in

Najib Kata Tak Tahu Tentang Transaksi 1MDB. Ini Komen PADU Tun Mahathir

Ini Bukan Zaman Rakyat Boleh Diperkotak Katikan Lagi. Rakyat Dah Bijak.

Najib Kata Tak Tahu Tentang Transaksi 1MDB. Ini Komen PADU Tun Mahathir | Baru ni dalam wawancara dengan pihak Reuters, Najib bagitau beliau tak tahu tentang transaksi 1MDB. Ini komen padu Tun Mahathir yang ramai setuju. Jom baca.

MUSTAHIL NAJIB TAK TAHU TRANSAKSI 1MDB

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mustahil bagi perdana menteri sebelumnya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu akan transaksi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwanya dalam wawancara baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata tandatangan Najib terdapat pada semua dokumen melibatkan perbadanan dana negara itu.

“Siapa mahu percayakan beliau bahawa beliau tidak tahu apabila beliau menurunkan tandatangan (namanya)? Setiap wang yang masuk dan keluar bagi pinjaman pertama sebanyak RM42 bilion, semua mengandungi tandatangan beliau.

“Jika beliau tidak tahu, semestinya beliau tidak faham apa makna tandatangan,” kata Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif dengan Malay Mail yang diterbitkan akhbar harian itu hari ini.

Temu bual itu sebagai respons kepada wawancara eksklusif dengan Reuters yang diterbitkan oleh agensi berita itu pada Rabu.

Dalam wawancara dengan Reuters, Najib dipetik sebagai berkata beliau tidak mendapat faedah daripada 1MDB kerana beliau percaya perbadanan itu ditubuhkan untuk berbuat sesuatu yang baik untuk negara.

“Jika saya tahu akan berlaku penyelewengan dana, jika saya mengetahuinya, saya pasti akan ambil tindakan,” katanya dipetik sebagai berkata demikian.

Najib turut dipetik oleh Reuters sebagai berkata kira-kira US$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah, daripada apa yang diketahuinya, ialah derma daripada almarhum Raja Arab Saudi, mendakwa beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang mana-mana transaksi melibatkan akaun peribadinya kerana beliau telah melantik Nik Faisal Ariff Kamil, ketika itu ialah pengarah SRC International, bekas unit 1MDB, untuk mengendalikannya.

Berhubung perkara itu, Dr Mahathir memberitahu Malay Mail bahawa adalah tidak munasabah untuk seseorang mengarahkan RM2 bilion (US$681 juta) dimasukkan ke dalam akaunnya tetapi enggan dimaklumkan tentang soal wang itu.

“Ini tidak munasabah. Kerana saya perlu tandatangan untuk gunakan wang itu. Untuk menggunakan wang itu, saya perlu keluarkan cek. Najib selalu mengandaikan yang rakyat adalah bodoh,” katanya.

Dr Mahathir mendakwa terdapat dokumen untuk membuktikan sebaliknya apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri.

“Kami ada semua itu. Kami tahu berapa banyak wang yang masuk ke dalam akaunnya,” kata Dr Mahathir.

1MDB dilaporkan mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion sejak ditubuhkan pada 2009.

Perdana Menteri sebelum ini memberitahu Reuters bahawa tangkapan pertama dalam kes 1MDB dijangka dibuat dalam beberapa bulan lagi dan “diharapkan” perbicaraan akan bermula menjelang akhir tahun ini. (Sumber: Astro Awani)

NAJIB – SAYA TIDAK AKAN TINGGALKAN MALAYSIA, SAYA AKAN LAWAN TUDUHAN

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mendakwa pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta penasihat-penasihatnya menyembunyikan maklumat mengenai dana berkenaan daripadanya.

Dalam satu temubual eksklusif dengan Reuters, Najib mendakwa beliau tidak patut dipersalahkan berhubung skandal 1MDB yang melibatkan dana berbilion ringgit itu.

Malah ahli Parlimen Pekan itu mendakwa beliau tidak mengetahui bahawa wang berbilion ringgit dalam akaun peribadinya mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Selain itu, Najib turut mendakwa beliau tidak tahu menahu dana itu kemudiannya digunakan untuk membeli kapal pesiaran mewah, lukisan, permata dan hartanah bernilai tinggi.

“Saya tidak ada kaitan dengan kapal layar, lukisan… saya tak pernah lihat lukisan itu semua,” kata Najib dalam temu bual yang diadakan di Langkawi.

Dalam temubual itu juga, Najib turut menjelaskan beg dan barang kemas yang dirampas di kediamannya merupakan hadiah perkahwinan anak perempuannya.

Najib berkata, menantunya Daniyar Nazarbayev merupakan anak saudara kepada Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, yang juga didakwa menghadiahkan banyak beg tangan kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Orang mungkin sukar memahami, contohnya menantu saya mendapat Birkin dari sumbernya, lima atau enam dalam satu masa,” katanya.

Najib juga menjelaskan beliau tidak akan ‘melarikan diri’ dari Malaysia malahan akan melawan tuduhan yang dikenakan ke atasnya biarpun berdepan kemungkinan dihukum penjara.

“Tidak, saya tidak pernah merancang untuk tinggalkan Malaysia. Jika saya berbuat demikian, akan ada tanggapan bahawa saya bersalah.

“Saya tidak mahu menjadi buruan sepanjang hidup saya. Saya mahu bersihkan nama,” katanya. (Sumber: Astro Awani)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tun Mahathir Jumpa Syed Mokhtar Dan Geely. Ni Hasil Pertemuan Mereka Buat Ramai WOW

Kata TERKINI Ahmad Bashah Bekas MB Kedah Ni Buat Ramai Ahli PAS Bangga