akan diambil jika pengerusi Barisan Nasional Sabah itu meninggalkan negara secara menyalahi undang-undang.

Polis telah cuba untuk merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri itu bagi menyiasat aduan yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin kepada polis pada 19 Mei dipercayai berhubung ugutan jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata polis percaya Musa telah meninggalkan Sabah sejak 14 Mei. – Bernama (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tun Mahathir – Kerosakan Yang Ditinggal BN Kepada Negara Sangat TERUK

Wartawan Dedah 5 Gambar Rumah Kim Jong Un Yang MENAKJUBKAN