in

Tun Mahathir – Kerajaan Kaji Semula JAKIM Bagi Martabatkan Islam Di Malaysia

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Tun Mahathir – Kerajaan Kaji Semula JAKIM Bagi Martabatkan Islam Di Malaysia | Bagi menampung hutang negara yang ditinggalkan kerajaan BN dahulu, banyak jabatan bermotif politik terpaksa dibubarkan. Terkini, Tun Mahathir memberi gambaran JAKIM tidak dibubarkan, tetapi malahan akan diperkasakan bagi naikkan imej Islam di Malaysia. Allahuakbar.

MARTABATKAN ISLAM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan ini.

Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan diambil bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

“Dan kita akan tentukan negara ini Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sebelum ini sesetengah pihak mendakwa Pakatan Harapan akan melihat semula peranan JAKIM sama ada dikekalkan atau tidak dan cadangan itu dibuat ekoran badan itu dilihat digunakan untuk kepentingan politik sesetengah pihak.

BENDUNG GAMBARAN SALAH TERHADAP ISLAM

Selain itu Dr Mahathir berkata, gambaran salah yang diberikan sesetengah pihak mengenai Islam di negara ini bukanlah kehedak agama.

Malah, katanya, banyak larangan yang ada dalam Islam, tidak diamalkan.

“Sebaliknya kita fikirkan tentang cara-cara lain yang bukan datang dari ajaran Islam untuk menunjukkan kononnya Islam ini agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya.

“Dengan perkataan lain kita lebih suka memaksa daripada ajaran Islam yang berkata, tiada paksaan dalam Islam,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai Biro Tata Negara (BTN), Perdana Menteri berkata, program itu akan dikaji.

TAK LAYAN TUNTUTAN HINDRAF

Ditanya mengenai cadangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka kepada kaum lain, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

HINDRAF 2.0 baru-baru ini mencetuskan kontroversi mengenai tuntutan terbabit, namun Pengerusinya P Waythamoorty menafikan memorandum itu mewakili pihaknya.

Isu pembukaan UiTM kepada semua kaum ditentang oleh pelbagai pihak susulan tuntutan menerusi memorandum HINDRAF 2.0 berkenaan. (Sumber: Berita Harian)

BONUS RM400 UNTUK GRED 41 KE BAWAH DAN RM200 UNTUK PENCEN

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan.

“6 Jun (akan dibayar),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet kedua di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Dalam sidang media itu Dr Mahathir turut mengumumkan bantuan sara hidup rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu.

“Memang berbeza, memang berbeza,” katanya apabila ditanya mengenai perbezaan antara bantuan sara hidup yang akan diperkenalkan dan BR1M.

Dr Mahathir turut mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Mulai 1 Jun pula, GST berkadar sifar akan dikuatkuasakan, katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Teguran Azza Elite Terhadap Faiz Roslan. Mana Malu Kau Dengan Allah ?

Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqi. 2 Suspek SAH Bawa Petrol. Ini Laporan PENUH