in

Isu Proton. China Akhirnya Setuju Dengan Permintaan Tun Mahathir. Laporan PENUH.

Semoga Allah Panjangkan Umur Tun Mahathir. Amin.

Isu Proton. China Akhirnya Setuju Dengan Permintaan Tun Mahathir. Laporan PENUH. | Baru ni pertemuan tertutup antara Tun Mahathir, pengurusan tertinggi Proton dan China berjalan lancar di mana China akhirnya setuju dengan permintaan Tun Mahathir. Ini kisah di sebalik pertemuan tersebut. Jom baca.

BAWA PAKAR AUTOMATIF CHINA BUAT BERSAMA PEMBUAT TEMPATAN

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat membawa masuk kepakaran pembuatan komponen kereta dari China ke Malaysia untuk memperkasakan teknologi pembuatan tempatan.

Mahathir dalam sidang media berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Proton Holdings Bhd yang memiliki kepentingan 49.9 peratus melalui saham Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd mengenai idea tersebut.

“Li bertanya kepada saya, apa Malaysia mahu, jadi saya jelaskan bahawa Proton boleh diuruskan oleh Geely tetapi kami mahu kepakaran pembuatan tempatan juga turut terlibat dalam pembikinan komponen kereta.

“Oleh itu, untuk menaik taraf pengeluaran tempatan, kami mahu Geely membawa masuk kepakaran pengeluar dari China untuk bekerjasama dengan pembuat tempatan, dalam erti kata lain menolong Malaysia untuk hasilkan komponen kereta sendiri…dan Li telah bersetuju,” katanya.

Syed Mokthar menguasai DRB-Hicom, yang memiliki 50.1 peratus saham Proton manakala Geely memegang kepentingan 49.9 peratus.

Dr Mahathir, yang mengasaskan Proton pada 1983 semasa kali pertama sebagai perdana menteri, mengkritik kerajaan BN sebelum ini mengenai perjanjian dengan Geely tahun lalu. (Sumber: Sinar Harian)

TERPALIT KONTROVERSI. INI KISAH RAYA NIK OMAR TAHUN NI

Meskipun terpalit pelbagai kontroversi sebelum ini, sambutan raya anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar tetap meriah bersama keluarga.

Menceritakan kisah rayanya, Nik Omar berkata, sambutan pada tahun ini tiada beza seperti tahun sebelum ini.

“Sambutan raya kali ini alhamdulillah, hari pertama raya dirumah keluargalah sebab biasanya zaman Tok Guru dahulu pun selepas sembahyang raya ayah akan buat jamuan, kemudian petang ana (saya) akan gerak ke Terengganu kerana isteri orang sana, sebagaimana tahun lepas tahun-tahun ini pun macam itu juga.

“Walaupun berlaku kontroversi dengan keluarga tapi alhamudlillah dari sudut hubungan itu kita jaga, bahkan kitalah yang lebih utama nak jaga hubungan, ana dan keluarga Tok Guru misalnya ana anak kedua anak sulung lelaki , jadi sebab kita lebih tua untuk jaga hubungan tersebut, secara peribadi alhamdullilah hubungan kekeluargaan saya jaga,” katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.

Mengulas mengenai isu kekeluargaan yang timbul selama ini, Nik Omar menegaskan sehingga sekarang isu yang timbul sebenarnya lebih kepada perbezaan pandangan di sudut pendekatan politik ia bukan babitkan akidah atau babitkan iman cuma kaedah yang berlainan.

“Cuma ini benda baru mungkin kejutan bagi mereka tapi saya biasanya, dalam tafsirkan pendekatan yang lebih baik , ana buat keputusan pun tidak terasa sikit pun jejaskan iman dan akidah, cuma nampak peluang yang sepatutnya kita guna sebagai rakyat Malaysia nak pilih kerajaan yang lebih baik.

“Kita nampak hanya ada dua pilihan sama ada nak kekal kerajaan sedia ada atau pilih Pakatan Harapan, jadi saya bersama Harapan kerana sebagai tunjuk sokongan sekiranya penglibatan kita bantu ke arah kemenangan,” katanya.

Sementara itu, menyentuh secara khusus mengenai hubungannya dengan ibunya, Nik Omar berkata, hubungannya tetap terpelihara dan baik.

“Dalam isu bonda ini, sehingga sekarang tak nak guna media untuk selesaikan masalah keluarga, jadi sehingga kini hampir setiap kali selepas ketiadaan ayah mana-mana ana nak pergi perjalanan jauh, terutamnya keluar Kelantan biasanya ana akan jumpa bonda kita salam cium tangan dan minta doa untuk ana,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Bahasa. Ini Komen WIN Tun Mahathir Buat Rakyat Semua SETUJU

Isu Cincin. Najib Dan Rosmah Tarik Balik Saman Terhadap Rafizi. Ini Puncanya.