in

Ucapan Terkini Tun Mahathir Ni Buat Ramai Orang Tua Tersentap. Allahuakbar.

Selamat Ulang Tahun Ke 93 Tun Mahathir. Semoga Allah Panjangkan Umur PM Kita. Amin.

Ucapan Terkini Tun Mahathir Ni Buat Ramai Orang Tua Tersentap. Allahuakbar. | Memang lain dari yang lain. Ucapan terkini Tun Mahathir ni buat ramai orang tua Malaysia tersentap. Allahuakbar. Semoga dapat inspirasi.

OTAK MEROSOT JIKA TAK MEMBACA, MENULIS, SELESAIKAN MASALAH

Jika anda tidak berfikir, anda tidak selesaikan masalah, anda tidak membaca, anda tidak menulis, otak merosot, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad mencecah usia 93 tahun esok, namun tetap punya stamina untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri, hingga mengagumkan ramai orang, baik rakyat Malaysia mahupun asing.

Sesungguhnya, Dr Mahathir kembali bergerak cergas sebaik saja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh pada Mei, memikul tanggungjawab berat mengemudi negara dengan penuh tenaga yang terdapat pada dirinya sepanjang usia lebih sembilan dekad.

Ramai ingin tahu apa yang membuat beliau bergerak begitu cergas hingga foto beliau sedang makan dengan disertai produk multivitamin tertentu di meja begitu menarik perhatian sampai terdapat laporan bahawa jenama tersebut kehabisan stok di farmasi.

Dr Mahathir sedia perkongsi tentang apa saja yang membuat beliau terus cergas, dengan menegaskan pentingnya mengamalkan gaya hidup aktif sekalipun selepas masuk usia persaraan.

“Memang, saya lebih suka berehat, tapi saya ingin menasihat orang ramai agar tidak berehat bila mereka lanjut usia,” kata beliau ketika ditanya semasa lawatannya baru-baru ini ke Tokyo tentang bagaimanpun beliau boleh terus sihat.

Otot Merosot Jika Tak Diguna

Dr Mahathir, yang punya keistimewaan menjadi perdana menteri paling tua di dunia, menjelaskan bahawa otot-otot akan merosot jika tidak digunakan.

“Jika anda berbaring sepanjang masa, otot (akhirnya) tidak berdaya mengangkat berat badan anda, anda tidak boleh berdiri, tidak boleh berjalan. Jadi, tidak elok bila anda tua, anda berbaring dan tidak melakukan apa-apa,” katanya menerangkan demikian juga dengan otak seseorang.

“Jika anda tidak gunakan otak anda, anda tidak berfikir, anda tidak selesaikan masalah, anda tidak membaca, anda tidak menulis, otak merosot dan anda jadi nyanyuk… jadi perlu sentiasa aktif,” kata Dr Mahathir yang dilahirkan pada 10 Julai, 1925.

Pada interbiu dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, Dr Mahathir menegaskan pentingnya tidak makan berlebihan – nasihat yang diterima daripada arwah ibunya.

“Ibu saya kata, bila makanan itu sedap, berhenti,” kata beliau, sambil mengakui agak sukar untuk melakukan itu pada mulanya, tetapi jadi mudah selepas beberapa ketika. (Sumber: Malaysiakini)

PM TAKKAN HADIR SAMBUT HARI JADI

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tidak akan hadir sambutan ulang tahun kelahirannya yang dirancang dianjurkan oleh sebuah persatuan Cina pada 22 Julai.

Acara sambutan hari jadi itu mencetuskan kontroversi kerana salah seorang penganjur adalah ahli perniagaan Tee Yam @ Koo Tee Kam, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 pada 2005.

Koo menafikan dakwaan pihak berkuasa bahawa dia terlibat dengan organisasi rahsia.

Satu sumber dari Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiakini bahawa sambutan ulang tahun yang dirancang bukan sebahagian daripada jadual Mahathir pada 22 Julai nanti.

“Tidak, tidak dalam jadual PM,” kata sumber itu.

Mahathir Berumur 93 Tahun Esok

Acara itu pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 22 Julai di sebuah restoran di Pudu, Kuala Lumpur.

Penganjur menjemput 2,000 wakil persatuan Cina dan merancang untuk menyumbang RM100,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.

Presiden kehormat Gabungan Persatuan Pedagang Cina, Liew Poon Siak, yang merupakan salah seorang penganjur utama, berkata beliau belum dimaklumkan oleh PMO sama ada Mahathir akan muncul.

“Buat masa ini, saya tidak tahu (Mahathir tidak dapat datang). Saya akan menunggu pemberitahuan PMO.

“Pemberitahuan terakhir yang kami terima mengatakan bahawa ia mungkin ditangguhkan. Tarikh itu tidak disahkan tetapi ia tidak akan berlaku pada bulan Julai,” katanya kepada Malaysiakini.

Liew juga dilihat merupakan tokoh kontroversi dalam masyarakatCina.

Beliau bertanggungjawab terhadap pembinaan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) yang merupakan serpihan daripada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH). (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Terperangkap Dalam Gua. Wartawan Dunia Terkedu Dengan Layanan Orang Islam Thai

Hanipa Pengsan. Ini Ucapan Papagomo Umno Buat Ramai Penyokong PH Berang