in

KJ Lantang Membangkang Dalam Parlimen. Jawapan Padu Tun Mahathir Buat Hadirin Tergamam.

Sidang Parlimen Malaysia Semakin Rancak. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakabar. Semoga Malaysia Maju. Amin.

KJ Lantang Membangkang Dalam Parlimen. Jawapan Padu Tun Mahathir Buat Hadirin Tergamam. | Terkini sidang parlimen. KJ tunaikan janji jadi pembangkang paling lantang namun dia terkesima bila dengar jawapan padu Tun Mahathir yang buat hadirin tergamam. Ada video.

PM – KALAU KAMI BERDOSA, KAMI TANGGUNG

Video ada di bawah sekali. Pakatan Harapan tidak menganggap janji manifesto pada pilihan raya umum ke-14 sebagai al-Quran atau Bible.

Menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai sama ada janji dalam manifesto akan ditunaikan atau hanya sebagai panduan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mendapati beberapa rintangan yang perlu diatasi terlebih dahulu sebelum janji-janji dapat ditunaikan.

Menurut perdana menteri, antaranya adalah aspek perundangan.

“Saya tak sedar bahawa Rembau (Khairy) anggap manifesto itu sebagai buku suci, kalau pun dia anggap demikian kami anggap ini manifesto, tidak mengikat kita sehingga tidak boleh bergerak, apabila kita cuba laksanakan kita dapat banyak rintangan.

“Umpamanya undang-undang lama yang digubal bekas kerajaan…, semua ini mejadi halangan kepada pelaksanaan janji-janji kami.

“Kalau kami berdosa, kami tanggunglah. Tapi tidak anggap manifesto sebagai al-Quran atau Bible,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, kata beliau, tumpuan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan sekadar melaksanakan janji-janji mereka, tetapi usaha turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan.

“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir.

Menurutnya, usaha itu ntaranya menerusi tindakan undang-undang terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan, usaha mengesan dan membawa balik wang milik kerajaan yang hilang, menyusun semula jabatan dan seumpanya.

Dr Mahathir hari ini kembali menjawab soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat selepas 15 tahun.

Beliau dilihat masih ‘berbisa’ dan belum ‘hilang sentuhan’ meskipun kini sudah mencecah usia 93 tahun.

Seperti lazimnya, beliau tetap bersikap sinikal, dan memberi jawapan sinis.

Soalan pertama yang diajukan kepada Dr Mahathir adalah berkaitan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran kerajaan HARAPAN yang diutarakan oleh Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Beliau mengakui selepas 70 hari selepas mereka membentuk kerajaan baru sejak Mei lalu, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana.

“Kerajaan komited untuk realisasikan kesemua janji itu atas dasar accountability kami kepada rakyat,” kata beliau.

Contohnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang melihat untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah.

Janji yang tidak melibatkan kos juga telah dilaksana seperti penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), katanya.

“Tumpuan bukan hanya pada 10 janji ini. Dalam 100 hari banyak kerja perlu dilaksanakan kerajaan.

“Yang utama tindakan bersihkan kerosakan hasil rasuah, salah guna kuasa yang dilakukan jentera kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir. (Sumber: Malaysiakini)

Video Sidang Parlimen Tun Mahathir-KJ

Atau boleh klik link sini >> https://www.kinitv.com/video/63508O74

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

zahid kj parlimen

Mencelah Ketika Berbahas. Ini Jawapan Balas Zahid Kepada KJ Buat Ramai Terdiam

maszlee pendidikan

Cadangan KREATIF Terkini Dr Maszlee Ni Buat Ramai Warga Universiti Gembira. Allahu.