in

Mencelah Ketika Berbahas. Ini Jawapan Balas Zahid Kepada KJ Buat Ramai Terdiam

Ramai Tak Tahu Banyak Juga Kejadian Menarik Sepanjang Sidang Parlimen Penggal Baru Ni. Allahu.

zahid kj parlimen

Mencelah Ketika Berbahas. Ini Jawapan Balas Zahid Kepada KJ Buat Ramai Terdiam | Ramai tak tahu yang KJ telah “mencelah” ketika Ketua Pembangkang Zahid sedang bersemangat berbahas di parlimen dan di situ juga Zahid bagi jawapan balas mengejutkan terhadap KJ buat ramai terus terdiam. Tak sangka.

ZAHID JAWAB PERTANYAAN KJ TAPI NADA SINIS

Pertanyaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ‘memakan’ diri.

Khairy yang mencelah ucapan Ahmad Zahid bertanya sama ada beliau bersetuju bahawa kerajaan sekarang menangani masalah dengan cara menyalahkan kerajaan terdahulu.

Ahmad Zahid kemudianya memberi respons bersetuju dengan pertanyaan Khairy, namun secara sinis.

“Ya betul, saya setuju dengan Rembau supaya jangan salahkan orang lain termasuk beliau sendiri.

“Lakukan perubahan dan terima hakikat kerana itulah sikap yang harus ada,” katanya.

zahid parlimen

Sebelum itu, Khairy berkata, kerajaan hari ini tidak mencari penyelesaian masalah dihadapi dari segi ekonomi dan sebagainya.

Sebaliknya, dakwa beliau, kerajaan menggunakan pendekatan menyalahkan orang lain.

“Saya bagi contoh bagaimana Menteri Kewangan telah menggembar-gemburkan hutang negara yang sebenarnya langsung tidak ikut piawaian pengiraan hutang negara oleh agensi penarafan dunia. Hutang negara telah dimasukkan dengan jaminan kerajaan, bayaran pajak dan sebagainya.

“Tujuannya sengaja untuk membengkakkan angka sebenar supaya dapat menyalahkan kerajaan sebelum ini. Tetapi hakikatnya ini telah menggugat kepercayaan pelabur kepada Malaysia dan menyebabkan angka disebut Bagan Datuk telah menjadi realiti,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)

APA DAH JADI. DEMO TUKAR PENGETUA ?

Kumpulan guru sebuah sekolah menengah di Kota Bharu nekad mengangkat sepanduk mendesak pengetua mereka ditukarkan alasan dakwaan memberikan tekanan mental kepada warga sekolah berkenaan.

Seorang guru wanita berkata, suasana persekolahan berada dalam keadaan dingin apabila guru-guru, pekerja sekolah tidak seronok untuk bekerja dan pelajar pula tidak selesa belajar berikutan tertekan dengan pentadbiran beliau.

“Kami sudah lama bertahan dengan perkara ini dan merasakan apa yang beliau lakukan untuk menaikkan moral pelajar dalam pembelajaran tidak kena padanya.

“Beliau sentiasa mengeluarkan kata-kata ugutan kepada kami sehingga sudah terbiasa dengan ugutan akan ditukarkan tempat perkhidmatan dan bagi markah kurang jika dia tidak berkenan dan sebagainya,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di sekolah berkenaan mendapati guru-guru menaikkan sepanduk dan melaungkan kata-kata mendesak pengetua ditukarkan segera.

Sementara itu, seorang guru lain pula berkata, mereka sudah buntu untuk bekerja dalam keadaan tertekan sebegitu sehinggakan kesan tersebut turut dirasai oleh pelajar-pelajar mereka.

“Kami mohon pihak atasan iaitu JPN sendiri agar turun padang mendengar suara hati tenaga pendidik di sekolah ini.

“Kami bertahan kerana sayangkan pelajar, kami kuatkan semangat dan tetap meneruskan pengajaran berikutan persediaan untuk peperiksaan mereka, namun JPN perlu bertindak,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JPN Kelantan, Muhammad Zahari Othman berkata, beliau sudah maklum berhubung perkara itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan. (Sumber: Sinar Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

annuar zahid

Annuar Tiba-Tiba Membantah TAK SETUJU Dengan Zahid Di Parlimen. Ini Puncanya.

KJ Lantang Membangkang Dalam Parlimen. Jawapan Padu Tun Mahathir Buat Hadirin Tergamam.