in

Parlimen Gamat Lagi. Pertanyaan Berani KJ Ni Buat Ramai MP Kerajaan PH Terdiam

Kita Perlukan Ramai Pembangkang Yang Berhujah Dengan Fakta Dan Profesional. Terbaik La KJ.

Video KJ Parlimen

Parlimen Gamat Lagi. Pertanyaan Berani KJ Ni Buat Ramai MP Kerajaan PH Terdiam | Parlimen gamat lagi hari ni. Pertanyaan mengejutkan dari KJ buat ramai MP Kerajaan PH terdiam. Tak sangka.

KJ PERSOAL PUNCA KUASA MPK

Suasana di Dewan Rakyat hari ini sedikit hangat apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan punca kuasa Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).

Pada sesi soal jawab, Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau) membangkitkan fungsi MPK yang dilihat bukan saja memberi nasihat tetapi memberi arahan dan menjadi perunding untuk kerajaan.

“Apakah punca kuasa MPK, memandangkan mereka bukan hanya memberi nasihat tetapi memanggil Ketua Hakim Negara, Tun Raus Shariff dan mengarahkan beliau meletakkan jawatan.

“Itu bukan nasihat tetapi arahan dan sekarang seorang ahli MPK pergi ke China untuk mewakili negara dalam satu rundingan, adakah ini dinamakan memberi nasihat,” soalnya yang mendapat sokongan ahli Parlimen pembangkang lain.

Khairy turut mempersoalkan pengaruh Pengerusi MPK, Tun Daim Zainuddin menjadi wakil kerajaan berunding di China dan pelantikan seorang ahli MPK, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd dan Sime Darby Property Bhd.

“Bilakah MPK ini akan dibubarkan, kerana mereka ini tidak dipilih dan akauntabilitinya dipersoal,” katanya.

Menjawab soalan Khairy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, penubuhan MPK satu perkara biasa yang juga pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini .

“Kerajaan BN banyak melantik badan penasihat termasuk penasihat untuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“MPK ini hanyalah satu badan penasihat yang tidak terikat dengan mana-mana peruntukan undang-undang atau `locus standi’.

“Itu lawatan (kunjungan Tun Daim ke China) dan diarahkan oleh Perdana Menteri. Sekiranya diarahkan kenalah beliau pergi.

“Isu akauntabiliti ini terletak kepada Jemaah Menteri kerana laporan MPK ini tidak mengikat kerajaan untuk melaksanakannya,” katanya.

Vui Keong berkata, laporan MPK ini diambil, didengari, ditimbangkan dan akhirnya kerajaan yang akan membuat keputusan selepas itu.

“Mereka hanya menasihatkan negara tetapi terpulang kepada kerajaan untuk laksanakan atau tidak. Kita tidak terikat dengan laporan MPK,” katanya

Menjawab mengenai tarikh MPK akan dibubarkan, Vui Keong berkata, majlis itu memberi nasihat kepada janji yang diputuskan kerajaan untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari dan selepas tempoh itu, ia akan dibubarkan. (Sumber: Berita Harian)

BOY IMAN PELIK IFA RAZIAH. INI PUNCANYA.

Artis serba boleh, Ifa Raziah menyifatkan, isu foto Datuk Boy Iman memeluknya yang dimuat naik di laman sosial, Instagram pelakon itu hanya perkara kecil dan tidak perlu digembar-gemburkan.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha berkata, dia dan pelakon itu sudah lama mengenali antara satu sama lain, malah hubungan mereka memang rapat. Dia juga sudah menganggap Boy Iman seperti adik sendiri.

“Saya dan suami memang rapat dengan Boy Iman, malah dia sudah kami anggap seperti adik sendiri. Disebabkan terlalu rapat, jika ada benda yang tidak kena, kami akan saling menegur.

FOTO Ifa Raziah dan Boy Iman yang mencetus pertikaian peminat. – Foto Instagram Boy Iman

“Foto itu diambil ketika saya dan Boy Iman bertemu pada satu majlis, baru-baru ini. Dia memeluk kerana mahu memujuk saya yang marahkan dia kerana lupa diri. Hanya itu dan rasanya, tidak perlulah perkara ini dihebohkan.

“Suami saya faham dan tahu perkara sebenar yang berlaku, kenapa orang lain pula yang susah hati?” katanya ketika dihubungi BH Online.

Foto yang dimuat naik Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman Abd Rahman di Instagram itu mencetuskan perdebatan ramai yang kurang senang dengan aksi mesra mereka.

Meskipun Boy Iman menerangkan, dia berbuat demikian sebagai tanda sayang terhadap wanita yang sudah dianggapnya seperti kakak sendiri, ramai menganggap perbuatan itu kurang manis memandangkan antara mereka tiada ikatan persaudaraan.

“Peluk itu bukan apa, satu kerana dia sudah kurus, selain pakaiannya sangat cantik. Ia juga sebagai tanda sayang kerana saya sudah menganggap Ifa seperti kakak sendiri,” tulisnya. (Sumber: Berita Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Penumpang Kapal Terbang KAGET Bila Nampak Sekumpulan Manusia Berjalan Di Awan. Ada VIDEO.

Inilah Video Kiki Challenge Yang Buat Artis Satu Dunia Terus Tergamam TAK TERLAWAN.