in

Teguran Azza Elite Terhadap Faiz Roslan. Mana Malu Kau Dengan Allah ?

Semoga Allah Hadirkan Keinsafan Di Hati Faiz Roslan.

Teguran Azza Elite Terhadap Faiz Roslan. Mana Malu Kau Dengan Allah ? | Tak tahan dengan perangai Faiz Roslan yang melampau lebih-lebih lagi dalam beragama, Azza Elite terus tegur secara terbuka. Ikuti teguran penuh beliau. Semoga Faiz tu insaf la ye.

AZZA TEGUR FAIZ DI INSTAGRAM

SEBELUM ini Instafamous Faiz Roslan telah beberapa kali ditegur atas perilakunya yang kurang disenangi.

Namun tindakannya yang terbaharu iaitu membuat pengakuan tidak solat lima waktu dan mempersoalkan puasa telah mendapat perhatian daripada netizen.

Turut menegur adalah pelakon dan penyanyi Azza Elite di akaun Instagramnya yang menasihati secara terbuka buat Faiz.

Tulis Azza,

“Sebelum itu ku minta maaf sebab tegur mu eh faiz! You watch out! ALLAH bagi kelebihan famous! Famous erk?

“Adik oh adik kau jangan buat gitu dik! Mana malu kau dengan ALLAH? Kau bangga kau tak solat, kau bangga kau tak puasa.

“Kenapa mu begitu? Jangan sampai ALLAH tarik nikmat kita dik,” tulisnya.

Tambah Azza, dia mengakui bahawa apa yang dikatakan oleh Sharnaaz sebelum ini adalah benar belaka.

“Aku dengar kau menjawab kau siap!! Panas hati aku bila orang permainkan ALLAH. Kami pun penah muda, pernah famous dari kau ok! Tapi kami takut nak permainkan ALLAH.

“Kami tegur sebab rasa kamu perlu ditegur! Apa pun aku doa semoga ALLAH beri hidayah buat kamu semoga kamu menjadi org baik baik,” tulis Azza lagi.

Akhir sekali Azza berkata bahawa; ‘Kita hamba ALLAH dik bukan hamba IG’ dan meminta peminatnya untuk unfollow Faiz ini supaya perangainya tidak lagi menjadi-jadi. (Sumber: Sinar Harian)

MASIH ADA PENGAWAL POLIS UNTUK NAJIB

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan beberapa orang pegawai pengiring termasuk seorang pegawai Aide De Camp (ADC) masih terus bertugas bagi mengawal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, selain seorang pegawai ADC, bekas perdana menteri mempunyai kelayakan-kelayakan tertentu mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk mendapatkan pemandu peribadi dan pegawai keselamatan.

“Kita akan tetapkan mengikut SOP yang ada, bekas perdana menteri dia ada kelayakan-kelayakan tertentu, kita akan akur.

“Macam ADC kita kekalkan termasuk untuk Datin Seri (Rosmah Mansur), ada pegawai keselamatan dan ada pemandu peribadi, (itu) kita akan kekalkan.

“Bukan semua pegawai pengiring akan ditarik balik, kita akan tetapkan pegawai seperti mana SOP,” katanya kepada pemberita.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sewaktu hadir ke Majlis Iftar Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalan Negeri bersama Warga PDRM di Masjid Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, Najib menerusi hantaran di Facebooknya menulis bahwa semua pegawai keselamatan, polis pengiring dan pegawai bantuan ditugaskan mengawalnya telah ditarik balik.

“Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC,” tulisnya. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Shahidan Mengaku Hantar Surat RAHSIA Kepada MB Perlis. MENDEBARKAN.

Tun Mahathir – Kerajaan Kaji Semula JAKIM Bagi Martabatkan Islam Di Malaysia