in

Kenapa Keluar Dewan Parlimen. Ini Jawapan PAS Yang Ditunggu Ramai

Semua Ada Pendapat. Tapi Kebenarannya Hanya Satu. Ye Ke. Layan Je Lah Kan.

Kenapa Keluar Dewan Parlimen. Ini Jawapan PAS Yang Ditunggu Ramai | Pagi tadi gempar apabila tak sampai 10 minit sidang parlimen berlangsung, PAS mengetuai pembangkang baru dari Umno untuk keluar dewan. Ramai tertanya puncanya dan ini jawapan PAS yang ditunggu ramai.

PAS JELAS SEBAB KELUAR DEWAN

PAS berpandangan pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YDP) Datuk Mohamad Ariff Yusof pagi ini tidak memenuhi Peraturan Mesyuarat 4(1) yang mensyaratkan pemberitahuan kepada Setiausaha Dewan Rakyat “dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari mesyuarat”.

Hal ini kerana kenyataan media oleh beberapa pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuk Menteri-menteri menunjukkan pada 2 Julai iaitu 14 hari sebelum sidang hari ini tiada keputusan lagi di pihak kerajaan PH untuk menamakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pada 6 Julai 2018, Tan Sri Rais Yatim menyatakan kesediaan untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Kemudian pada 8 Julai, Malaysiakini melaporkan bahawa Datuk Saifuddin Abdullah selaku Setiausaha Sekretariat HARAPAN menyatakan cadangan YDP baru sahaja disenarai pendek dan setiap parti komponen HARAPAN telah mencadangkan calon masing-masing.

‘Keabsahan Sidang Dewan’

Pada 10 Julai pula Wan Azizah dalam (laporan) Malaysiakini menyatakan bahawa semalam pemimpin HARAPAN telah memuktamadkan satu nama bagi jawatan tersebut.

Pada 11 Julai pula NSTP melaporkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, menolak tawaran jawatan speaker Dewan Rakyat dan turut memaklumkan perkara itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia menunjukkan bahawa cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat belum dimuktamadkan oleh Pakatan Harapan pada 11 Julai.

Walaupun Setiausaha Dewan Rakyat ketika berucap menyebut bahawa cadangan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dihantar secara bertulis pada 2 Julai 2018, namun ia tidak disokong oleh fakta-fakta kenyataan menteri-menteri dalam isu terbabit.

PAS menegaskan bahawa peraturan mesyuarat Dewan Rakyat perlu dipatuhi apatah lagi melibatkan pemilihan YDP kerana ia melibatkan keabsahan sidang Dewan Rakyat untuk seterusnya.

Pakatan Harapan perlu menonjolkan contoh permulaan yang baik di awal sidang Dewan Rakyat sebagai memenuhi tuntutan mereka selama menjadi pembangkang sebelum ini agar kerajaan mengikut segala peraturan mesyuarat.

Berdasarkan asas ini para anggota Parlimen PAS mengambil tindakan keluar dari Dewan Rakyat pada awal sesi pemilihan YDP sebagai tanda protes dan seterusnya mengadakan sidang media menjelaskan sikap PAS dalam isu tersebut.

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI ialah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS merangkap Anggota Parlimen Kuala Nerus. (Sumber: Malaysiakini)

DAH JADI PEMBANGKANG. TERESA KOK HARAP BUNG JAGA PERANGAI

Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak perlu diperkenalkan lagi berikutan tindakannya yang gemar mengeluarkan kenyataan bersifat seksis di Dewan Rakyat sebelum ini.

Ahli politik Sabah berusia 59 tahun itu sering membangkitkan kemarahan anggota parlimen pembangkang terutama wanita seperti Teresa Kok dari DAP.

November lepas pemimpin Umno itu mengeluarkan kenyataan seksis ketika membantah larangan pekerja wanita memakai tudung di hotel.

Menyifatkan larangan tersebut sebagai penindasan, Bung berkata pemakaian tudung tidak mempengaruhi kecantikan seseorang wanita.

“Apa masalah pakai tudung? Kalau dia perempuan cantik, walaupun pakai tudung, tetap cantik juga. Kalau pun dia tidak cantik, telanjang pun, siapa tak mahu?”katanya.

Malah Teresa Kok sendiri pernah menjadi ‘mangsa’ ucapan seksis anggota parlimen itu berhubung isu pemeriksaan badan di lapangan terbang pada 2014.

Bung juga mencuri perhatian apabila menulis di Twitter berbunyi “well done, bravo..long live Hitler” selepas kemenangan Jerman 7-1 ke atas Brazil pada separuh akhir Piala Dunia pada tahun sama.

Walaupun Bung terlepas daripada tindakan sebelum ini, namun kini beliau menjadi anggota parlimen pembangkang setelah mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pada pagi ini.

Mengulas perkara itu Kok berharap Bung dapat belajar daripada kesilapannya.

“Saya terkejut kerana angin perubahan dalam PRU14 di Sabah tidak dapat menyingkirkan Bung dari Parlimen.

“Hari ini, beliau telah mengangkat sumpah sebagai MP pembangkang. Semoga dia akan menjaga kelakuan kali ini,” tulisnya di Twitter.

Kok juga menyiarkan gambar beliau dan rakan dari DAP, Yeo Bee Yin bersama Bung, yang dipilih sebagai Anggota Parlimen Kinabatangan untuk penggal kelima. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Digelar Si Tanggang Oleh Veteran Umno. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ramai Respek

KJ Tak Boikot Keluar Dewan. Ini Komen Najib Buat Ramai Ahli Umno Setuju