in

Ini AMARAN Ketua Menteri Sabah Kepada Para Exco Negeri Buat Rakyat SERONOK

Sangat Elok Amaran Ni. Jangan Lupa Asal Usul.

Ini AMARAN Ketua Menteri Sabah Kepada Para Exco Negeri Buat Rakyat SERONOK | DS Shafie Apdal hari ni memberi amaran kepada para exco negeri yang baru dilantik yang agak menggerunkan tetapi disukai oleh rakyat. Ikuti selanjutnya.

UTAMAKAN TUGAS KEPADA RAKYAT

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengingatkan jemaah Kabinet negeri supaya mengutamakan tugas dan perkhidmatan kepada rakyat berbanding membuat pengubahsuaian pejabat masing-masing.

Beliau membuat peringatan itu berikutan ada menteri dan pembantu menteri yang baru memasuki pejabat masing-masing pada minggu lalu merungut mengenai keadaan pejabat mereka yang usang.

“Ada yang merungut pejabat tiada pendingin hawa selain keadaan pejabat yang sempit dan lama tetapi saya katakan kepada mereka bukan itu yang penting.

“Apa yang penting ialah besarkan perkhidmatan, jangan besarkan pejabat kerana bukan pejabat yang utama tetapi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Parti Warisan Sabah (WARISAN) Petagas di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Junz Wong; Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Uda Sulai dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

TIDAK UBAH GAYA HIDUP

Mohd Shafie turut mengingatkan jemaah Kabinet kerajaan pimpinannya supaya tidak mengubah gaya hidup seperti membeli atau membina rumah baharu.

“Jaga etika, jangan tukar rumah. Bagi saya tidak apa kalau kita menjadi hamba kepada rakyat kerana memang sewajarnya kita perlu mendengar suara rakyat,” katanya.

Katanya, dengan kekayaan negeri yang ada, beliau yakin dapat membantu rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik menerusi pelbagai pendekatan membangunkan ekonomi yang boleh memberi pekerjaan kepada rakyat.

Beliau berkata, walaupun kerajaan negeri diketuai WARISAN berdepan cabaran untuk memulihkan ekonomi negeri, beliau yakin kepemimpinannya mampu membawa perubahan kepada rakyat negeri ini.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Mohd Shafie turut menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan mualaf sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas. (Sumber: Berita Harian)

SUDUT LAIN PULA, PARTI BERSATU KELANTAN CADANG 3 NAMA UNTUK MENTERI

Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan mencadangkan tiga wakil dari Kelantan disenaraikan dalam Kabinet baharu.

Ketuanya, Asran Alias, berkata nama yang dicadangkan itu adalah Timbalan Pengerusi PPBM negeri, Datuk Sazmi Miah; Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa dan Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir.

Katanya, nama ini diangkat mewakili tiga parti di bawah Pakatan Harapan berdasarkan pengalaman politik mereka.

“Dalam mesyuarat peringkat Pemuda PPBM Kelantan hari ini (semalam), kami bersetuju mencadangkan ketiga-tiga nama ini dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri.

“Kami turut mencadangkan supaya Dr Radzi Jidin (PPBM), Hisham Fauzi (PAN) dan Roslan Puteh (PKR) turut diangkat sebagai senator berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing.

“Harapan kami, supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melupakan Kelantan dan dapat mempertimbangkan wakil dari negeri ini” katanya selepas Mesyuarat Pemuda PPBM Kelantan di sini.

Mengulas lanjut, Asran turut memohon supaya Kabinet penuh dapat dibentuk segera sebelum Aidilfitri.

“Kita melihat hari ini harga barang mulai naik dan ramai rakyat di bawah mula memberi pandangan negatif.

“Oleh itu, kita seru Kabinet dibentuk segera khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Asran berkata, pihaknya menerima hakikat kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Kelantan.

“Kami bersepakat untuk mewujudkan hubungan lebih baik antara parti dan kami tak salahkan mana-mana pihak dan terima secara bersama.

“Kini, kita fokus untuk mengambil negeri ini dari PAS dan dapat menambat hati penduduk untuk memilih kami dalam pilihan raya akan datang,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Najib Tiba2 Tarik Balik Saman Ling Liong Sik. Ini Puncanya

Ini Kutukan BERANI Zahid Hamidi Terhadap Kerajaan Baru Buat Rakyat MARAH