in

Viral Tak Keluar Boikot. Ini Kenyataan Berani KJ Tentang Tindakan Beliau.

Kita Perlukan Ramai Lagi Pembangkang Yang Gentleman Macam KJ Ni. Setuju ?

Viral Tak Keluar Boikot. Ini Kenyataan Berani KJ Tentang Tindakan Beliau. | Pagi ni viral gambar KJ tidak keluar boikot sidang pertama parlimen seperti rakan pembangkangnya yang lain. Selepas didesak wartawan, ini jawapan balas mengejutkan KJ kenapa beliau berbuat demikian. Tak sangka.

KJ PERJELAS PUNCA KENAPA TAK KELUAR BOIKOT SIDANG PARLIMEN

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan beliau tidak keluar Dewan Rakyat seperiti yang dilakukan oleh rakan pimpinan BN dan Pas pagi tadi kerana beliau menghormati majlis.

Katanya, meskipun ada pertikaian berkenan dengan pelantikan Speaker Dewan Rakyat, namun katanya keluar Dewan bukan cara kita menyatakan bantahan.

“Hari ini merupakan hari kita mengangkat sumpah jadi kita perlu hormati Dewan dan juga menghormati majlis angkat sumpah.

“Cara mana kita nak bantah itu kita boleh buat sewaktu perbahasan nanti atau selepas upacara perasmian pembukaan pada hari esok dalam perbahasan atau melalui ‘standing order’ pada hari Rabu,”katanya kepada pemberita di Parlimen, di sini hari ini.

Katanya, pada pandangan beliau hari ini lebih baik ahli Dewan menghormati majlis.

“Dan kita tak buat apa tindakan yang mencemarkan imej BN sebagai pembangkang yang berwibawa, dan ini saya bercakap bagi diri saya,”katanya.

Pagi tadi, ahli Parlimen BN dan Pas keluar Dewan Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohd Ariff Md Yusof.

Protes ini tercetus kerana pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketegangan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat,Datuk Roosme Hamzah bangun mengumumkan pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, tiba-tiba ahli Parlimen BN dan Pas memintas menyatakan lantikan itu tidak sah.

Difahamkan, selain Khairy, Datuk Seri Anifah Aman (Umno-Kimanis) turut tidak meninggalkan dewan. (Sumber: Sinar Harian)

WANITA ANAK DUA DINODA LIMA LELAKI, DIBAKAR MATI DI KUIL. ALLAHU KEJAMNYA

Seorang ibu kepada dua anak diperkosa bergilir-gilir oleh lima lelaki dan turut dibakar hidup-hidup dalam sebuah kuil di Sambhal, Uttar Pradesh.

Akhbar Times of India melaporkan kesemua suspek memecah masuk ke dalam rumah mangsa berusia 35 tahun itu pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) sebelum merogolnya, semalam.

Menurut suami wanita itu, isterinya ada menghubungi talian perkhidmatan kecemasan, namun tiada pihak yang menjawab panggilan itu.

Dia kemudiannya menghantar mesej kepada sepupunya untuk memaklumkan tentang insiden itu. Apabila penyerang itu kembali semula, mereka membawanya ke kuil berhampiran dan membakarnya tanpa perikemanusiaan.

Difahamkan, klip audio daripada panggilan terakhir mangsa akan dijadikan sebagai bahan bukti kes tersebut.

Kesemua suspek tidak berhati perut itu telah dikenal pasti dan turut tinggal di kampung didiami mangsa.

Susulan itu, jurucakap polis, Inspektor Varun Kumar memberitahu, pihak berkuasa kini memburu kesemua lelaki terbabit selepas ia menjadi kes rogol terbaharu didaftarkan di India.

Perkara itu turut mendapat pelbagai reaksi di media sosial yang kecewa dengan sikap tidak ambil peduli kerajaan dan polis dalam mengendalikan kes tersebut.

Ramai pihak mengkritik parti Bhatatiya Janta (BJP) dan kempen ‘Beti Bachao’ (Selamatkan anak perempuan kita) yang didakwa gagal memastikan keselamatan golongan wanita di negara itu.

Kaji selidik dibuat Yayasan Thomson Reuters pada awal tahun lalu mendapati India dinamakan sebagai negara paling bahaya untuk wanita di mana 106 kes rogol berlaku pada setiap hari. – Agensi via Sinar Harian

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tabung Harapan. Kenyataan Terkini Bung Mokhtar Ni Buat Rakyat GELAK Lucu

Digelar Si Tanggang Oleh Veteran Umno. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ramai Respek