in

KJ Kalah Presiden UMNO. Tapi Bila Ditanya Wartawan, Reaksinya Buat Ramai SUSPEN

Takpe KJ, Masih Muda. Ada Rezeki Cuba Lagi Lain Kali.

KJ Kalah Presiden UMNO. Tapi Bila Ditanya Wartawan, Reaksinya Buat Ramai SUSPEN | Pilihan anak muda, KJ akhirnya tewas jadi Presiden UMNO, namun bila ditanya wartawan, reaksinya buat ramai suspen. Tak sangka. Memang anak muda.

ADA KHABAR LEBIH BURUK DARI KALAH BERTANDING – KJ

Nampaknya kecundang dalam perlumbaan menjadi presiden Umno bukanlah berita yang benar-benar menjejaskan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sebaliknya menurut bekas ketua Pemuda Umno itu, berita terburuk yang sampai kepadanya pada malam ini ialah betapa pasukan Argentina terpaksa membungkus pakaian masing-masing dan pulang dalam kehampaan.

Semuanya gara-gara skuad terbabit gagal menyekat kemaraan pasukan Les Bleus di peringkat kalah mati sebentar tadi.

Dalam perlawanan di Kazan Arena itu Perancis memaksa skuad La Albiceleste mengalah dengan jaringan 4-3.

Khairy – yang memang dikenali sebagai peminat sukan, terutama bola – menciap ringkas di Twitter: “Khabar terburuk malam ini.”

Terdahulu Khairy menciap mengenai keputusan pemilihan Umno kali ini yang menyaksikan dia terpaksa akur kepada pengaruh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan presiden Umno.

Dengan kekalahan itu Khairy – setakat ini – tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat pusat kerana dia cuma menawarkan diri bertanding bagi jawatan presiden.

Keputusan rasmi menyaksikan Khairy, 42, memperoleh 51 undi berbanding Ahmad Zahid, 93 undi.

Dakwa Ada Wang Terlibat

Seorang lagi calon Tengku Razaleigh Hamzah yang mendapat sekadar 23 undi.

Mengulas mengenai keputusan itu Khairy berkata dia menerimanya dengan hati yang terbuka.

Bekas menteri belia dan sukan dan penyokong Manchester United itu juga percaya barisan kepemimpinan baru Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti berkenaan.

Selepas memberi nasihat supaya parti itu melakukan perubahan menyeluruh, siri ciapannya mengenai pemilihan tersebut ‘terganggu’ seketika.

“Sekejap, Argentina baru score (jaringkan gol),” ciapnya tiba-tiba.

Perancis mengejutkan skuad Argentina yang turut dibarisi Lionel Messi seawal minit ke-13 melalui tendangan penalti Antoine Griezmann.

Argentina bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-41 melalui jaringan Angel Di Maria. Tiga minit selepas babak kedua berlangsung skuad dari Amerika Latin itu berada di depan hasil gol Gabriel Mercado.

Perancis memberikan reaksi lebih ganas apabila meledakkan tiga gol selepas itu, masing-masing sumbangan Benjamin Pavard (pada minit ke-57) dan Kylian Mbappe (minit ke-64 dan 68).

Argentina sekadar merapatkan jurang pada waktu kecederaan hasil jaringan penyerang Manchester City, Sergio Agüero.

Sementara itu mengulas mengenai keputusan pemilihan kali ini Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata, ada khabar sampai kepada beliau bahawa wujud amalan politik wang.

Berita itu – yang disiarkan portal Berita Harian – kemudian diulang ciap oleh Khairy. (Sumber: Malaysiakini)

KU LI DAKWA ADA KHABAR ANGIN POLITIK WANG DALAM PEMILIHAN

Tengku Razaleigh Hamzah gagal merebut presiden Umno mendakwa mendengar khabar angin berlakunya politik wang dalam pemilihan parti itu.

“Saya dengar berita yang tak berapa baik. Saya harap ini khabar angin dan tidak betul. Tapi saya dengar bahawa dalam pemilihan ini, banyak duit digunakan.

“Sepatutnya, kita sudah berhenti menggunakan wang dalam pemilihan parti. Ini adalah sogokan atau rasuah, membeli undi dan sebagainya.

“Kalau benar berlaku, dukacitalah kerana masa depan pimpinan parti ini akan bergantung pada duit juga (kerana amalan politik wang),” katanya.

Tengku Razaleigh menambah, pengaruh duit yang seharusnya dihapuskan sudah bermaharajalela semula dalam politik tanah air, terutama politik Umno.

“Ini tidak akan berfaedah kepada sesiapa,” katanya lagi.

Terdahulu, Tengku Razaleigh, atau Ku Li tewas kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan presiden Umno.

Seorang lagi pencabar utama bagi jawatan itu yang turut tewas, Khairy Jamaludddin, turut berkongsi laporan Berita Harian yang memetik dakwaan Ku Li itu di akaun Twitternya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Menang Presiden UMNO. Ini Ucapan Pertama Zahid Buat KJ Dan Ku Li TERHARU

Apa Dah Jadi. Ini Tindakan Bekas Ketua Puteri UMNO Buat Ramai Wanita Terkedu