in

Najib Tiba2 Tarik Balik Saman Ling Liong Sik. Ini Puncanya

Apa Sudah Jadi ?

Najib Tiba2 Tarik Balik Saman Ling Liong Sik. Ini Puncanya | Selain hangat hari ni Najib dipanggil SPRM, tiba-tiba Najib keluar arahan untuk tarik balik saman terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan dana kerajaan. Ikuti selanjutnya.

NAJIB TARIK BALIK SAMAN

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik saman terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan dana kerajaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ranjit Sigh yang mewakili Dr Liong Sik selepas kes disebut semula di kamar Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye.

Ranjit ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Najib membayar kos sebanyak RM25,000 kepada anak guamnya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman itu.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menarik balik saman balas mereka terhadap Najib.

Sementara itu, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib mengesahkan perkara itu dan pihaknya bersetuju menarik balik saman jika Dr Liong Sik menarik balik saman balasnya.

ADA “PERKARA” YANG LEBIH MENDESAK

“Saya menasihatkan anak guam berhubung keadaan politik semasa, kita sepatutnya teruskan ke hadapan dan Najib bersetuju kerana ada perkara lain lebih mendesak yang perlu diselesaikan,” katanya.

Pada 27 Oktober 2015, Najib memfailkan saman mendakwa Dr Liong Sik ada mengeluarkan kenyataan fitnah dan diterbitkan melalui portal Malay Mail Online.

Artikel bertajuk ‘MCA’s Liong Sik join’s call for najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own account’ pada 3 Oktober lalu.

Najib mendakwa Ling Sik secara salah dan berniat jahat ada mengeluarkan kenyataan fitnah itu ketika majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, dekat sini.

Menurutnya, perkataan fitnah itu membawa maksud antaranya Najib menyalahgunakan wang milik dana pelaburan kerajaan ke dalam akaunnya bagi kepentingan peribadi. (Sumber: Berita Harian)

NAJIB MINTA MAAF

Datuk Seri Najib Razak meminta maaf kepada rombongan ahli UMNO Tanjung Malim kerana tidak dapat bertemu dengan beliau, semalam.

Bekas perdana menteri itu merakamkan permohonan maaf berkenaan menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau, hari ini.

“Sampaikan salam saya kepada ahli-ahli UMNO Tanjung Malim, @KhusairiTgMalim . Saya mohon maaf atas kesulitan semalam, disebabkan ada urusan yang perlukan perhatian. Insya-Allah jika berpeluang dalam masa terdekat kita bertemu lagi… ” katanya.

Semalam, kira-kira 40 orang ahli UMNO Tanjung Malim, Perak terpaksa pulang hampa selepas gagal menemui Najib di kediaman bekas perdana menteri itu di Jalan Langgak Duta, di ibu negara selepas menunggu hampir sejam.

Rombongan berkenaan diketuai Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Khusairi Abdul Talib.

Salah seorang ahli UMNO Tanjung Malim yang enggan dikenali berkata, rombongan 40 ahli UMNO itu datang menaiki sebuah bas.

Mereka tiba di rumah Najib kira-kira jam 3.30 petang dan menunggu di luar pagar rumah sehingga 4.20 petang namun kecewa kerana tidak dapat bertemu beliau. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Adun BN Melaka Habiskan Peruntukan Tahun 2018 RM3.9 Juta Dalam Tempoh 5 Bulan

Ini AMARAN Ketua Menteri Sabah Kepada Para Exco Negeri Buat Rakyat SERONOK