in

Lepas Balik Rumah. Ini Tindakan Najib Lepas Maghrib Buat Ramai Suspen

Kasi La Peluang Dia Nak Minum Teh Tarik Di Mamak.

Lepas Balik Rumah. Ini Tindakan Najib Lepas Maghrib Buat Ramai Suspen | Lepas pulang ke rumah dari mahkamah, lepas Maghrib, ini tindakan Najib buat ramai suspen. Tak sangka.

NAJIB KELUAR DARI MENUJU KE TEMPAT YANG TAK DIKETAHUI

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, kira-kira jam 8.50 malam, sebentar tadi.

Beliau keluar dengan menaiki Toyota Vellfire diikuti motosikal pengiring dan beberapa kenderaan lain.

Bagaimanapun, wartawan tidak dapat memastikan ke mana destinasi yang ditujukan anggota parlimen Pekan itu.

Najib hari ini dituduh pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana anak syarikat 1MDB, SRC International di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Dalam pertuduhan yang mendapat perhatian media dalam dan luar negeri itu, beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan.

Najib dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin dan pasportnya diperintah diserahkan kepada mahkamah.

Terdahulu Najib dikunjungi beberapa pemimpin Umno termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekitar jam 6.50 petang, tadi.

Malaysiakini difahamkan kehadiran pemimpin Umno itu sebagai tanda sokongan dan solat hajat bersama bekas presiden parti keramat Melayu itu, menurut salah seorang peyokong yang sempat disapa kami.

Kesemua kenderaan pemimpin Umno itu juga dilihat keluar dari perkarangan Umno sekitar jam 8.45 malam. (Sumber: Malaysiakini)

MESYUARAT TERAKHIR KU NAN

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada petang ini merupakan mesyuarat terakhir yang dihadiri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Datuk Ab Rauf Yusoh.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia mesyuarat terakhir bagi mereka selaku setiausaha agung serta setiausaha kerja Umno.

Ku Nan bekas menteri wilayah dilantik menjadi setiausaha agung parti itu pada Mac 2008 menggantikan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Manakala itu, presiden Umno juga memberitahu, pihaknya akan berbincang dengan parti pembangkang yang lain berhubung jawatan ketua pembangkang di Parlimen.

Menurut Zahid, menjadi kebiasaan bagi jawatan berkenaan disandang oleh presiden parti dengan majoriti kerusi di pihak parti pembangkang di Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang Parlimen

Sehubungan itu, beliau berkata mesyuarat di kalangan anggota parlimen pembangkang akan dibuat bagi menentukan siapa akan menjadi ketua pembangkang.

“Kita akan bincang soal siapa akan jadi ketua pembangkang di parlimen setelah perbincangan dilakukan bersama parti pembangkang yang lain.

“Oleh kerana ketua pembangkang kelazimannya ialah presiden parti pembangkang, maka kita akan adakan mesyuarat di kalangan anggota parlimen pelbagai parti untuk tentukan siapa ketua pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media (gambar) selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara petang ini.

Selain itu, beliau juga mengalu-alukan sekiranya anggota parlimen bebas untuk ikut serta dalam perbincangan berkenaan.

“Jika perlu ahli parlimen bebas yang mahu sertai kumpulan kami, maka perbincangan juga akan diadakan,” ujarnya lagi.

Pada sidang media sama, Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datok turut memberitahu, parti itu akan berbincang termasuk parti selain Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

Bagaimanapun, ketika diajukan soalan sama ada perbincangan berkenaan turut melibatkan PAS, Zahid tidak menjawab soalan berkenaan.

Manifesto Pemilihan Umno

“Kita akan bincang bukan hanya dikalangan sesama sendiri tetapi kita akan bincang juga dengan rakan-rakan di luar Umno.

“Kita akan adakan perbincangan dan sebarang keputusan akan diumumkan pada hari yang sesuai,” katanya.

Bagi melaksanakan manifesto semasa pemilihan presiden Umno pula, Zahid berkata parti itu akan mewujudkan badan bertindak yang diketuai Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan bagi melaksanakan aku janji berkenaan.

Kesemua manifesto oleh beliau serta calon presiden lain turut akan diambil kira, ujar Zahid lagi.

“Semua keseluruhan 30 aku janji tokoh-tokoh ini akan diteliti dan diperincikan dan kami lantik Datuk Seri Mohamad Hasan untuk wujudkan badan bertindak bagi melihat pelaksanaan semua atau sebahagian aku janji berkenaan,” kata Zahid lagi. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Lama Menghilang Diri. Luahan Mak Jamal Yunos Ni Buat Ramai Wanita SEDIH

Jenazah Selamat Dikebumikan. Ini Pesanan Ayah Adam Kepada Semua Buat Ramai SEBAK