in

Digelar Si Tanggang Oleh Veteran Umno. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ramai Respek

Rakyat Lebih Suka Pembangkang Gaya KJ Dari Pembangkang Majoriti PAS Dan Umno. Setuju ?

Digelar Si Tanggang Oleh Veteran Umno. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ramai Respek | Semenjak kalah jadi Presiden Umno, KJ banyak memberi kritikan membina terhadap parti namun, veteran dan kebanyakkan ahli Umno menggelar beliau sebagai “Si Tanggang”. Ini jawapan balas mengejutkan KJ buat ramai respek.

SABAR DENGAN KETENTUAN

Anggota Parlimen Rembau menafikan beliau adalah “Si Tanggang” dalam Umno susulan tindakannya mengkritik Umno.

“Tak apalah sekarang ini kita sudah (ada) Umno yang lebih terbuka dan pemilihan parti pun semua ahli kata Umno lebih terbuka semuanya,” katanya kepada media di lobi parlimen, hari ini.

Khairy berkata tindakannya itu tidak melampaui batas kerana ia merujuk keterbukaan kepada Umno.

Beliau juga memaklumkan masih menjadi anggota Umno.

“Saya tak melampaui batas, saya masih mengikut disiplin Umno tetapi apabila pandangan saya perlu dikemukakan, saya rasa keterbukaan baru saya rasa tak ada masalah, saya masih lagi umno saya tak kemana-mana,” katanya.

Sebelum ini Setiausaha Kelab Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub menggelarkannya sebagai Si Tanggang kerana lantang mengkritik pemilihan parti, lapor Sinar Harian.

Mustapha berkata Khairy perlu melihat diri sendiri selepas gagal berperanan sebagai menteri belia dan sukan ketika era pentadbiran BN sbelum PRU14. (Sumber: Malaysiakini)

KJ – KELUAR DEWAN BUKAN CARA BANTAH SPEAKER

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata tindakannya tidak keluar daripada dewan rakyat bersama dengan pemimpin BN dan PAS kerana beliau menghormati majlis.

Katanya, meskipun ada pertikaian berkenan pelantikan speaker namun katanya keluar Dewan bukan cara kita menyatakan bantahan.

“Hari ini merupakan hari kita mengangkat sumpah jadi kita perlu hormati Dewan dan juga menghormati majlis angkat sumpah.

“Cara mana kita nak bantah itu kita boleh buat sewaktu perbahasan nanti atau selepas upacara perasmian pembukaan pada hari esok dalam perbahasan atau melalui ‘standing order’ pada hari Rabu,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Hormat majlis angkat sumpah

Bekas ketua pemuda Umno itu turut berpendapat lebih baik anggota parlimen menghormati majlis mengangkat sumpah.

“Dan kita tak buat apa tindakan yang mencemarkan imej BN sebagai pembangkang yang berwibawa dan ini saya bercakap bagi diri saya,” katanya.

Pagi tadi hanya beberapa minit selepas anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing untuk memulakan sidang parlimen, anggota parlimen Umno dan PAS melangkah keluar dewan sebagai tanda bantahan.

Tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.

Pelantikan itu dipertikaikan sebagai tidak mengikut peraturan dewan mesyuarat yang seharusnya mengikut peruntukan 4 (1) berkaitan 14 hari pemakluman kepada anggota Dewan Rakyat.

Ketegangan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat,Datuk Roosme Hamzah bangun mengumumkan pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, tiba-tiba ahli Parlimen BN dan PAS membantah menyatakan lantikan itu tidak sah.

Difahamkan, selain Khairy, Datuk Seri Anifah Aman (Umno-Kimanis) turut tidak meninggalkan dewan. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Viral Tak Keluar Boikot. Ini Kenyataan Berani KJ Tentang Tindakan Beliau.

Kenapa Keluar Dewan Parlimen. Ini Jawapan PAS Yang Ditunggu Ramai