in

Doktor Dedah TEKNIK Bijak Tun Mahathir Buat China Melutut. Memang WOW.

Entah Kenapa Teringat Tun Perak Bendahara Melaka Yang Genius.

Doktor Dedah TEKNIK Bijak Tun Mahathir Buat China Melutut. Memang WOW. | Baru ni viral pihak Geely China yang pegang majoriti saham Proton terus penuhi permintaan Tun Mahathir yang nak kan pakar automotif China datang bantu pembuat tempatan. Lelaki dedah teknik bijak Tun Mahathir. Jom baca. Respek.

UMUM NAK BUAT JENAMA KERETA BARU

Ingat tak, berita kononnya Tun M akan melancarkan projek automatif (kereta) negara yang baru?

Ramai juga yang mengejek dan memperolokkan kerajaan, mengatakan

“Public transport boleh cancel, projek kereta boleh pulak buat!”

“Tambah kereta banyak lagi kat highway!”

“Apa nama projek kereta baru? Dulu Proton, sekarang ProTun!”

Dan pelbagai lagi. Rupa-rupanya pengumuman Tun Mahathir, adalah satu bentuk tekanan kepada syarikat automotif China (Geely) yang memiliki 49.9% saham Proton.

Bila Tun M buat pengumuman begitu, syarikat berkenaan menjadi cemas, dan lantas membuka pintu rundingan. Apa yang dirunding Tun?

***

“Li bertanya kepada saya, apa Malaysia mahu, jadi saya jelaskan bahawa Proton boleh diuruskan oleh Geely tetapi kami mahu kepakaran pembuatan tempatan juga turut terlibat dalam pembikinan komponen kereta.

“Oleh itu, untuk menaik taraf pengeluaran tempatan, kami mahu Geely membawa masuk kepakaran pengeluar dari China untuk bekerjasama dengan pembuat tempatan, dalam erti kata lain menolong Malaysia untuk hasilkan komponen kereta sendiri…dan Li telah bersetuju,” katanya. (Sumber: Dr Syamirullah Rahim)

Semoga Allah panjangkan pemimpin yang hebat seperti Tun Mahathir ni. Amin.

CHINA SETUJU PERMINTAAN TUN MAHATHIR

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat membawa masuk kepakaran pembuatan komponen kereta dari China ke Malaysia untuk memperkasakan teknologi pembuatan tempatan.

Mahathir dalam sidang media berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Proton Holdings Bhd yang memiliki kepentingan 49.9 peratus melalui saham Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd mengenai idea tersebut.

“Li bertanya kepada saya, apa Malaysia mahu, jadi saya jelaskan bahawa Proton boleh diuruskan oleh Geely tetapi kami mahu kepakaran pembuatan tempatan juga turut terlibat dalam pembikinan komponen kereta.

“Oleh itu, untuk menaik taraf pengeluaran tempatan, kami mahu Geely membawa masuk kepakaran pengeluar dari China untuk bekerjasama dengan pembuat tempatan, dalam erti kata lain menolong Malaysia untuk hasilkan komponen kereta sendiri…dan Li telah bersetuju,” katanya.

Syed Mokthar menguasai DRB-Hicom, yang memiliki 50.1 peratus saham Proton manakala Geely memegang kepentingan 49.9 peratus.

Dr Mahathir, yang mengasaskan Proton pada 1983 semasa kali pertama sebagai perdana menteri, mengkritik kerajaan BN sebelum ini mengenai perjanjian dengan Geely tahun lalu. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kritik Kerajaan. Ini Respon Tun Mahathir Terhadap Anwar Yang Buat Ramai RESPEK

1MDB. Selepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Peguam Rosmah Jawab Tuduhan WSJ