in

GEMPAR. Khairy Jamaluddin Tiba-Tiba Minta Maaf Di Parlimen. Puncanya Buat Ramai Terkedu.

Mamat Ni Memang Betul Gentleman. Ada Prinsip. Pemimpin Masa Depan Yang Ada Potensi. InsyaAllah.

GEMPAR. Khairy Jamaluddin Tiba-Tiba Minta Maaf Di Parlimen. Puncanya Buat Ramai Terkedu. | Hari ni KJ bikin parlimen gempar lagi apabila tiba-tiba bangun dan meminta maaf. Puncanya buat ramai terkedu. Allahu. Tak sangka betul.

KJ MINTA MAAF KEPADA PEMBANGKANG

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pembangkang kerana tidak mengikut konsensus untuk keluar daripada Dewan Rakyat semalam.

Beliau bagaimanapun menyifatkan konsensus berhubung keputusan itu adalah tidak tepat.

“Saya minta maaf sebab tidak ikut konsensus tetapi apabila konsensus itu membuat keputusan yang tidak tepat, saya rasa kita perlu menghormati kepelbagaian dan pendirian.

“Bukan saya sorang, Datuk Seri Anifah pun tak keluar Dewan juga. Kita buat keputusan berdasarkan apa yang kita rasa adalah pendirian yang betul terutama menunjukkan kepada rakyat bahawa kita boleh main peranan sebagai pembangkang yang berwibawa,” ujarnya ketika ditemui Astro AWANI di Parlimen di sini hari ini.

Tambah beliau, pembangkang di Dewan Rakyat pada ketika ini perlu mempunyai pendekatan yang lebih profesional dan matang.

“Saya rasa kita perlu ada pendekatan baru dalam Parlimen dan politik sebagai pembangkang.

“Kita kena tunjuk kepada rakyat bahawa kita dapat mainkan peranan yang matang yang profesional dalam Dewan Rakyat,” ujarnya.

Semalam, Khairy membuat keputusan untuk tidak keluar daripada Dewan Rakyat apabila majoriti Ahli Parlimen Pembangkang bertindak keluar sebagai membantah proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat. (Sumber: Astro Awani)

KJ AKAN USUL SST TIDAK AKAN DILAKSANAKAN SEMULA

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan mengusulkan kepada kerajaan Pakatan Harapan agar tidak melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Beliau berkata sebaliknya kerajaan perlu meneliti semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar peratusan yang lebih rendah.

“Saya akan menyentuh beberapa perkara penting untuk diambil perhatian oleh kerajaan dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat nanti dengan mengusulkan bahawa sebenarnya tak perlu untuk dilaksanakan SST.

“Cuma mungkin boleh dilihat sistem GST dengan kadar yang lebih rendah tetapi masih boleh membawa hasil yang sama kepada kerajaan dengan sistem percukaian yang lebih cekap,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, hari ini.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata beliau akan menjelaskan secara terperinci mengenai cadangannya itu dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong nanti.

Sementara itu, Anggota Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus mengemukakan fakta-fakta berkenaan GST yang disifatkannya lebih diyakini, telus dan efisien berbanding SST.

“Saya dapat lihat reaksi umum yang kecewa bahawa harga barangan sebenarnya tidak turun walaupun selepas GST telah dikadar sifarkan.

“Umumnya harga barangan biasa ada yang naik, jadi impak dijanjikan dalam manifesto PH untuk kurangkan kos sara hidup tidak tercapai,” kata bekas perdana menteri itu.

Najib berkata rakyat semakin bimbang dan curiga dengan langkah pelaksanaan semula SST kerana dijangka kebanyakan harga akan naik sekurang-kurangnya 10 peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmatan.

Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata pembangkang mengambil maklum segala nasihat termasuk apa yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong terutama agar anggota Dewan menggalas tugas dengan amanah, jujur serta dedikasi.

“Kami selaku pembangkang, tidak kira daripada parti mana… yang penting ialah suara rakyat diwakili. Kami akan lakukan yang terbaik dan berikan komitmen penuh untuk memastikan aspirasi setiap rakyat Malaysia untuk mempunyai masa depan lebih baik, direalisasikan,” katanya.

Kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SST yang akan diperkenalkan semula pada 1 Sept depan.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen pada Ogos ini bagi menggantikan cukai GST dengan pengenalan semula SST dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan. (Sumber: Astro Awani)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Aksi Heboh Di Parlimen. Ini Komen Berani Penyanyi Amy Search Buat Ramai Setuju

Pesanan Tun Mahathir. Nak Cakap Apa, Cakaplah