in

Adun BN Melaka Habiskan Peruntukan Tahun 2018 RM3.9 Juta Dalam Tempoh 5 Bulan

Dasyat ADUN BN Nih. Cabaran Buat Pakatan Harapan.

Adun BN Melaka Habiskan Peruntukan Tahun 2018 RM3.9 Juta Dalam Tempoh 5 Bulan | Exco Melaka yang baru, Ginie Lim terkejut bila tau ADUN BN dari penggal yang lepas telah habiskan peruntukan kepada mereka bagi tahun 2018. Ikuti selanjutnya.

TERKEJUT BILA TAU PERUNTUKAN 2018 DAH ABIS

Anggota exco Melaka yang baru, Ginie Lim mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dari penggal yang lepas telah menghabiskan peruntukan kepada mereka bagi tahun 2018.

Beliau berkata peruntukan itu khusus diberikan di bawah Majlis Perbandaran Alor Gajah yang telah memberikan taklimat mengenai kewangannya hari ini.

Lim, yang merupakan ADUN Machap Jaya, berkata berdasarkan taklimat itu, peruntukan tersebut berjumlah RM3.9 juta termasuk RM380,000 untuk ADUN dan RM500,000 untuk anggota exco.

“Kekotoran yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri BN memberi kesan kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbaiki keadaan. Ia tidak adil kepada pengundi serta kerajaan semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan pada separuh pertama dan separuh kedua tahun ini dan bukan dihabiskan pada suku pertama.

Katanya senario itu menunjukkan salah gunakuasa dalam meluluskan peruntukan kewangan.

Melaka menyaksikan penubuhan kerajaan baru selepas BN tewas pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. (Sumber: Malaysiakini)

AHMAD MASLAN – UMNO UMPAMA KAPAL TENGGELAM TAPI TAK MUSTAHIL BOLEH NAIK SEMULA

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan menyamakan partinya dengan kapal yang sedang tenggelam.

Bagaimanapun, menurut Ahmad beliau yakin jika Umno bersatu, parti itu tidak akan lama menjadi pembangkang.

“Dengan izin Allah kita mungkin tidak lama jadi pembangkang sebagaimana yang berlaku di negeri yang kita kalah. Kita yakin Malaysia ini, kita kalah tetapi kita boleh menang balik,” katanya dalam rakaman video disiarkan Umno Online.

Pada piihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu Umno dan BN buat pertama kali dalam sejarah tewas di peringkat persekutuan selepas 61 tahun berkuasa.

Parti itu juga kehilangan semua negeri kecuali Perlis dan Pahang. Manakala Sarawak mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum.

“Kita berikan kepercayaan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mereka mentadbir dan mengepalai parti ini.

“Dengan sokongan padu itu maka Insya Allah parti kita yang umpama kapal yang sudah tenggelam ini boleh diambil, boleh diangkat kembali ke permukaan air dan diselamatkan semua isi-isi di dalam nya.

“Yakinlah bahawa jika kita bersatu, kita akan kuat dan kita akan boleh hadapi mereka,” katanya yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian.

Ahmad berkata Pakatan Harapan hanya menang 122 kerusi daripada 222 kerusi parlimen dan ia bukan merupakan kemenangan besar.

“Oleh kerana itu kemenangan mereka tidak membolehkan mereka mendabik dada. Mereka harus memenuhi manifesto yang telah mereka janjikan

“Manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang itu harus mereka tunaikan. Jika mereka tak tunaikan percayalah rakyat akan bangkit dan tukar kerajaan yang ada ini,” ujarnya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Beberapa Jam Sebelum Jumpa SPRM. Peguam Najib TARIK DIRI

Najib Tiba2 Tarik Balik Saman Ling Liong Sik. Ini Puncanya