in

KJ Tak Boikot Keluar Dewan. Ini Komen Najib Buat Ramai Ahli Umno Setuju

Hari Pertama Sidang Parlimen, Dah Macam Gelagat Yang Diperhatikan Oleh Rakyat. Allahu.

KJ Tak Boikot Keluar Dewan. Ini Kenyataan Najib Buat Ramai Ahli Umno Setuju | Tiga orang ahli Umno yang berani, KJ, Anifah dan Mas Emiryati tak keluar dewan untuk boikot parlimen dan ini komen Najib buat ramai ahli Umno setuju. Tak sangka.

MEREKA YANG TAK KELUAR DEWAN KENA PERJELASKAN PUNCANYA

Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan tindakan mereka kekal di dalam Dewan Rakyat pada kepada parti.

Najib berkata, tindakan KJ dan Anifah yang tidak selari dengan pimpinan Umno lain harus diberikan penjelasan.

“Tindakan KJ dan Anifah yang enggan keluar dewan bersama Ahli Parlimen Umno yang lain akan diputuskan oleh oleh parti.

“Biar Umno yang putuskan tindakan terhadap mereka berdua, walau apa pun keputusannya KJ dan Anifah perlu jelaskan kepada parti sebab mengapa mereka bertindak sedemikian,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Hari ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila kesemua Ahli Parlimen BN yang lain keluar dewan bersama Ahli Parlimen Pas sebagai tanda protes proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Mereka berdua tidak mengendahkan desakan pemimpin Umno lain yang keluar Dewan Rakyat. (Sumber: Sinar Harian)

PERLANTIKAN SPEAKER SAH IKUT PERATURAN MESYUARAT. PEMBANGKANG TERGAMAM

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, menegaskan pelantikannya tidak bercanggah dengan Perkara 4(1) Peraturan Mesyuarat seperti didakwa pembangkang.

Katanya, surat mencalonkan namanya diserahkan pada 2 Julai lalu, iaitu 14 hari sebelum persidangan Parlimen, seperti yang disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah.

Sehubungan itu, Mohamad Ariff berkata, polemik bahawa pelantikannya tidak sah dan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat sepatutnya tidak timbul.

“Ia (surat pencalonan pada 2 Julai) disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tarikh sebenar nama pencalonannya dihantar ke pejabat Setiausaha Dewan Rakyat susulan wujud tindakan memboikot pelantikan bekas Ketua Hakim Mahkamah Rayuan itu sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff menyedari media ketika ini ‘ligat’ memainkan polemik pelantikannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan pemerhati undang-undang.

Kegusaran itu, katanya, tidak harus timbul jika semua pihak berpegang kepada kenyataan yang dibuat Roosme ketika mengemudikan proklamasi Dewan Rakyat, pagi tadi.

“Benda (isu) ini saya tahu media cakap banyak mengenai surat pelantikan. Itu bukan caranya, pelantikan adalah berdasarkan bidang kuasa Dewan Rakyat, kita berpegang kepada kenyataan Setiausaha Dewan Rakyat,” katanya.

Ditanya keperluan untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen yang memboikot perjalanan majlis angkat sumpah, Mohamad Ariff berkata, pendirian sedemikian tidak wujud selaras gagasan Malaysia Baharu.

Setiap Ahli Parlimen, katanya, mempunyai hak demokrasi dan kebebasan bersuara, termasuk melancarkan gerakan memboikot persidangan Parlimen berikutan sebab tersendiri.

“Saya tidak tahu. Saya ingat ia sudah selesai, ini Malaysia baharu, (Semua ada) hak demokrasi, kebebasan bersuara,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kenapa Keluar Dewan Parlimen. Ini Jawapan PAS Yang Ditunggu Ramai

Pembangkang Boikot. Reaksi Spontan Tun Mahathir Buat Rakyat TERSENYUM. Ada Video.